
Bagi mereka yang mahukan model MINI dengan karakter yang lebih agresif, MINI Malaysia turut memperkenalkan MINI John Cooper Works GP Inspired Edition. Dibangunkan berasaskan model JCW, edisi ini diinspirasikan terus daripada MINI GP 2021 iaitu model MINI paling ekstrem pernah dihasilkan.
Nama GP dalam dunia MINI bukan sekadar badge biasa. Ia melambangkan prestasi maksimum, pengurangan berat dan keupayaan pemanduan yang fokus kepada litar.
Edisi GP Inspired ini membawa elemen tersebut ke dalam pakej yang masih praktikal untuk kegunaan harian, tanpa mengorbankan keseronokan pemanduan.
Dari segi penampilan, model ini tampil dengan warna Racing Grey metalik yang memberikan aura premium dan sporty.
Ia turut dilengkapi JCW Aero Kit lengkap termasuk spoiler belakang, serta elemen sayap kecil pada bahagian depan, sisi dan belakang untuk meningkatkan kecekapan aerodinamik.
Grafik GP pada bonet, sisi dan tiang C menambahkan lagi identiti sebagai model berinspirasikan litar.
Ruang kabin MINI JCW GP Inspired Edition mengekalkan tema sporty dengan elemen eksklusif seperti pelapik lantai khas bercorak unik dan aksesori berinspirasikan GP.
Setiap perincian direka untuk memberikan pengalaman pemanduan yang lebih ‘driver-focused’, menjadikan setiap perjalanan terasa seperti berada di litar perlumbaan.
Di bawah bonet, model ini dikuasakan oleh enjin 2.0 liter TwinPower Turbo yang menghasilkan 170 kW (231 hp) dan 380 Nm tork.
Gabungan ini memberikan pecutan pantas, respon pendikit yang tajam serta pengendalian yang cukup dinamik sesuai untuk pemandu yang mahukan pengalaman lebih ‘raw’ dan menyeronokkan.
Seperti varian MINI lain, model ini turut dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk Bantuan Tepi Jalan 24 jam, sistem servis dalam talian serta integrasi MINI ConnectedDrive.
Sistem ini membolehkan pemilik mengakses maklumat kenderaan secara masa nyata, selain menerima kemas kini perisian tanpa wayar.
MINI JCW GP Inspired Edition ditawarkan pada harga:
MINI JCW GP Inspired Edition adalah pilihan tepat untuk mereka yang mahukan sebuah hatchback kompak dengan karakter litar yang jelas.
Baca Juga : MINI Malaysia Perkenal Model Edisi Khas MINI 1965 Victory Edition
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.