Iksan Adityo Mulyo memenangi kejuaraan nasional kelas sport pada acara Honda Modif Contest (HMC) 2023 dengan Honda CBR 250RR berkonsep American Dragster.
Honda CBR 250RR Iksan hadir dengan konsep American Dragster yang jelas kelihatan pada modifikasi motosikal ini.
Seperti kebanyakan motosikal yang dimodifikasi di Amerika, penyesuaian gaya dragster Amerika sangat sinonim dengan reka bentuk “wheelbase” yang lebih panjang khususnya pada lengan ayun (single arm) yang memberikan penampilan yang minimalis dan elegan dari sisi kanan.
Kredit Foto : mostlymagazine.com
Modifikasi yang mencerminkan konsep ini adalah rekaan mudguard hadapan yang direka lebih panjang dan dihasilkan menggunakan serat fiber. Pemilik motosikal ini masih mengekalkan “fairing” asal pada bahagian badan motosikal ini, namun sebagian besar badan motosikal ini telah di ubahsuai sedikit menggunakan bahan fiber dan juga serat karbon.
Motosikal American Dragster ini sangat unik dengan gabungan tema Jawa dalam rekaan grafiknya, serta gabungan warna sporty yang mencerminkan budaya Indonesia. Sentuhan batik Nusantara diambil dari wilayah Jawa Tengah dengan rekaan mega mendung, mencerminkan akulturasi budaya dan ornamen Tiongkok.
Kredit Foto : mostlymagazine.com
Hasil kerja yang penuh ketelitian pada CBR 250RR ini dilakukan oleh TCM (Toekang Cet Modified) dari Purwokerto, Jawa Tengah, yang mahir dalam dunia modifikasi. ketelitian dan kekemasanya sangat rapi dan unik dengan seluruh badan motosikal ini diseluputi warna iridium, menciptakan efek warna “chameleon” yang menarik jika dilihat dari sudut yang berbeza.
Kredit Foto : mostlymagazine.com
Tema Jawa diperkuatkan pada rekaan grafik di motosikal ini dengan gambar tokoh pewayangan Gatot Gaca, pahlawan yang gagah daripada cerita wayang di Jawa Tengah.
Spesifikasi Motor:
Full body karbon dengan lukisan batik & emas.
Caliper Brembo Stylema pitch 108 mm Black Edition.
Ads
Shock OHLINS.
Master pump Brembo RCS 19 Corsa Corta.
Windshield Custom Handmade dengan Batik.
Sportrim custom dengan full carbon forged & tayar Pirelli Diablo Super Corsa V3 (120/70-17 & 200/55-17).
Triple Clamp custom handmade.
Lampu depan & lampu belakang custom handmade.
Rantai EK SRX 520 Black Gold.
Single Arm custom silver chrome.
Ads
Fairing custom handmade dengan gaya wide body.
OHLINS Steering Damper.
Footstep custom dari CBR-1000.
Tempat duduk kulit custom handmade dengan MB Tech.
USD OHLINS.
Tutup bahan bakar custom handmade.
Mudguard depan dan belakang custom handmade.
Penunjuk volt meter.
Ads
Cermin sayap full carbon forged.
Sistem ekzos custom handmade.
Valve tayar Kendmoto.
Tutup enjin custom handmade.
Probolt Titanium Silver Chrome penuh.
Tutup fork pivot handmade CNC.
Berat pegangan stereng handmade CNC.
Sumber : mostlymagazine.com
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Dalam usaha untuk mengeratkan hubungan di antara peminat Ford Ranger di Malaysia, Ford Penampang dan Kelab Pemilik Ford Ranger Borneo telah berjaya menganjurkan Perhimpunan Mega TT ke-7 pada 6 Disember 2023 di J Borneo Native Village, Penampang.
Acara ini menandakan satu pencapaian cukup bersejarah apabila menjadi perhimpunan terbesar pernah diadakan oleh kelab dan Ford Penampang. Ia melibatkan kira-kira 107 orang ahli kelab bersama ahli keluarga mereka yang datang dari negeri Sabah, Labuan dan juga Brunei.
Seramai 320 orang peserta telah terlibat dalam acara ini dan secara tidak langsung dapat memperkukuhkan lagi keakraban komuniti peminat Ford Ranger di Borneo. Perhimpunan Mega TT ini bukan sekadar perjumpaan, tetapi suatu acara yang dipenuhi dengan pelbagai program ini disusun dengan teliti, termasuk permainan menyeronokkan, sesi karaoke, persembahan menarik, dan cabutan bertuah.
