Inovasi Terbaru dalam Pengangkutan Pihak Berkuasa

Jabatan Polis South Pasadena  di Amerika Syarikat menggantikan keseluruhan armada kenderaan mereka dengan kenderaan elektrik (EV).

Langkah ini merupakan komitmen bandar ini terhadap kelestarian alam sekitar.

Inisiatif ini menyaksikan penambahan 20 model baharu Tesla, termasuk 10 unit Tesla Model Y untuk tugas rondaan dan 10 unit Tesla Model 3 untuk kerja-kerja detektif dan pentadbiran.

Datuk Bandar Evelyn Zneimer menjelaskan,

“Peralihan ini mencerminkan visi bandar kita untuk masa depan yang mampan berdasarkan pengurusan kewangan yang cekap dan tanggungjawab alam sekitar. Kita mahu mencipta pasukan polis yang moden, selamat, dan bertanggungjawab dari segi ekonomi.”

Polis South Pasadena Gunakan Kenderaan EV
Kredit Foto : Website expressnews

Keselamatan dan Penjimatan Kos yang Maksimum

Kenderaan EV ini dilengkapi dengan penarafan keselamatan 5 bintang, memastikan tahap perlindungan yang terbaik.

Penggunaan EV dijangka akan menjimatkan sekitar $4,000 setiap tahun bagi setiap kenderaan dalam kos tenaga, dan penjimatan yang ketara dalam kos penyelenggaraan.

Ini adalah langkah strategik yang bukan sahaja mengurangkan kadar karbon bandar tetapi juga menjimatkan perbelanjaan awam.

Polis South Pasadena Gunakan Kenderaan EV
Kredit Foto : Website expressnews

Kemudahan Infrastruktur EV yang Menyeluruh

Bagi menyokong langkah baharu ini, South Pasadena telah memasang 34 pengecas EV di Dewan Bandaraya dengan kerjasama Southern California Edison melalui program Charge Ready mereka.

Selain itu, bandar ini juga mengimplementasikan sistem solar-powered backup untuk memastikan perkhidmatan di bandar masih boleh beroperasi semasa gangguan bekalan elektrik.

Ini adalah langkah proaktif yang memperkukuhkan daya tahan operasi keselamatan awam.

Ketua Polis South Pasadena, Brian Solinsky, menekankan manfaat peralihan ini,

“Inisiatif ini bukan sahaja memastikan keselamatan tertinggi untuk pegawai dan kakitangan tetapi juga menghasilkan pengurangan kos yang signifikan dalam bahan api dan penyelenggaraan.”

Polis South Pasadena Gunakan Kenderaan EV
Kredit Foto : Website expressnews

Sokongan dan Kerjasama Serantau

Peralihan ini, yang melibatkan kos sebanyak $1.85 juta, mendapat sokongan besar dari rakan-rakan serantau.

Jawatankuasa Kajian Pengurangan Pencemaran Sumber Bergerak (MSRC) menyumbang hampir $500,000, sementara Southern California Edison menyediakan kira-kira $530,000 untuk kerja-kerja infrastruktur.

Polis South Pasadena Gunakan Kenderaan EV
Kredit Foto : Website expressnews

Langkah Ke Arah Masa Depan yang Lebih Hijau

Langkah South Pasadena ini menetapkan piawaian baharu untuk agensi penguatkuasaan undang-undang di seluruh negara dan membuktikan bahawa peralihan ke kenderaan elektrik sepenuhnya bukan sahaja boleh dilaksanakan tetapi juga memberikan banyak manfaat.

Sumber Artikel : ev.com

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI