Voxan kembali menjadi tumpuan dunia apabila motosikal elektrik mereka berjaya memecahkan empat rekod kelajuan di Salt Flats, Bonneville, Utah.
Projek yang merupakan hasil kerjasama antara pengeluar Perancis, Voxan, dan pelumba Louis-Marie Blondel.
Rekod ini memperlihatkan keupayaan motosikal elektrik yang semakin mencabar dominasi motosikal konvensional.
Kelajuan Luar Biasa Tanpa dan Dengan Fairing
Rekod kelajuan tersebut dicatatkan dalam dua kategori iaitu motosikal dengan fairing dan tanpa fairing melalui permulaan ‘flying start’ untuk jarak satu kilometer dan satu batu.
Blondel berjaya membawa motosikal tanpa fairing ke kelajuan 168.712mph bagi jarak satu kilometer.
Ads
Dengan pemasangan fairing, kelajuan maksimum meningkat kepada 180.065mph, menjadikan ia rekod tertinggi daripada empat pencapaian.
Kredit Foto : Website motorcyclenews
Rekod Kelajuan untuk Jarak Satu Batu
Selain itu, untuk jarak satu batu, motosikal berkuasa 107bhp ini, yang menggunakan teknologi Lithium-ion dan motor axial flux magnet kekal, berjaya mencapai 168.593mph tanpa fairing, dan 180.035mph dengan fairing.
Pencapaian ini membuktikan keupayaan motosikal elektrik untuk beroperasi pada kelajuan tinggi, sama ada dalam konfigurasi aerodinamik atau terbuka.
Ads
Ulang Tahun Ke-15 Kerjasama Voxan dan Venturi
“Empat rekod dunia baharu ini adalah hadiah hebat sempena ulang tahun ke-15 kerjasama kami,” ujar Gildo Pastor, Presiden Kumpulan Venturi yang memiliki Voxan.
Ini merupakan satu pencapaian yang amat bermakna bagi kedua-dua pihak dalam perjalanan mereka membangunkan motosikal elektrik berprestasi tinggi.
Sejarah Rekod Kelajuan Voxan Bersama Max Biaggi
Kerjasama antara Voxan dan Universiti Ohio State pertama kali mendapat perhatian global pada tahun 2021 apabila Max Biaggi, juara dunia sebanyak enam kali, memecahkan beberapa rekod kelajuan motosikal elektrik menggunakan model Wattman dari Voxan.
Ads
Biaggi, dengan kehebatannya, mencatatkan purata kelajuan dua hala melebihi 283mph dan dalam satu sesi, beliau memecut sehingga 292.2mph.
RW-5: Generasi Terbaru dengan Prestasi Lebih Hebat
Kini, motosikal Voxan RW-5, hasil pembangunan daripada Wattman yang digunakan Biaggi, terus membuktikan bahawa masa depan motosikal prestasi tinggi semakin cerah dengan teknologi elektrik.
Voxan bukan sekadar membuktikan kemampuan, tetapi turut menetapkan penanda aras baharu untuk motosikal elektrik di masa akan datang.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Dunia sukan automotif tidak terhad kepada Formula 1, MotoGP atau perlumbaan rali semata-mata.
Di pelbagai pelosok dunia, terdapat sukan-sukan automotif yang bukan sahaja unik, malah cukup pelik dan kadangkala menggelikan hati.
Berikut merupakan 5 sukan automotif paling aneh yang wujud dan menarik perhatian ramai!
1. Car Curling (Finland)
Sukan ini diinspirasikan daripada sukan curling Olimpik, tetapi bezanya – batu curling digantikan dengan kereta terpakai.
Kredit Foto : Website dandad
Kereta akan ditolak atas permukaan ais dengan matlamat untuk mendarat paling hampir ke pusat sasaran. Sukan ini popular di Finland dan sering dianjurkan semasa festival musim sejuk.
2. Perlumbaan Mesin Penuai (Combine Harvester Racing) – UK & Rusia
Kredit Foto : Website luxtimes
Mesin penuai besar yang biasanya digunakan di sawah dimodifikasi untuk berlumba di atas tanah berlumpur.
Sukan ini cukup pelik kerana saiz jentera yang besar dan berat menjadikannya kelihatan seperti “raksasa” sedang berlumba.
3. Bola Sepak Kereta (Auto Football) – Jerman & Belanda
Kredit Foto : Website topgear.fandom
Bayangkan kereta bermain bola sepak.
Itulah yang berlaku dalam sukan ini! Kereta-kereta digunakan untuk menendang bola gergasi ke arah gol lawan.
Ia kelihatan seperti permainan video Rocket League – tetapi dalam dunia sebenar!
4. Perlumbaan Undur (Reverse Racing) – Belanda
Kredit Foto : Website redbull
Dalam perlumbaan ini, peserta dikehendaki memandu secara mengundur (reverse gear) sepantas mungkin mengelilingi trek. Sangat mencabar, mengelirukan dan pastinya mengundang gelak tawa!
