Porsche kembali mencuri perhatian dengan memperkenalkan Macan EV 2025. Versi elektrik penuh untuk SUV popular mereka. Dengan menggabungkan kehebatan pengendalian ikonik Porsche dan prestasi pecutan serta-merta daripada motor elektrik. Model ini menjanjikan pengalaman pemanduan yang serba menyeronokkan. 

Bukan hanya sebuah SUV yang hebat untuk memandu. Macan EV juga praktikal, dengan ruang kargo yang luas dan tempat duduk belakang mesra dewasa.

Porsche Macan EV 2025 – SUV Elektrik yang Bakal Memukau Dunia

Apa yang Baharu untuk 2025?

Barisan Macan EV kini disertai model asas dengan pacuan roda belakang yang dilengkapi motor elektrik tunggal menghasilkan 355 kuasa kuda. Model ini mampu memecut dari 0-100 km/j dalam 5.4 saat. 

Di hujung spektrum, model 4S yang baru diperkenalkan pula menawarkan dua motor elektrik dengan kuasa gabungan 442 hp dan pecutan 0-100 km/j dalam hanya 3.9 saat.

Semua model dilengkapi suspensi udara standard. Manakala model 4S dan Turbo boleh ditingkatkan dengan sistem kawalan tork untuk pengendalian lebih tajam. Warna baharu, Slate Gray Neo, dan reka bentuk roda 20-inci juga kini tersedia. Memberikan lebih banyak pilihan kepada pembeli.

Porsche Macan EV 2025 – SUV Elektrik yang Bakal Memukau Dunia

Ads

Prestasi dan Pemanduan

Macan EV menawarkan pelbagai pilihan trenkuasa:

  • Model asas dengan motor belakang tunggal menghasilkan 355 hp.
  • Model 4 dengan dua motor menghasilkan 402 hp.
  • Model 4S dengan 509 hp.
  • Model Turbo dengan kuasa mengagumkan 630 hp, mampu mencapai kelajuan maksimum 259 km/j.

Semua model didatangkan dengan sistem pacuan semua roda kecuali model asas. Pecutan setiap varian semakin laju, tetapi pengalaman pengendalian tetap mengagumkan pada mana-mana trim. Dengan pusat graviti yang rendah kerana pek bateri, Macan EV memberikan kestabilan luar biasa ketika mengambil selekoh.

Jarak, Pengecasan, dan Bateri

Macan EV dilengkapi bateri 95.0 kWh yang menyokong pengecasan pantas DC sehingga 270 kW. Ini bermakna pengecasan dari 10% hingga 80% hanya mengambil masa kira-kira 21 minit. 

Untuk pengecasan biasa 400-volt, bateri ini boleh berfungsi sebagai dua unit 400-volt, mempercepatkan proses pengecasan.

Ads

Jarak pemanduan bergantung pada varian:

  • Model asas (RWD): sehingga 507 km.
  • Model 4: sehingga 495 km.
  • Model 4S dan Turbo: sekitar 463 km.

Porsche Macan EV 2025 – SUV Elektrik yang Bakal Memukau Dunia

Reka Bentuk Dalaman dan Kemudahan

Bahagian dalaman Macan EV memaparkan bahan mesra alam seperti kerusi tanpa kulit dan permaidani daripada nilon kitar semula. Ruang kargo belakangnya menawarkan kapasiti 509 liter, ditambah dengan ruang simpanan kecil di bahagian depan sebanyak 82 liter. Tempat duduk belakang boleh dilipat untuk memperluaskan ruang kargo hingga 1316 liter.

Sistem infotainment menggunakan skrin 10.9-inci dengan pilihan skrin tambahan untuk penumpang hadapan. Sistem ini serasi dengan Apple CarPlay dan mempunyai pembantu suara yang diaktifkan melalui arahan “Hey Porsche.”

Ads

Harga dan Pilihan

Harga bermula sekitar RM355,000 untuk model asas dan boleh mencecah hingga RM490,000 untuk varian Turbo (pasaran Amerika). Porsche juga menawarkan pelbagai pakej pilihan untuk menyesuaikan SUV ini mengikut citarasa pembeli.

Dari Car and Driver

Baca Juga Porsche 911 Dakar Sonderwunsch – Penghormatan Terakhir yang Istimewa

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI