Ads

Nissan PIXO Diperkenalkan, EV Bandar Kompak!

Global Nissan Newsroom

Nissan PIXO Diperkenalkan, EV Kompak Dengan Jarak Gerak Sehingga 259km

Nissan memperkenalkan model elektrik terbaharunya, Nissan PIXO, sebuah EV kompak dalam segmen A yang dibangunkan khusus untuk pasaran Eropah.

Kehadiran PIXO turut menandakan kepulangan Nissan ke segmen A di Eropah, kali ini menerusi sebuah kenderaan elektrik sepenuhnya yang memberi fokus kepada penggunaan harian di kawasan bandar.

Nissan
Global Nissan Newsroom

Bateri 27.5kWh, jarak gerak sehingga 259km

PIXO menggunakan bateri 27.5kWh lithium iron phosphate (LFP), sekali gus menjadi model Nissan pertama di Eropah yang menggunakan teknologi bateri jenis tersebut.

Model ini mampu menawarkan jarak gerak sehingga 259km berdasarkan kitaran WLTP.

Bagi pengecasan, PIXO menyokong DC fast charging sehingga 50kW, membolehkan kapasiti bateri dicas daripada 15 hingga 80 peratus dalam tempoh kira-kira 28 minit.

Pengecasan AC 11kW pula disediakan sebagai standard bagi keseluruhan rangkaian model. Kuasa maksimum yang dihasilkan ialah 60kW, bersamaan kira-kira 80hp.

Ads

Baca Juga: Red Bull KTM Raih Podium MX2 di GP Turkiye!

Nissan
Global Nissan Newsroom

Kompak untuk Kegunaan Dalam Bandar

PIXO mempunyai panjang 3,796mm, lebar 1,790mm dan tinggi 1,512mm, manakala jarak rodanya ialah 2,492mm.

Ia turut mempunyai ground clearance 140mm dan diameter pusingan 9.9 meter, sesuai dengan karakter sebuah kereta bandar yang memerlukan tahap kelincahan tinggi.

Walaupun bersaiz kompak, ruang bagasinya menawarkan kapasiti 356 liter, yang boleh diperluaskan sehingga 1,221 liter apabila tempat duduk belakang dilipat.

Ads
Nissan
Global Nissan Newsroom

Google built-in dan Gemini

Dari sudut teknologi, PIXO dilengkapi beberapa ciri bantuan pemanduan termasuk Automated Emergency Braking, sistem bantuan mengekalkan lorong serta teknologi e-Pedal.

Ia juga menawarkan integrasi aplikasi MyNissan untuk fungsi seperti navigasi, perancangan perjalanan secara masa nyata, pengurusan pengecasan serta kawalan beberapa fungsi kenderaan.

Menariknya, sistem Google built-in turut disediakan bersama integrasi Gemini, yang digunakan bagi menyokong navigasi, perancangan laluan dan fungsi keterhubungan dalam kenderaan.

Ads

PIXO Dibangunkan bersama Renault

PIXO merupakan satu lagi hasil kerjasama dalam Renault-Nissan Alliance. Model ini dibangunkan bersama Renault dengan memanfaatkan kepakaran serta sumber kedua-dua syarikat bagi mempercepatkan proses pembangunan.

Langkah ini juga memperlihatkan pendekatan untuk memperluaskan barisan EV Eropah menerusi pembangunan produk yang lebih pantas serta penggunaan platform dan kemudahan pengeluaran bersama rakan strategiknya.

Penghantaran pertama PIXO kepada pelanggan di Eropah bermula awal 2027. Bagaimanapun, harga serta spesifikasi khusus mengikut pasaran masih belum diumumkan. Harga dan tempahan awal akan didedahkan mulai Disember 2026.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.  

YouTube video player

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Menarik di Roda Panas

BMW R 1300 GS Kini Dilengkapi “Automated Shift Assistant”

BMW R 1300 GS Kini Dengan Automated Shift Assistant, Harga RM145,000 BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan varian terbaharu BMW R 1300 GS untuk pasaran tempatan, kali...