Bagi peminat motosikal touring berprestasi tinggi, berita baik datang dari DIDI Group, pengedar sah motosikal Triumph di Malaysia. Triumph Tiger Sport 800, model terbaharu yang ditunggu-tunggu, kini sudah dibuka untuk tempahan dan dijangka memasuki pasaran tempatan pada April tahun ini.

Prestasi Mantap Dengan Enjin Tiga Silinder

Triumph Tiger Sport 800 dikuasakan oleh enjin tiga silinder 800cc yang mampu menjana kuasa maksimum 115PS dan tork 84Nm. Dengan spesifikasi ini, motosikal ini menawarkan pecutan yang pantas serta prestasi responsif untuk pelbagai kondisi tunggangan – sama ada dalam bandar, lebuh raya, mahupun jalan berliku di kawasan berbukit.

Dibina Untuk Jelajah Jarak Jauh

Direka khusus untuk perjalanan jauh, Tiger Sport 800 menampilkan casis ringan yang memberikan kawalan lebih baik serta keyakinan ketika menunggang. 

Suspensi Showa boleh laras sepenuhnya turut dipadankan untuk memastikan kestabilan dan keselesaan maksimum, tidak kira di jalan rata mahupun berbatu.

Selain itu, Tiger Sport 800 hadir dengan tangki bahan api berkapasiti 18.6 liter. Membolehkan perjalanan lebih jauh tanpa perlu kerap berhenti mengisi minyak. 

Rekaan aerodinamik serta ergonomik yang luas juga memastikan penunggang dan pembonceng menikmati perjalanan yang selesa dalam apa jua keadaan.

Ads

Triumph Tiger Sport 800 Kini Dibuka Untuk Tempahan – Harga Dari RM63,900

Teknologi Canggih Untuk Tunggangan Lebih Selamat & Selesa

Triumph turut melengkapi Tiger Sport 800 dengan teknologi canggih bagi meningkatkan kawalan dan keselamatan. Antara ciri yang ditawarkan termasuk:

  • ABS Cornering – untuk kawalan brek lebih baik ketika membelok.
  • Traction Control – memastikan cengkaman tayar optimum dalam pelbagai keadaan jalan.
  • Triumph Shift Assist – membolehkan penukaran gear lebih lancar tanpa penggunaan klac.
  • Kesambungan Bluetooth – untuk akses mudah kepada muzik, panggilan dan navigasi.
  • Tiga Mod Penunggang – memberikan pilihan tetapan enjin mengikut keperluan tunggangan.
  • Cruise Control – membolehkan perjalanan lebih santai di lebuh raya.

Warna & Harga

Triumph Tiger Sport 800 ditawarkan dalam beberapa pilihan warna menarik seperti Cosmic Yellow, Caspian Blue / Phantom Black, Graphite / Sapphire Black, dan Sapphire Black. 

Harga jualan bermula dari RM63,900 (tidak termasuk pendaftaran dan insurans). Menjadikannya pilihan berbaloi dalam segmen motosikal touring premium.

Ads

Triumph Tiger Sport 800 Kini Dibuka Untuk Tempahan – Harga Dari RM63,900

Tawaran Istimewa Untuk 30 Pelanggan Terawal

Sebagai promosi pengenalan, Triumph Malaysia menawarkan pek pelancongan eksklusif bernilai RM11,000 kepada 30 pelanggan pertama. Pek ini merangkumi:

  • Pannier dengan beg dalaman,
  • Top box yang boleh memuatkan dua helmet,
  • Rak bagasi dan kit pelekap top box,
  • Pad sandaran top box,
  • Kit stand tengah.

Bagi yang berminat, anda boleh mengunjungi pengedar sah Triumph di seluruh negara atau layari laman web rasmi Triumph Malaysia di www.triumph-motorcycles.my untuk maklumat lanjut. 

Ads

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang terawal memiliki Tiger Sport 800 dan nikmati pengalaman tunggangan touring yang luar biasa!

Dari Careta

Baca Juga Triumph Tiger Sport 660 – Lebih Canggih dengan Peningkatan Teknologi

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI