Rezvani, syarikat automotif yang berpangkalan di California, US, baru-baru ini telah mengumumkan model terbaharunya, dikenali sebagai Beast. Ia yang menawarkan prestasi yang memukau dengan rekaan modifikasi yang menakjubkan, berharga dari USD$485 ribu (sekitar RM2.3 juta).
Dikenali dengan penghasilan kenderaan modifikasi yang menarik dari beberapa model popular, Rezvani kali ini mendedahkan Beast, yang diasaskan dari Chevrolet Corvette C8 yang telah diubah suai sepenuhnya, terutama pada bahagian luaran.
Meskipun menggunakan enjin V8 LT2 6.2 liter, Beast telah dipertingkatkan dengan turbo berkembar, di mana ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 1000 HP dan tork 1194 Nm!
Kredit Foto: Rezvani
Dengan transmisi automatik DCT 8 kelajuan, Beast mampu memecut dari 0-100 km/j dalam hanya 2.5 saat, dibantu oleh pengurangan berat melalui penggunaan komponen badan dari gentian karbon.
Ads
Rekaan luaran Beast kini lebih agresif dengan badan gentian karbon, menampilkan modifikasi besar yang pastinya memikat perhatian. Rezvani turut menawarkan beberapa pakej naik taraf untuk meningkatkan lagi daya penarik, termasuk pakej “007” yang menambahkan elemen gaya hidup James Bond.
Bagi mereka yang mahukan tahap kekebalan yang lebih tinggi, Beast boleh dilengkapi dengan perisai kalis peluru dengan kos tambahan. Walaupun dengan harga yang meningkat sehingga USD585 ribu (lebih kurang RM2.7 juta) dengan tambahan pakej “007” dan perisai kalis peluru, Rezvani hanya merancang untuk menghasilkan 20 unit sahaja, menjadikannya pilihan eksklusif bagi peminat kenderaan prestasi yang mencari keunikan dan ketangguhan.
Porsche Malaysia, menerusi Sime Darby Auto Performance, memperkenalkan model terbaharu mereka, Cayenne S E-Hybrid Coupé. Kini boleh didapati di pasaran tempatan. Model ini adalah kenderaan kedua yang dipasang secara tempatan di Malaysia selepas Cayenne. Ia merupakan simbol penting dalam usaha Porsche untuk memenuhi permintaan di rantau ini.
Dengan harga bermula dari RM 728,000, SUV hibrid ini hadir dengan reka bentuk yang lebih segar, prestasi dinamik, dan teknologi terkini, sesuai untuk gaya hidup moden.
Cayenne S E-Hybrid Coupé menampilkan rupa luaran yang atletik dan ekspresif. Pelanggan di Malaysia kini boleh memilih warna seperti Carrara White Metallic, Chromite Black Metallic, atau Dolomite Silver Metallic tanpa kos tambahan. Roda 20 inci Cayenne S Design dalam warna Vesuvius Grey menambahkan lagi gaya mewah dan sporty kenderaan ini.
Sistem pencahayaan HD Matrix LED baharu turut menjadi ciri standard, menawarkan penglihatan dan keselamatan yang optimum dengan lebih daripada 32,000 piksel pada setiap lampu utama.
Di bahagian dalam, kemewahan SUV ini dipertingkatkan dengan stereng GT Sports. Pakej Sport Chrono lengkap dengan jam Porsche Design, serta sistem audio premium BOSE® Surround Sound System.
Untuk keselesaan tambahan, terdapat tempat duduk boleh laras 14 hala dengan memori. Kawalan iklim empat zon. Ioniser udara dalaman. Tirai elektrik pada tingkap sisi belakang. Pengguna juga boleh memilih antara dua warna upholsteri kulit mewah. Iaitu Hitam atau Bordeaux Red, lengkap dengan lambang Porsche di penyandar kepala.
Cayenne S E-Hybrid Coupé dilengkapi sistem bantuan pemandu seperti Adaptive Cruise Control, ParkAssist dengan Surround View, dan integrasi telefon pintar melalui Apple CarPlay®. Bahagian kabin pula menampilkan skrin melengkung 12.6 inci sebagai panel instrumen utama, bersama skrin infotainmen 12.3 inci.
Kedudukan tuil gear automatik di sebelah kiri stereng membebaskan ruang konsol tengah untuk kawalan sistem penyaman udara dalam rekaan panel hitam elegan. Gabungan kawalan mekanikal dan digital memberikan pengalaman pengguna yang intuitif dan praktikal.
Menggabungkan enjin V6 turbo 3.0 liter dengan motor elektrik, sistem hibrid Cayenne S E-Hybrid Coupé menghasilkan kuasa gabungan sebanyak 519 PS. SUV ini mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam hanya 4.7 saat dengan kelajuan maksimum 263 km/j.
