Aveta Malaysia kini mengorak langkah ke hadapan dengan memperkenalkan skuter gaya crossover adventure-touring terbaru mereka, Aveta Vanguard 250, ke pasaran tempatan.
Direka untuk memenuhi keperluan penggemar pengembaraan dan touring. Skuter ini menawarkan pelbagai ciri menarik yang memukau.
Ketahanan Terbukti
Sebelum dilancarkan, Aveta Vanguard 250 telah menjalani ujian intensif sejauh 20,000 kilometer merentasi pelbagai jenis permukaan jalan di Semenanjung Malaysia.
Ujian ini memastikan kestabilan, ketahanan, dan keselesaan maksimum, menjadikan skuter ini pilihan ideal bagi mereka yang gemar mengembara.
Enjin dan Prestasi
Dibina berasaskan platform Piaggio Nexus 250 yang terkenal dengan ketahanannya, Vanguard 250 dilengkapi enjin satu silinder 244cc SOHC dengan sistem penyejukan cecair.
Enjin ini menghasilkan kuasa 24.8HP pada 8,500RPM dan tork 22.5Nm pada 6,500RPM. Dipadankan dengan transmisi automatik CVT dan sistem belt drive, skuter ini menawarkan pengalaman tunggangan yang lancar dan bertenaga.
Reka Bentuk Adventure-Touring
Aveta Vanguard 250 membawa dimensi baru dalam segmen Adventure-Touring-Crossover (ATC) dengan reka bentuk yang mengutamakan kelegaan tanah tinggi, sistem brek cekap, dan suspensi tahan lasak untuk prestasi unggul di jalan off-road.
Ads
Dimensinya yang berukuran 2,120mm panjang, 790mm lebar, dan 1,345mm tinggi dengan ketinggian tempat duduk 780mm serta kelegaan tanah 160mm memberikan keseimbangan yang sempurna untuk pemanduan pelbagai rupa bumi.
Keselesaan dan Praktikaliti
Untuk perjalanan jarak jauh, Vanguard 250 hadir dengan tempat duduk ergonomik berserta sokongan lumbar, tangki bahan api berkapasiti 13 liter, dan jarak roda yang panjang untuk kestabilan tambahan.
Ruang simpanan bawah pelana menawarkan kapasiti 23.5 liter, cukup untuk satu topi keledar, manakala dua ruang simpanan kecil di hadapan menambah praktikaliti.
Ciri-Ciri Premium
Vanguard 250 hadir dalam dua varian: Standard dan SE (Special Edition). Varian Standard menawarkan pengalaman asas dengan tayar hadapan bersaiz 120/70-14 dan belakang 140/60-13.
Ads
Varian SE pula dilengkapi tayar hadapan 15 inci dan belakang 14 inci, fork hadapan 37mm, brek caliper 4-piston, skrin TFT 7 inci dengan sambungan pintar. Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS), dashcam, serta suspensi berkembar dengan tangki gas untuk keselesaan maksimum.
Harga dan Promosi
Varian Standard ditawarkan pada harga RM14,888 dengan warna Nano Grey, manakala varian SE tersedia pada harga RM16,388 dalam warna Majestic Green dan Titanium Grey.
Sebagai promosi pengenalan, 200 unit pertama akan dijual pada harga istimewa – RM14,488 untuk Standard dan RM15,988 untuk SE. Harga ini tidak termasuk insurans dan cukai jalan.
Jaminan dan Sokongan Selepas Jualan
Aveta Malaysia menawarkan jaminan dua tahun atau 20,000 kilometer, bergantung kepada mana yang tiba dahulu. Selain itu, rangkaian pengedar dan pusat servis yang semakin meluas memastikan pemilik Vanguard 250 mendapat sokongan selepas jualan yang terbaik.
Ads
Pandu Uji dan Roadshow
Sesi pandu uji dan roadshow untuk Aveta Vanguard 250 akan bermula Mac 2025, memberikan peluang kepada pelanggan untuk merasai sendiri keupayaan skuter ini. Lokasi roadshow akan diumumkan melalui platform media sosial rasmi Aveta Malaysia. Skuter ini boleh didapati di semua pengedar sah Aveta bermula Februari 2025.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Aveta diwww.aveta.com.my.
