Dalam suasana mewah di tebing Tasik Como sempena acara berprestij Concorso d’Eleganza Villa d’Este. BMW Motorrad tampilkan satu kejutan: BMW Motorrad Concept RR – sebuah motosikal konsep yang menjadi cerminan masa depan jentera ‘superbike’ mereka.

Menurut Markus Flasch, Ketua BMW Motorrad, “Inilah kali pertama kami perlihatkan bayangan awal generasi baharu RR sebegini awal. Concept RR ini bukan sekadar motosikal konsep – ia adalah hasil terbaik pasukan pembangunan kami. Baik dari segi teknologi mahupun rekaan.” 

Jelasnya lagi, motosikal ini diinspirasikan daripada jentera lumba BMW, M 1000 RR, yang digunakan oleh pelumba kilang BMW – Toprak Razgatlıoğlu, juara FIM World Superbike tahun lalu.

BMW Motorrad Dedah Konsep RR – Petanda Awal Generasi Superbike Masa Depan

Daripada Litar ke Jalan Raya – Tiada Lagi Sempadan

BMW Motorrad tak asing dengan dunia perlumbaan. Mereka terlibat aktif dalam perlumbaan WSBK serta kejohanan tempatan dan antarabangsa lain. Semua pengalaman lumba ini bukan sekadar hiasan – ia diolah dan dimasukkan terus ke dalam motosikal produksi mereka. Dan itulah yang berlaku pada Concept RR ini.

Ads

Jantung Concept RR dikuasakan oleh enjin empat silinder sebaris yang sama digunakan pada jentera lumba WSBK mereka – dengan kuasa melebihi 230hp. Sistem elektroniknya pula terus diambil dari M 1000 RR – termasuk kawalan cengkaman, pengurusan enjin, dan brek enjin.

BMW Motorrad Dedah Konsep RR – Petanda Awal Generasi Superbike Masa Depan

Ringan, Tajam, dan Aerodinamik

Kalau dari sudut rekaan, segala komponen dibina dengan tumpuan pada berat dan kecekapan – guna bahan ringan seperti karbon dan aluminium. Dari rangka sampai ke skru, semuanya dikira dan diolah untuk prestasi maksimum.

Bahagian aerodinamik pula dirancang supaya jentera ini stabil di kelajuan tinggi, laju di selekoh, dan paling kurang rintangan angin. Fairing dengan ‘winglet’ aerodinamik, lubang udara pintar dari depan sampai ke belakang, dan rekaan ekor monolitik yang turut berfungsi sebagai sistem ventilasi – semuanya direka dengan satu matlamat: capai kelajuan maksimum.

Ads

Logo RR timbul di bahagian belakang dan simbol RR bercahaya di bawah ekor aluminium. Satu sentuhan reka bentuk yang menggambarkan kekemasan BMW.

BMW Motorrad Dedah Konsep RR – Petanda Awal Generasi Superbike Masa Depan

Bukan Sekadar Motosikal – Gaya Hidup Pun Dibawa Sekali

Tak lengkap sebuah motosikal konsep kalau tak ada elemen gaya hidup. Jadi, BMW juga lancarkan jaket eksklusif Concept RR LTD, dihasilkan bersama jenama tradisional Bavaria, MEINDL

Jaket ini diperbuat daripada kulit Nappa lembut dan hanya dikeluarkan sebanyak 50 unit sahaja di seluruh dunia. Ia bukan sekadar jaket – tapi lambang eksklusiviti, prestij, dan warisan perlumbaan.

Ads

Dari BMW Motorrad

Baca Juga BMW Motorrad Lancar C 400 X & C 400 GT Baharu

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI