Ads

KYMCO XCITING VS 400 Bawa Aura ‘Abang’ AK550

KYMCO XCITING VS 400 Rasmi di Malaysia, Harga RM27,988

MODENAS secara rasmi memperkenalkan KYMCO XCITING VS 400 untuk pasaran Malaysia. Model ini merupakan sebuah skuter maxi yang berorientasikan sport-touring yang ditawarkan pada harga cadangan RM27,988.

Pelancaran rasmi itu berlangsung di Pulau Pinang pada 14 Ogos 2026, selepas model berkenaan terlebih dahulu dipertontonkan kepada umum sempena Malaysia Bike Show pada Mei lalu.

KYMCO XCITING VS 400 Bawa Aura ‘Abang’ AK550

KYMCO XCITING VS 400 Hadir Dengan Enjin 400 cc

Nadi utama XCITING VS 400 ialah enjin satu silinder 400 cc, SOHC, empat lejang dan empat injap dengan sistem penyejukan cecair serta suntikan bahan api.

Enjin berkenaan menghasilkan kuasa maksimum 24.9 kW pada 7,250 rpm, manakala tork maksimum pula mencecah 37.5 Nm pada 5,750 rpm. Kuasa dihantar ke roda belakang menerusi transmisi automatik CVT.

KYMCO XCITING VS 400 Bawa Aura ‘Abang’ AK550

Menurut KYMCO, karakter XCITING VS 400 dibangunkan dengan memberi penekanan kepada pengendalian tangkas, penghantaran kuasa yang lancar serta keselesaan untuk memenuhi keperluan sebuah skuter sport-touring.

Tangki bahan apinya pula mempunyai kapasiti 12.5 liter.

KYMCO XCITING VS 400 Bawa Aura ‘Abang’ AK550

Dari aspek keselamatan, XCITING VS 400 dilengkapi Traction Control System (TCS) yang bertindak membantu mengawal cengkaman tayar ketika menunggang.

Sistem tersebut direka supaya beroperasi secara lancar tanpa terlalu mengganggu karakter pengendalian motosikal.

Sistem brek pula menggunakan konfigurasi cakera berkembar dengan ABS di hadapan, manakala bahagian belakang menerima cakera tunggal bersama ABS.

KYMCO XCITING VS 400 Bawa Aura ‘Abang’ AK550

Ads

Tayar hadapan berukuran 120/70-15, sementara belakang menggunakan saiz 150/70-14.

Suspensi hadapan menggunakan fork teleskopik manakala belakang hadir dengan penyerap hentak berkembar yang menawarkan pelarasan preload lima tahap.

Pelarasan tersebut membolehkan tetapan suspensi belakang disesuaikan mengikut beban, keadaan jalan atau pilihan penunggang.

Windshield Boleh Laras Lima Tahap

Sesuai dengan peranannya sebagai skuter sport-touring, XCITING VS 400 turut menerima windshield dengan lima tahap pelarasan.

XCITING VS 400

Ciri tersebut membolehkan tahap perlindungan daripada angin disesuaikan mengikut keselesaan penunggang, terutama ketika bergerak pada kelajuan lebih tinggi atau ketika melakukan perjalanan jauh.

Bahagian kokpit pula menggunakan paparan digital berteknologi LED dengan susun atur bergaya sporty yang memaparkan maklumat tunggangan kepada penunggang.

Ads

KYMCO XCITING VS 400 Bawa Aura ‘Abang’ AK550

Sistem pencahayaan turut menggunakan teknologi LED, termasuk lampu utama serta Daytime Running Light (DRL) yang bukan sahaja membantu meningkatkan tahap keterlihatan, malah menjadi sebahagian daripada identiti visual XCITING VS 400.

Keyless dan Ruang Simpanan 29 Liter

Untuk kegunaan harian, KYMCO melengkapkan model ini dengan sistem keyless, sekali gus membolehkan motosikal dikendalikan tanpa penggunaan kunci konvensional.

Turut disediakan ialah ruang simpanan kecil dengan mekanisme penguncian elektrik.

Di bawah tempat duduk pula terdapat ruang simpanan berkapasiti 29 liter lengkap dengan lampu LED dalaman.

Menurut KYMCO, ruang tersebut mampu menempatkan sebuah helmet full-face, bergantung kepada bentuk dan saiz helmet berkenaan.

Tempat duduk dua tingkat direka dengan bahagian hadapan yang lebih tirus bagi memudahkan kaki penunggang mencecah permukaan jalan ketika berhenti, manakala bahagian penyandar diperbesarkan untuk memberikan sokongan tambahan.

Ads

KYMCO XCITING VS 400 Bawa Aura ‘Abang’ AK550

Berat 213 kg, Tinggi Tempat Duduk 805 mm

Dari segi dimensi, KYMCO XCITING VS 400 mempunyai panjang keseluruhan 2,190 mm, lebar 799 mm dan tinggi 1,389 mm.

Jarak rodanya ialah 1,570 mm, manakala ketinggian tempat duduk berada pada 805 mm.

Berat motosikal dalam keadaan kerb pula ialah 213 kg.

Reka bentuk keseluruhannya menampilkan pendekatan sebuah skuter maxi moden dengan karakter yang lebih agresif, selari dengan sasaran penggunaannya untuk perjalanan dalam bandar serta tunggangan santai atau jarak jauh pada hujung minggu.

Dua Pilihan Warna, Jualan Bermula 15 Ogos

Bagi pasaran Malaysia, KYMCO XCITING VS 400 ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Flat Black dan Cerulean Blue.

Model ini hadir dengan waranti dua tahun atau 20,000 km, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

KYMCO XCITING VS 400 Bawa Aura ‘Abang’ AK550

Jualan XCITING VS 400 bermula 15 Ogos 2026 menerusi rangkaian pengedar sah MODENAS di seluruh negara.

Baca Juga : MODENAS Kriss : Sejarah, Evolusi dan Sebuah Legasi

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

Atlantis Automobili Kini Pengimport dan Pengedar Rasmi Maserati di Malaysia

Atlantis Automobili Terajui Operasi Maserati di Malaysia Jenama automotif mewah Itali, Maserati, memulakan lembaran baharu di Malaysia apabila Atlantis Automobili Sdn. Bhd. dilantik sebagai pengimport...