5. Perlumbaan Jeep Barbie (Barbie Jeep Racing) – Amerika Syarikat
Kredit Foto : Website cowboystatedaily
Sukan ini melibatkan orang dewasa yang meluncur menuruni bukit menggunakan Jeep plastik mainan kanak-kanak tanpa enjin.
Aksi-aksi tergolek dan kemalangan kecil menjadi hiburan utama!
Konklusi
Sukan automotif bukan sahaja mengenai kelajuan dan teknologi tinggi.
Kadangkala, kreativiti manusia menjadikan sukan ini lebih santai, lucu dan menghiburkan.
Jadi, jika anda peminat dunia automotif yang ingin mencari kelainan – mungkin sukan-sukan pelik ini patut ada dalam senarai tontonan anda!
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Toyota GR Corolla merupakan antara model yang direka untuk pemanduan yang mengujakan sama ada di litar atau di jalan raya. Meskipun banyak pengeluar lain yang lebih fokus menghasilkan kereta elektrik, Toyota sentiasa menawarkan sesuatu yang baharu kepada peminat mereka.
Kredit Foto: news.com.au
Kali ini, jurutera Gazoo Racing telah menambah baik model GR Corolla dimana mereka lebih memberikan perhatian kepada aspek pemanduan. Antara perkara yang berubah adalah penggunaan bolt pengetat di bahagian gantungan hadapan dan pada kotak gear stereng.
Kredit Foto: careta.my
Manakala untuk bahagian belakang, sistem suspensi telah ditukarkan saiz kepala bolt kepada yang lebih besar sebanyak 2mm menjadikan saiz baharu kepada 24mm.
Kredit Foto: careta.my
Menurut Toyota, penambahbaikan tersebut menjadikan casis lebih tegap, serta tindak balas stereng menjadi lebih pantas dan stabil ketika memandu. Malah, dari segi kestabilan juga mereka turut melebarkan bukaan liang bampar hadapan untuk melancarkan aliran udara, dalam masa sama mengurangkan daya seretan sewaktu pemanduan kelajuan tinggi.
Kredit Foto: careta.my
Kepada yang ingin membeli GR Corolla, anda perlu ada tuah yang banyak kerana Toyota akan memilih para pembelinya menerusi cabutan undi loteri yang akan diadakan pada September nanti untuk pasaran Jepun.
Kredit Foto: news.com.au
GR Corolla edisi terhad ini hanya dihasilkan sebanyak 550 unit sahaja dengan warna yang tersedia adalah warna cyan metallic dan warna gabungan hitam dan biru yang mana kombinasi warna ini hanya boleh dibeli oleh 50 orang yang bertuah sahaja.
Kredit Foto: news.com.au
Tempahan untuk membeli GR Corolla edisi terhad akan dibuka bermula semalam 23 Ogos hingga 11 September 2023 dengan nilai jualan bermula 5.25 juta yen atau RM168,091.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim, baru-baru ini telah mengangkat sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-17 bagi tempoh lima tahun bermula tahun ini.
Namun, apa yang menarik perhatian warga Roda Panas ialah koleksi kereta yang tersebar luas seperti pisang goreng di laman media sosial, dari jentera untuk ke Istana Negara hingga ke kereta yang dibawa untuk mengopi di luar kawasan.
Salah satu model yang menarik perhatian kami adalah Chevrolet Corvette C8 Z06. Corvette generasi kelapan ini membezakan dirinya dari yang lain sebagai yang pertama dalam barisannya yang dilengkapi dengan reka bentuk enjin tengah dengan pacuan roda belakang.
Corvette C8 Z06 dikuasakan oleh enjin V8 6.2 liter yang teguh, dipadankan dengan transmisi dwi-klac lapan kelajuan. Prestasi yang terhasil adalah sehingga 502 PS dan tork sebanyak 369 Nm. Kuasa memecut dari 0 hingga 100 km/j hanya dalam 7.1 saat sahaja.
Kredit Foto: Evo Mag
Konfigurasi enjin tengah bukan sahaja meningkatkan prestasi keseluruhan Corvette tetapi juga menyumbang kepada kawalan dinamik dan keseimbangan pada jalan raya. Susunan pacuan roda belakang memastikan pengalaman pemanduan yang mengujakan serta menjadikannya jentera yang memukau dalam koleksi kereta Sultan Ibrahim.
Chevrolet Corvette C8 Z06 terkenal dengan reka bentuk menariknya yang seperti ikan pari, menampilkan elemen aerodinamik yang tidak hanya meningkatkan daya tarikan visualnya tetapi juga menyumbang kepada prestasinya di ats jalan raya.
Dengan Sultan Ibrahim terus memperluas koleksi keretanya yang luar biasa, Chevrolet Corvette C8 Z06 tanpa ragu menjadi lambang inovasi dan prestasi. Kehadirannya dalam koleksi Diraja menambah sentuhan tenaga Amerika ke dalam pelbagai kenderaan mewah yang dimiliki oleh Sultan Johor. Harga? Dari RM800,000 hingga jutaan ringgit.
PROTON telah memperkenalkan PROTON X50 terbaharu kepada pihak media Malaysia sebagai persediaan syarikat untuk pelancaran model pertamanya bagi tahun 2025. Dengan lebih 134,000 unit...