Bagi pemanduan dalam bandar, mod elektrik menawarkan jarak perjalanan sehingga 90 km, menjadikannya pilihan ideal untuk gaya hidup urban di Malaysia.
Porsche turut memperkenalkan sistem suspensi udara adaptif baharu dengan teknologi dua ruang dan dua injap.
Suspensi ini bukan sahaja meningkatkan keselesaan pemanduan tetapi juga memberikan kestabilan yang lebih baik, sama ada di jalan raya biasa atau permukaan lasak.
Pilihan mod pemanduan seperti Normal, Sport, dan Sport Plus kini menawarkan pengalaman yang lebih berbeza untuk setiap situasi.
Dengan semua kelebihan ini, Cayenne S E-Hybrid Coupé sememangnya sebuah SUV yang menggabungkan keanggunan, teknologi, dan kecekapan. Untuk maklumat lanjut atau membuat tempahan, pelanggan boleh menghubungi Pusat Porsche berhampiran atau melayari laman web rasmi Porsche Malaysia.
Boon Siew Honda (BSH) baru sahaja melancarkan model motosikal adventure rally terbaru mereka – CRF250 Rally 2024.
Motosikal ini merupakan model 250cc yang direka khusus untuk kegunaan off-road, dengan harga jualan bermula dari RM28,599 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan).
CRF250 Rally 2024 dilengkapi dengan enjin 250cc DOHC empat lejang sejukkan cecair. Enjin ini mampu menghasilkan kuasa output maksimum sehingga 24hp pada 9,000 rpm dan tork maksimum 23Nm pada 6,500 rpm.
Enjin ini menawarkan prestasi yang mantap dan responsif, sesuai untuk pelbagai keadaan permukaan jalan yang mencabar.
Motosikal ini di inspirasikan daripada model ikonik Honda Racing Corporation (HRC) CRF450 Rally Dakar. Model yang dikenali dengan ketahanannya dalam perlumbaan rally ekstrem.
DNA pengayaan yang sama diterapkan pada CRF250 Rally. Menjadikannya pilihan yang ideal untuk penggemar off-road dan rally.
CRF250 Rally 2024 menampilkan pelbagai ciri canggih yang meningkatkan keselamatan dan keselesaan penunggang. Antaranya adalah unit pencahayaan lampu hadapan LED berkembar asimetri yang memberikan penglihatan yang lebih baik pada waktu malam.
Motosikal ini juga dilengkapi dengan floating windscreen yang mengurangkan tekanan angin, serta unit fork hadapan SHOWA jenis USD (upside-down) yang memberikan kestabilan tambahan ketika menunggang di permukaan yang tidak rata.
Sistem ABS dua saluran pada CRF250 Rally memastikan keselamatan maksimum dengan memberikan brek yang lebih terkawal dan mengurangkan risiko tergelincir.
Selain itu, motosikal ini juga mempunyai klac assist dan slipperTM dengan enam kelajuan, yang memudahkan penunggang untuk menukar gear dengan lebih lancar dan mengurangkan beban pada enjin.
Rangka motosikal ini menggunakan jenis Steel Semi-Double Cradle. Ia menawarkan kekuatan dan kestabilan yang tinggi. Ketinggian tempat duduk adalah pada 885mm dan ground clearance pada 275mm.
Memberikan penunggang posisi menunggang yang lebih tinggi dan pandangan yang lebih luas. Berat keseluruhan motosikal ini adalah 153kg. Cukup ringan untuk memberikan kawalan yang baik di jalan yang mencabar.
CRF250 Rally juga menampilkan swing arm ringan yang mengurangkan berat motosikal sehingga 5kg. Tangki bahan api dengan kapasiti 12.8 liter memastikan penunggang boleh menunggang lebih jauh tanpa perlu kerap berhenti untuk mengisi minyak.
Pada roda hadapan, CRF250 Rally menggunakan tayar bersaiz 80/100 – 21M/C (51P) manakala pada bahagian belakang, ia menggunakan tayar bersaiz 120/80 – 18M/C (62P).
BSH mengumumkan bahawa Honda CRF250 Rally akan mula dipamerkan di pengedar Honda Big Wing bermula 16 Julai 2024. Motosikal ini hanya didapati dalam warna Extreme Red sahaja buat masa ini.
Untuk setiap pembelian, BSH menawarkan waranti selama dua tahun atau 20,000km perbatuan, mengikut mana-mana yang sampai dahulu.
Waranti ini memberikan ketenangan fikiran kepada pembeli, memastikan mereka dapat menikmati pengalaman menunggang tanpa kebimbangan tentang kos penyelenggaraan yang tinggi.
Dengan segala ciri canggih dan reka bentuk yang tahan lasak, Honda CRF250 Rally 2024 pasti akan menjadi pilihan utama bagi penggemar motosikal off-road dan adventure rally di Malaysia.
