Ranger Cub Cross 115 dibina atas legasi terdahulu model Ranger 110 yang terkenal, model ini direka untuk memenuhi keperluan generasi baru peminat motosikal yang mencari sebuah Adventure Cub yang mampu milik.
Dalam pada itu, ia juga sesuai untuk mereka yang baru berjinak dalam dunia permotoran adventure berkapasiti kecil. Selain itu, model ini juga menawarkan wajah baru yang lebih berversatil dan berorientasikan gaya hidup atau lifestyle.
Antara ciri-ciri menarik model ini ialah bentuk fizikalnya yang ringan dan mudah dikawal, gabungan sempurna reka bentuk klasik dan prestasi pengembara.
Aveta Cub Cross 115 – Desert Storm
2 Tawaran Pilihan
Didatangkan dalam dua pilihan varian iaitu varian standard berwarna Hunter Green, dijual pada harga RM4,988, dan varian edisi khas berwarna Desert Storm, dijual pada harga RM5,188; harga tidak termasuk insurans dan cukai jalan. Motosikal ini hadir dengan waranti dua tahun atau 20,000km, yang mana terdahulu.
Kedua-dua varian motosikal ini dipacu oleh enjin empat lejang berkapasiti 113cc dengan sistem sejukan udara yang menghasilkan kuasa enjin 6.5kW dengan tenaga tork 9.0Nm.
Malah motosikal ini juga mudah dikendalikan kerana mempunyai sistem penukaran gear tanpa tuil klac. Jadi, sama ada tunggangan di lebuh raya, di dalam bandar atau di laluan off-road, kuasa dan responsif jentera ini memastikan perjalanan yang lancar dan selesa.
Ads
Aveta Cub Cross 115 – Desert Storm & Hunter Green
Aksesori Cub Cross
Dipersiapkan untuk mode pengembaraan, Ranger Cub Cross 115 menampilkan cermin angin depan, ‘hand-guard’, ‘rear mud-guard’, meter digital, dan kedudukan paip ekzos yang lebih tinggi berbanding biasa.
Malah dari segi keselamatan motosikal ini dilengkapi dengan brek cakera depan dan brek drum belakang untuk daya henti yang cekap dan berkesan. Motosikal ini juga dilengkapi dengan lampu LED depan dan belakang bagi memastikan jarak penglihatan yang lebih baik dalam semua keadaan.
Bagi varian edisi khas, Desert Storm, motosikal ini dilengkapi dengan tayar dual-purpose dan rim berjejari. Manakala bagi varian standard, Hunter Green, ia dilengkapi dengan rim sport.
Ads
Penjualan Aveta Ranger Cub Cross 115 akan bermula secara rasmi pada bulan Julai 2024. Pelanggan yang membuat pra-tempahan awal akan menerima T-shirt eksklusif. Untuk maklumat lebih lanjut tentang motosikal Aveta di Malaysia, sila lawati www.aveta.com.my.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Ads
Ikuti ulasan mendalam kami mengenai Aveta Ranger Max Explorer, motor cup adventure yang pertama kali menggegarkan pasaran Malaysia! Benarkah ia mampu menguasai medan off-road seperti yang digembar-gemburkan? Soalan paling lazim, Senang ke nak cari spare part ? kalau rosak kat mana nak repair?
Semua kami dah jawab, tonton video ni sampai habis okay?
Jangan lupa follow semua platform sosial media Roda Panas di Facebook, Instagram, TikTok dan X” />
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
MForce Bike Holdings, pengedar rasmi jenama QJMotor di Malaysia, telah memperkenalkan model terbaru mereka, iaitu skuter 150cc yang diberi nama LTR150. Skuter ini memikat hati penggemar dengan reka bentuknya yang menggabungkan unsur-unsur retro klasik dengan sentuhan moden.
LTR150 menampilkan warna pilihan yang selaras dengan tema retro klasiknya, termasuk Lime Creme, Sky Blue, Mint Green, dan Carnation. Menghidupkan roda dengan kuasa enjin 149cc silinder tunggal, SOHC, skuter ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 16hp @ 8,500rpm dan tork 14.8Nm @ 6,500rpm, dengan transmisi CVT yang memastikan pemanduan yang lancar.
Dibina untuk keselesaan dan prestasi, LTR150 dilengkapi dengan rim 12 inci di bahagian hadapan dan belakang, serta sistem brek cakera dengan ciri keselamatan ABS dwi-saluran. Meskipun mengekalkan rekaan retro, skuter ini dilengkapi dengan ciri-ciri moden seperti panel instrumen digital, lampu LED pada lampu hadapan, belakang, dan penunjuk arah.
Kredit Foto: QJ Motor
Selain itu, skuter ini turut menawarkan kebolehan idle stop yang mematikan enjin secara automatik semasa berhenti, membantu menjimatkan penggunaan bahan api. Dengan ruang simpanan tempat duduk yang luas dan port pengecas USB, LTR150 memenuhi keperluan pengguna moden yang serba sibuk.
Dengan tangki bahan api seluas 6.5 liter, pengguna dapat menikmati perjalanan tanpa perlu risau tentang pengisian minyak yang kerap. QJMotor juga menawarkan jaminan selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000km kepada setiap unit LTR150 yang dibeli.
Jadi, bagi peminat skuter yang mencari kombinasi rekaan klasik dengan prestasi moden, QJMotor LTR150 adalah pilihan yang menarik dengan harga bermula dari RM8,888 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan).
Baru-baru ini, Kia memperkenalkan versi facelift Kia Sorento 2024 untuk pasaran Amerika Syarikat bersempena Los Angeles Auto Show 2023. Walaupun ia model facelift, SUV ini hadir dengan rupa hadapan yang diperbaharui sepenuhnya hasil inspirasi daripada falsafah Opposites United dan Bold For Nature yang sama seperti Kia EV9.
Kia Sorento 2024 turut tampil dengan rupa hadapan yang lebih agresif dengan lampu hadapan baharu yang memberi kemasan yang lebih menarik, serta rekaan jeriji yang lebih lebar, menambah keberanian pada reka bentuknya.
Lampu belakang yang kini bersambung juga memberikan sentuhan moden pada bahagian belakang kenderaan ini.
Kredit Foto: Careta.my
Pada ruang dalaman pula terdapat perubahan pada susun atur papan pemuka yang memancarkan dinamik kecanggihan. Corong udara yang lebih ringkas memberikan ruang yang lebih luas dalam kabin. Panel skrin melengkung dengan paparan berkembar 12.3 inci memberikan sentuhan teknologi yang lebih maju. Selain itu, sistem hiburan yang boleh dikemaskini dalam talian juga turut disokong.
Kia Sorento 2024 turut ditingkatkan ciri keselamatannya. Perincian seperti cermin belakang digital, kunci digital, dan beberapa ciri bantuan pemanduan seperti Bantuan Pengelakan Pelanggaran Hadapan, Bantuan Pengekalan Lorong, dan Bantuan Pemanduan Lebuhraya 2 turut ditawarkan.
Dari segi prestasi, Kia Sorento 2024 menawarkan dua pilihan iaitu enjin 2.5 liter NA (191 hp, 245 Nm) dan enjin 2.5 liter turbo (281 hp, 421 Nm). Enjin-enjin ini dipadankan dengan kotak gear automatik 8-kelajuan atau DCT lapan kelajuan.
Kredit Foto: Careta.my
Selain model asas, Kia Sorento 2024 untuk pasaran Amerika turut hadir dengan varian baharu X-Pro. Varian ini menawarkan pembeza kekunci tengah, rim 17 inci bersama tayar all-terrain BFGoodrich, trim X-Line yang unik, serta kombinasi warna kabin Olive Brown/Sage yang menarik.
Diharapkan Kia turut menyediakan varian Sorento Hybrid dan Sorento Plug-in Hybrid pada model tahun 2025 dengan penawaran kuasa yang serupa dengan model sebelumnya.
1 of 8
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Baru-baru ini, Nissan telah melakukan satu anjakan signifikan dalam pasaran crossover apabila melancarkan Ariya NISMO di Tokyo Auto Show 2024.
Model terbaru ini dijangka bersaing dengan model Kia EV6 GT dan MG 4 Xpower, tetapi Nissan telah melangkah lebih jauh daripada segi peningkatan kuasa. Penglibatan Nismo dalam projek Ariya NISMO telah mengubah kenderaan ini menjadi sebuah mesin berprestasi tinggi, baik daripada dalaman mahupun luaran.
Kredit Foto : Website autoevolution
Ariya NISMO mengekalkan narrow headlight dan lampu siang berbentuk V yang menjadi ciri khasnya tetapi memperkenalkan panel hitam yang elegan menggantikan panel bertitik pada Ariya biasa. Aerodinamik yang ditingkatkan terlihat pada bahagian sisi bampar hadapan yang direka semula dan penambahan splitter hitam piano dengan jalur merah dan tulisan Nismo.
Kredit Foto : Website autoevolution
Hadir dengan roda aluminium bersaiz 20 inci baharu dibuat bersama Enkei yang menampilkan butiran hitam dan brushed metal. Menggunakan tayar berprestasi tinggi daripada Michelin memperkukuh pegangan dan cengkaman kereta ini.
Kredit Foto : Website autoevolution
Jalur merah pada sisi kereta yang direka semula dan spoiler kedua di bahagian bawah tingkap yang condong ke hadapan meningkatkan lagi rupa sport kereta ini, bersama dengan difuser luas di bawah bampar, lengkap dengan jalur merah dan lampu brek ketiga berwarna merah seakan – akan gaya kereta lumba yang dipasang secara menegak.
Kredit Foto : Website autoevolution
Ariya NISMO didatangkan dengan satu standard yang nampak sporty. Bahagian kabin menampilkan tempat duduk sport baharu yang berlapik kulit dengan integrated headrests dan lencana eksklusif. Papan pemuka menampilkan skrin lebar yang dibahagikan kepada skrin sentuh untuk sistem infotainmen dan panel instrumen. Roda stereng bawah rata dengan tanda merah pada posisi 12 jam dan jalur merah pada kad pintu, konsol tengah, dan papan pemuka menaikkan lagi ciri sporty pada kereta ini.
Kredit Foto : Website autoevolution
Dengan kerjasama Tadashi Nishikawa, jurutera dari pasukan Formula E Nissan, NISMO telah meningkatkan sistem e-4orce asal untuk memberikan tambahan sepuluh peratus kuasa, meningkat kepada 435 PS (429 hp). Crossover sport pacuan semua roda ini mempunyai berat 2.2 tan (4,850 lbs.) dan ditawarkan dengan dua pilihan pakej bateri, menyediakan kedua-dua kuasa dan pilihan kepada pelanggannya.
Kesimpulannya, 2025 Nissan Ariya NISMO bukan hanya tambahan kepada barisan produk Nissan tetapi sebuah pernyataan inovasi dan prestasi dalam pasaran crossover sport. Dengan peningkatan menyeluruh dalam reka bentuk, keselesaan, dan kuasa, ia bersedia untuk menjadi sebuah kereta bagi individu yang mencari gabungan kemewahan dan prestasi.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Kawasaki Z900RS 2026 – Retro Klasik Kini Lebih Berkuasa dan Pintar
Kawasaki kembali memanaskan segmen retro moden dengan memperkenalkan Z900RS 2026, menampilkan bukan sekadar warna...