Pertengahan tahun lalu, Mercedes-AMG telah memperkenalkan SUV GLC berprestasi tinggi dalam barisan GLC 43 dan GLC 63 S E Performance. Namun, mungkin terdapat reaksi peminat AMG yang mahukan sebuah model berprestasi sama dengan casis yang lebih besar.
Justeru itu, lahirlah sebuah model AMG dalam versi SUV Coupe yang digelar GLC 43 dan GLC 63 S E Performance. Secara dasarnya, spesifikasi masih sama dengan model badan standard, cuma sedikit penalaan telah dilakukan untuk menyesuaikan prestasi dan casis kereta yang baharu ini.
Kredit Foto: Careta.my
GLC 43 membawakan nadi 2.0 liter turbo berkuasa 416 HP dengan kuasa motor elektrik kecil setinggi 13 HP. Manakala, GLC 63 S E Performance pula mempunyai spesifikasi yang lebih tinggi sedikit iaitu enjin 2.0 liter turbo dengan hamburan kuasa 469 HP yang turut digandingkan dengan motor elektrik berkuasa 201 HP.
Ini menjadikan model GLC 63 S E Performance berkuasa setinggi 671 HP dan daya kilas 1,020 Nm. Selain itu, sistem pacuan semua roda 4MATIC dengan transmisi AMG Speedshift sembilan nisbah kelajuan turut tersedia untuk kedua-dua model tersebut.
Dari segi prestasi, pecutan 0-96km/j adalah sekitar 4.7 saat untuk GLC 43 manakala GLC 63 hanya mengambil masa selama 3.4 saat sahaja. Kelajuan maksimum bagi model GLC 43 adalah setinggi 250 km/j dan untuk GLC 63 adalah sekitar 275 km/j.
Kredit Foto: Careta.my
Perbezaan antara dua model ini terletak pada bahagian ruang kargo yang mana GLC 63 S E menawarkan ruang sebesar 391 liter atau sehingga 1,334 liter apabila tempat duduk baris kedua dilipat.
Untuk GLC 43 pula, ia lebih besar dengan kapasiti muatan 544 liter yang turut mempunyai perincian sama seperti GLC 63. Jika dilipat kerusi baris kedua, ia mampu menambah ruang kargo sehingga 1,489 liter.
Harga jualan bagi kedua-dua model ini masih tidak didedahkan lagi, namun Mercedes-AMG bakal mengeluarkan model GLC 43 terlebih dahulu untuk tahun 2024, manakala model GLC 63 S E Performance akan dipasarkan pada tahun 2025.
1 of 38
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Bila sebut tentang limousin, pasti model yang terbayang di fikiran kita adalah model Lincoln dan Cadillac yang menjadi lambang kemewahan Amerika.
Lanskap automotif pada tahun 1980-an juga menyaksikan perusahaan Chrysler memperkenalkan limousin K-car yang dikenali sebagai Chrysler Executive, bukti semangat inovatif era itu dalam mengubah kenderaan konvensional menjadi sebuah kenderaan mewah.
Kredit Foto : Website journal.classiccars
Namun, model yang unik dari negara matahari terbit ini pasti menarik perhatian kita iaitu Honda Accord limosin 1981.
Honda Civic yang kompak dan cekap yang diperkenalkan pada tahun 1973 manakala Accord pada tahun 1976. Model ini pada asalnya dicipta sebagai langkah kepada krisis bahan api dan kebimbangan emission pada masa itu, namun Accord dengan cepat menjadi kegemaran kerana kebolehpercayaan dan reka bentuk praktikalnya, prinsip yang tampaknya bertentangan dengan kemewahan yang biasanya dikaitkan dengan limousin.
Kredit Foto : Website journal.classiccars
Accord limosin ini mempunyai jarak roda yang dipanjangkan dan menambah sentuhan kemegahan kepada kenderaan yang sebaliknya sederhana. Di bahagian dalam, kabin ini dilengkapi dengan tempat duduk baldu mewah, telefon , monitor, dan peralatan stereo, tidak lupa juga lampu opera yang menambah elemen kecanggihan kereta ini.