Membeli kereta pertama selepas mula bekerja adalah keputusan besar, terutama untuk fresh graduate yang baru masuk dunia pekerjaan. Pada fasa ini, kereta bukan sekadar simbol mampu berdikari, tetapi juga komitmen kewangan jangka panjang yang perlu difikirkan dengan teliti.
Sebab itu, pilihan kereta pertama tidak sepatutnya hanya berdasarkan rupa atau trend semata-mata. Faktor seperti harga, ansuran bulanan, penggunaan minyak, kos servis dan nilai jualan semula lebih penting untuk mereka yang baru mula membina kewangan sendiri.
Perodua Axia kekal antara pilihan paling logik untuk pembeli kereta pertama. Dengan harga yang lebih rendah berbanding kebanyakan model lain, Axia menawarkan kos pemilikan yang mudah dikawal untuk fresh graduate.
Kelebihan utama Axia ialah saiznya yang kompak, mudah dipandu dalam bandar dan sangat jimat minyak. Untuk mereka yang banyak bergerak ke pejabat atau kawasan bandar sesak, model ini sudah memadai sebagai kereta harian.
Bagi fresh graduate yang mahukan ruang lebih besar, Perodua Bezza adalah pilihan yang lebih praktikal. Sebagai sedan kompak, Bezza menawarkan ruang but lebih luas dan masih berada dalam kategori mampu milik.
Model ini sesuai untuk mereka yang kerap balik kampung atau membawa banyak barang. Kos penyelenggaraan dan penggunaan minyaknya juga masih rendah berbanding banyak sedan lain dalam pasaran.
Proton Saga pula sesuai untuk mereka yang mahukan pengalaman pemanduan lebih stabil. Sedan ini menawarkan ruang kabin lebih selesa dan rasa pemanduan yang lebih meyakinkan untuk perjalanan jauh.
Bagi fresh graduate yang mahu kereta nampak lebih matang atau formal, Saga boleh menjadi pilihan yang seimbang dari segi harga dan praktikaliti.
Perodua Myvi mungkin sedikit lebih mahal, tetapi ia masih antara hatchback paling popular di Malaysia. Myvi menawarkan ruang kabin lebih baik, prestasi lebih selesa dan nilai jualan semula yang kuat.
Kereta ini sesuai untuk fresh graduate yang mempunyai pendapatan lebih stabil dan mahu menggunakan kereta dalam tempoh lebih lama tanpa cepat rasa ketinggalan.
Untuk fresh graduate yang mahukan sedan lebih luas, Proton Persona boleh dipertimbangkan. Model ini menawarkan ruang kabin dan ruang but yang lebih besar selain beberapa ciri keselamatan yang baik dalam kelasnya.
Persona sesuai untuk mereka yang kerap memandu jauh atau mahukan keselesaan tambahan berbanding sedan asas lain.
Selain memilih model yang sesuai, fresh graduate juga perlu bijak mengurus komitmen kewangan sebelum membeli kereta pertama. Elakkan memilih ansuran terlalu tinggi hanya kerana mahu mengejar spesifikasi atau reka bentuk tertentu.
Lebih baik memilih kereta yang mudah dijaga, jimat minyak dan mempunyai kos servis rendah supaya kewangan bulanan kekal stabil. Ini penting terutama untuk mereka yang baru membina simpanan dan masih menyesuaikan diri dengan kehidupan bekerja.
Ramai fresh graduate melakukan kesilapan dengan memilih kereta di luar kemampuan sebenar hanya kerana mahu nampak lebih bergaya atau mengikut trend semasa.
Situasi ini boleh menyebabkan kewangan bulanan menjadi sempit, terutama apabila perlu menanggung komitmen lain seperti sewa rumah, bil dan simpanan kecemasan.
Sebelum membuat keputusan, pastikan ansuran bulanan masih berada dalam tahap selesa dan tidak mengganggu perbelanjaan harian. Kereta pertama sepatutnya membantu memudahkan urusan kerja dan kehidupan, bukannya menjadi beban kewangan dalam jangka panjang.
Memilih kereta untuk fresh graduate memerlukan pertimbangan yang realistik, terutama dari sudut kewangan bulanan. Kereta pertama yang baik bukan semestinya paling mahal atau paling bergaya, tetapi model yang mudah dijaga dan tidak membebankan kewangan.
Perodua Axia sesuai untuk bajet rendah, Bezza untuk ruang tambahan, Saga untuk sedan mampu milik, Myvi untuk penggunaan lebih versatil dan Persona bagi mereka yang mahukan ruang lebih besar.
Sebelum membeli, pastikan semua kos seperti ansuran, minyak, servis, insurans dan tol diambil kira supaya keputusan yang dibuat lebih sesuai dengan pendapatan sebenar.
Kempen Terhad BMW, 218 Gran Coupé Sport Kini Lebih Mampu Milik
BMW Group Malaysia mengumumkan kempen harga istimewa untuk BMW 218 Gran Coupé Sport serta...