Lexus Malaysia secara rasmi memperkenalkan varian baharu RX 500h F Sport Performance dengan sentuhan hibrid pertama untuk pasaran negara ini. Model ini menggunakan enjin T24A-FTS 2.4-liter turbo yang mampu menjana 271 kuasa kuda dengan daya kilas 460 Nm.
Kredit Foto: carexpert.com.au
Dipadankan juga dengan motor elektrik hadapan berkuasa 87 hp dengan 292 Nm dan motor elektrik pada gandar belakang (eAxle) 103 hp dan 169 Nm, ia menggabungkan prestasi enjin menjadi 366 kuasa kuda pada 6,000 rpm dengan daya kilas 460 Nm pada 2,000-3,600 rpm.
Kredit Foto: carexpert.com.au
Enjin RX F Sport turut dilengkapi dengan dua motor hibrid bertujuan untuk mengurangkan tangguhan turbo sekaligus menghasilkan prestasi enjin serta-merta dengan pecutan 0-100 km/j hanya memerlukan 6.2 saat sahaja.
Kredit Foto: carexpert.com.au
Kuasa tersebut diagihkan kepada sistem pacuan semua roda (AWD) DIRECT4 menggunakan transmisi automatik enam gear kelajuan.
Kredit Foto: carexpert.com.au
Bagi mereka yang bukan peminat kereta, mungkin reka bentuk RX F ini nampak sama dengan model lain, namun kit badan model ini direka jauh lebih sporty dan aerodinamik dengan jeriji ikonik ‘spindle body’ beserta lampu utama rona hitam Ultra Slim 3-Beam LED.
Kredit Foto: carexpert.com.au
Untuk lampu nyalaan siang (DRL) berbentuk ‘L’, ia direka supaya kelihatan bercantum dengan lampu utama. Manakala, bahagian roda RX F datang dengan rim sporti 21 inci berwarna hitam kesat dengan tayar Michelin eksklusif 235/50R21.
Ads
Kredit Foto: carexpert.com.au
Fungsi pintu belakang elektronik (e-Latch) telah dikemaskini menjadikan ia memberi respon dengan lebih cepat beserta ciri keselamatan yang dipertingkatkan. Pada sekitar kereta turut diberi sentuhan warna hitam legam pada komponen kecil seperti cermin sisi dan kit badan bertujuan untuk menaikkan seri sporti model RX F ini.
Kredit Foto: carexpert.com.au
Diinspirasikan oleh kenderaan besar seperti lori dan bas, RX F turut mempunyai ciri stereng dinamik belakang yang mana roda belakang akan berputar arah sama dengan roda hadapan.
Kredit Foto: lexus.com.my
Fungsinya ketika kelajuan tinggi ialah untuk menjadikan tindak balas pusingan kereta lebih stabil. Manakala untuk kelajuan rendah, roda belakang akan pusing melawan arah untuk membantu dari segi kebolehgerakan badan kereta.
Ads
Kredit Foto: lexus.com.my
Pek bateri nickel-metal hydride (Ni-MH) serba baharu terletak di bahagian bawah tempat duduk belakang, dipadankan dengan sistem kawalan hibrid yang mampu mengubah konfigurasi pemanduan antara mod hibrid dan mod EV mengikut kepada situasi, turut tersedia mod Normal dan Sport.
Kredit Foto: carexpert.com.au
Pada bahagian dalam, ia dilengkapi dengan sistem lampu ambien 64 warna, sentuhan paparan skrin 14 inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto Connectivity. Sistem audio Mark & Levinson dengan 21 speaker pada bahagian dalaman.
Kredit Foto: carexpert.com.au
RX 500h F Sport turut menggunakan konsep Tazuna, iaitu elemen penting dalam hubungan yang sempurna antara kuda dan penunggang, sama seperti model RX yang lain. Ruang kargo dengan keluasan 612-liter mampu memuatkan pelbagai barang seperti, lapan buah bagasi atau dua basikal.
Ads
Kredit Foto: carexpert.com.au
Model ini turut mempunyai kelengkapan keselamatan dipanggil Lexus Safety System+ (LSS+) yang merangkumi Sistem Pra-Pelanggaran (PCS), Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC) dengan fungsi Stop & Go, Amaran Keluar Lorong (LDA), dan Bantuan Pengesanan Lorong (LTA) serta pelbagai lagi ciri keselamatan yang lain.
Kredit Foto: carexpert.com.au
Empat warna yang ditawarkan bagi model RX 500h F Sport 2023 iaitu White Nova Glass Flake, Sonic Iridium, Graphite Black Glass Flake dan Sonic Copper. Untuk pasaran Malaysia, tempahan dibuka pada 18 Ogos 2023 dengan harga tawaran dari RM498,888 beserta waranti pengeluar selama lima tahun tanpa had kilometer.
Kredit Foto: carexpert.com.au
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Nissan bakal memukau peminat kereta di Tokyo Auto Salon 2025 (TAS) dengan R32 Skyline; acara akan berlangsung pada 10 hingga 12 Januari di Makuhari Messe, Tokyo.
Dengan pelancaran versi elektrik ikonik R32 Skyline GT-R. Projek ini, ia mengambil masa lebih 18 bulan untuk disiapkan. “Godzilla” lagenda ini sebagai sebuah kenderaan elektrik moden.
R32 Skyline GT-R asal, yang dikeluarkan antara tahun 1989 hingga 1994. Dilengkapi dengan enjin 2.6L twin-turbo inline-enam yang mampu menghasilkan 276 hp.
Nissan GT-R R32 Skyline Elektrik
All-Wheel Drive Elektrik
Selain itu, ia turut dikenali dengan sistem pacuan semua roda (all-wheel-drive) yang canggih. Ia boleh menyesuaikan agihan kuasa dari pacuan roda belakang sehingga 50:50 apabila diperlukan.
Walaupun Nissan masih belum mendedahkan butiran khusus mengenai kuasa atau prestasi versi elektrik ini. Transformasi tersebut mencerminkan trend yang semakin popular dalam industri automotif – mengubahsuai kenderaan klasik menjadi jentera elektrik.
Pendekatan ini menggabungkan daya tarikan nostalgia kereta klasik dengan manfaat mesra alam dan kemajuan teknologi mobiliti elektrik.
Versi elektrik R32 ini, atau dikenali sebagai “R32EV,” akan dipamerkan bersama inovasi terkini Nissan yang lain. Para pengunjung TAS tahun ini berpeluang melihat sendiri gabungan warisan dan inovasi dalam satu pakej. “Godzilla” elektrik dijangka menjadi tumpuan utama acara tersebut.
Dengan pelancaran ini, Nissan membuktikan bahawa mereka terus komited untuk memacu inovasi dalam dunia automotif sambil menghormati sejarahnya. Projek ini bukan sahaja menghidupkan kembali legasi Skyline GT-R dalam bentuk baru, tetapi juga menunjukkan bagaimana kenderaan klasik boleh diadaptasi untuk memenuhi tuntutan masa depan yang lebih hijau dan lestari.
Baru-baru ini, UMW Toyota Motor (UMWT) telah mengumumkan kemas kini penawaran hatchback paling laris mereka iaitu Toyota Yaris IMP 2023.
Berbeza dengan model Yaris negara jiran yang telah mendapat rekaan serba baharu, Yaris IMP 2023 bagi pasaran tempatan masih lagi mengekalkan rekaan facelift 2021, namun dengan penggunaan bampar yang lebih agresif.
Yaris 2023 ini membawakan kit badan yang lebih sporty, pilihan kemasan cat dua tona dengan bumbung berwarna hitam. Terdapat dua varian yang menawarkan rekaan sebegitu, varian 1.5E dan 1.5G.
Kredit Foto: Toyota Malaysia
Bagi bahagian dalaman, ruang papan pemuka (dashboard) kini menampilkan skrin infohibur baharu sebesar sembilan inci yang engkap dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar secara standard.
Turut ditambah adalah pengecasan peranti pintar tanpa wayar, fabrik kerusi yang lebih menonjol dan port USB-C.
Untuk varian 1.5G, terdapat beberapa komponen yang telah ditambah baik seperti, penggunaan roda stereng balutan kulit lembut, perincian paddle shifter yang lebih baik, tag RFID, serta penderia parkir hadapan & belakang.
Kredit Foto: Toyota Malaysia
Mengekalkan enjin 2NR-FE berukuran 1,496 cc yang mampu menghasilkan kuasa 107 PS @ 6,000 rpm dan daya kilas 140 Nm @ 4,200 rpm, digandingkan dengan transmisi CVT.
Dari segi keselamatan, Toyota Safety Sense didatangkan sebagai standard untuk kedua-dua varian termasuklah Sistem Pra-Pelanggaran, Amaran Keluar Lorong, Sistem Pemantauan Titik Buta, Amaran Lintasan Trafik Belakang, 7 beg udara, Kawalan Kestabilan Kenderaan, Bantuan Mula Mendaki, serta sistem kamera keliling 3D.
Kredit Foto: Toyota Malaysia
Penawaran varian Yaris 1.5E baharu ini bermula dari RM88,000 manakala Yaris 1.5G bermula daripada RM91,600 (tanpa insurans), lengkap dengan jaminan penuh lima tahun tanpa had perbatuan.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Sebelum ini, Roda Panas pernah menampilkan video berkaitan dengan sebuah motosikal skuter petrol keluaran Honda iaitu Honda Gyro Up.
Video tersebut telah mendapat jumlah tontonan lebih 200,000 tontonan di platform TikTok. Apa yang menarik tentang skuter ini, ia mempunyai kapasiti enjin 50CC dan merupakan sebuah skuter 2 lejang yang bersaing dengan model Pasola dan Suzuki V100.
Roy Garage merupakan pemilik kepada skuter ini dan penulis difahamkan setakat ini hanya beliau sahaja yang memiliki model Gyro Up yang masih berfungsi dengan baik di Malaysia. Beliau telah membeli motosikal ini terus daripada negara Jepun, walaupun kondisi luaranya agak lusuh tetapi kondisi enjin skuter tersebut masih berfungsi dengan baik.
Beliau juga ada berkongsi pengalaman beliau jatuh daripada skuter ini semasa pertama kali menunggangnya. “Semasa skuter ni sampai saya begitu gembira, saya cuba menunggang skuter ini dan saya agak terkejut rupanya cara pemanduan skuter ini bukan seperti tiga roda, cara pemanduan skuter ini adalah seperti motosikal dua roda”.
Menurut beliau juga dia menggunakan skuter ini untuk kegunaan harian terutama untuk menghantar anaknya pergi ke sekolah. “Setiap pagi anak-anak saya akan teruja untuk ke sekolah menaiki skuter ini. Walaupun saya mempunyai motosikal yang lain tetapi mereka tetap ingin menaiki skuter ini kerana dapat duduk di bahagian belakang.”
Honda Gyro UP telah diperkenalkan pada Oktober 1985. Ia berbeza daripada model Gyro X dengan menggantikan rak kargo depan dan belakang dengan satu platform bagasi yang dipasang terus ke bahagian enjin belakang, memberikan penampilan seperti sebuah skuter pick-up lori.
Platform bagasi tersebut mempunyai lantai yang telah dibalut dengan permukaan getah 450 mm × 570mm dan mampu menampung berat sehingga 30 kg.
Legasi Honda Gyro di Jepun masih diteruskan dan tidak terhenti seperti model-model skuter yang sama usia dengannya. Di Jepun, Honda telah menaik taraf model Gyro kepada sebuah skuter elektrik yang dikenali sebagai Honda Gyro e.
Pada Mac 2021, Honda telah melancarkan model Honda Gyro e yang mempunyai reka bentuk setanding dengan model Gyro UP dan mempunyai rak kargo dibahagian belakang.
Model ini dilengkapi dengan motor daya tarikan segerak AC elektrik (ditetapkan EF13M) yang dilengkapi dengan dua bateri lithium-ion Honda Mobile Power Pack yang boleh ditanggalkan. Gyro e mempunyai kuasa 3.2 kW (4.3 hp) pada 5800 RPM dan 13 Nm (9.6 lbf⋅ft) pada 2300 RPM, dengan anggaran jarak perjalanan sejauh 72 km pada kelajuan 30 km/j.
Anggaran harga untuk membeli sebuah model Gyro e melebihi RM20,000 dan sudah pasti anda perlu mengimport skuter ini daripada Jepun. Mungkin sebuah model yang tidak berbaloi untuk dimiliki dengan harga yang ditawarkan, tetapi penangan jenama Honda merupakan sebuah jenama yang begitu eksklusif di Malaysia dan mampu menjadi sebuah pelaburan yang boleh mendatangkan keuntungan.
Liberty Walk Gegarkan Tokyo Auto Salon KL 2025 Dengan Ferrari F40 & Super Silhouette ER34
Malaysia bakal menyaksikan kehadiran dua ikon modifikasi dari Jepun apabila...