Kredit Foto : Website journal.classiccars
Anggaran harga kereta ini pada tahun 2023 adalah sekitar $39,420 (RM185,579.51). Namun sudah pasti nilai harga kenderaan ini pasti akan terus meningkat kerana ianya agak sukar ditemui pada masa kini.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Honda kembali membuat kejutan dalam dunia motosikal dengan pengumuman enjin V-3 baharu yang bakal mencipta sejarah.
Ketika banyak pengeluar kenderaan kini lebih menumpukan pada teknologi elektrik dan meninggalkan pembangunan enjin pembakaran dalaman. Honda mengambil langkah berani memperkenalkan enjin V-3 dengan sistem induksi paksaan pertama di dunia.
Bunyi enjin ni pasti menarik – Car and Driver
Buat masa ini
Maklumat penuh mengenai enjin ini masih dirahsiakan, namun ada beberapa fakta menarik yang telah didedahkan. Enjin V-3 ini direka khas untuk motosikal berkuasa besar dan menggunakan sistem penyejukan air dengan susunan piston berbentuk “V” pada sudut 75 darjah.
Rekaan ini menggabungkan dua piston yang condong ke hadapan di satu sisi, sementara satu lagi piston condong ke belakang di sisi lain. Reka bentuk ini membolehkan enjin menjadi lebih kompak dan ramping, satu ciri yang penting bagi motosikal berkuasa besar.
Turbo? – Car and Driver
Ciri Utama
Salah satu ciri utama enjin ini ialah sistem induksi paksaan yang menggunakan pemampat elektrik untuk mengawal mampatan udara yang disedut sepanjang julat pusingan enjin.
Ini bukan sahaja meningkatkan tork pada kelajuan rendah, tetapi juga memberikan kebebasan yang lebih besar dari segi rekaan. Menariknya, Honda berjaya mereka sistem ini tanpa memerlukan intercooler. Satu kelebihan besar memandangkan ruang dalam motosikal yang terhad.
Enjin yang lebih ringkas
Honda menekankan bahawa enjin ini memberi fleksibiliti luar biasa kepada jurutera mereka dari segi reka bentuk. Oleh kerana tiada keperluan untuk intercooler, enjin ini juga lebih ringkas, membolehkan Honda menyesuaikannya pada pelbagai model.
Dengan potensi untuk menghasilkan kuasa tork yang lebih tinggi walaupun pada RPM rendah. Enjin ini dijangka menawarkan pengalaman menunggang yang luar biasa bagi penggemar motosikal berkuasa besar.
Walaupun Honda belum mengesahkan model motosikal yang akan dilengkapi enjin ini. Ramai pemerhati berpendapat ia mungkin akan dilihat pada model seperti CB1000R dalam beberapa tahun akan datang. Jika ini benar, penggemar Honda bakal menikmati motosikal berkuasa tinggi yang memanfaatkan teknologi termaju dengan rekaan yang lebih padat dan responsif.
Lakaran enjin V-3 – Motosikal apa yang bakal letak enjin ini?
Pembangunan enjin V-3,
Induksi paksaan ini bukan sahaja membawa inovasi baharu dalam dunia motosikal tetapi juga membuktikan bahawa Honda masih bersemangat dalam mempertingkatkan teknologi enjin pembakaran dalaman walaupun banyak pengeluar lain beralih ke teknologi elektrik.
Dengan fokus pada pengeluaran besar-besaran untuk model-model berkapasiti besar. Honda dijangka akan terus menarik minat peminat motosikal yang dahagakan prestasi tinggi serta teknologi terkini dalam pakej yang elegan dan mantap.
Secara keseluruhan, pengumuman ini membawa harapan besar untuk peminat motosikal yang sentiasa menginginkan teknologi enjin yang unik dan berkuasa.
Buat masa ini, kita hanya boleh menantikan lebih banyak perkembangan daripada Honda dan bersedia untuk menyaksikan inovasi terbaharu mereka meluncur di jalanan. Apa pun model yang akan menjadi hos kepada enjin V-3 ini, Honda pasti memberikan pengalaman menunggang yang mengujakan.
Seperti yang dijangkakan daripada teaser misteri Ducati minggu lalu dengan tajuk "Feet Forward. Head Turning," akhirnya Ducati memperkenalkan model terbaharu mereka – 2025 Ducati...