Menurut Ketua Peniaga Ford Penampang, Edmund Lau, acara ini mencerminkan semangat yang menjadi teras kepada ‘Ranger Lifestyle’, yang tidak hanya menekankan minat mendalam terhadap Ranger, tetapi juga nilai-nilai berkongsi dan keakraban.
“Perhimpunan Mega TT ini bukan sekadar keraian, tetapi juga bukti kepada hubungan erat dalam kalangan peminat Ford Ranger,” jelasnya.
Acara tersebut turut mendapat sokongan daripada SDAC-Ford yang memberikan penekanan kepada pentingnya komuniti Ranger. Turse Zuhair, Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion-Ford, menyatakan kegembiraan mereka terhadap inisiatif Ford Penampang dalam memperkukuhkan hubungan komuniti dan menegaskan komitmen SDAC-Ford untuk menyokong komuniti pemilik Ford.
Kelab Pemilik Ford Ranger Borneo (FROC Borneo), yang ditubuhkan pada 2013, kini mempunyai lebih daripada 1,000 ahli. Presidennya, Julius Sidin, menyatakan kejayaan Perhimpunan Mega TT sebagai bukti keterlibatan dan semangat penuh minat daripada komuniti Ranger.
SDAC-Ford akan terus memberi komitmen untuk memperluaskan pemahaman dan kerjasama dalam kalangan pemilik Ford Ranger melalui sokongan kepada kelab pemilik seperti FROC Borneo. Peminat Ford Ranger yang berminat untuk menyertai kelab atau mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Ford Penampang di talian 088-702222.
Untuk maklumat lanjut mengenai SDAC dan Ford, sila ikuti Ford Malaysia di platform sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, dan saluran YouTube, atau layari www.sdacford.com.my.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengumumkan pelaksanaan caj sebanyak RM1 untuk setiap perjalanan bagi pengguna bukan warganegara Malaysia yang memanfaatkan perkhidmatan bas GOKL bermula 1 Januari 2024. Caj ini akan dikenakan secara berperingkat pada empat laluan utama di pusat bandar iaitu Laluan 01 (Hijau), Laluan 02 (Ungu), Laluan 03 (Merah), dan Laluan 04 (Biru).
Pengguna asing akan membuat pembayaran secara tanpa tunai menggunakan pelbagai kaedah termasuk kad Touch&Go, kod QR, kad kredit, atau kad debit. Keterangan tersebut telah diumumkan oleh DBKL pada hari Isnin.
Bagi warganegara Malaysia yang menggunakan MyKad dengan sistem Touch & Go, mereka diberi keistimewaan untuk menikmati perkhidmatan bas GOKL secara percuma, tetapi dikehendaki mendaftar MyKad mereka bagi pengesahan.
Perlu diumumkan bahawa perkhidmatan Bas GOKL adalah percuma bagi SEMUA kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah. Bagi memudahkan pendaftaran, DBKL akan menyiapkan kaunter pendaftaran di tiga lokasi bermula 1 Disember 2023 dari pukul 7 pagi hingga 12 tengah hari dan dari pukul 2 petang hingga 7 malam. Lokasi-lokasi tersebut termasuk Hentian Bas KLCC, Hentian Akhir Titiwangsa (Pekeliling), dan Hentian Akhir Pasar Seni.
Petugas DBKL juga akan disediakan di dalam Bas GOKL yang terpilih untuk membantu pengguna bagi tujuan pendaftaran. Bagi kemudahan pengguna, kaunter pendaftaran secara berkala akan dibuka di Lobi Menara DBKL 1 pada setiap hari Rabu bermula 6 Disember 2023 dari pukul 9 pagi hingga 4 petang.
Ini merupakan langkah penting yang diambil oleh DBKL bagi meningkatkan kecekapan pengurusan pengangkutan awam di ibu kota serta memberikan kemudahan kepada pengguna tempatan dan pelancong asing yang mengambil manfaat daripada perkhidmatan bas GOKL.
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, pihak berkenaan boleh dihubungi di talian pejabat 03-2028 2298 atau melalui emel ke jpb@dbkl.gov.my.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Honda menandakan 25 tahun prestasi hibrid dengan pelancaran Prelude Concept di Eropah dan mengesahkan pengeluaran model ini akan kembali.
Prelude baharu dijangka membuat penampilan awam pertamanya di Goodwood Festival of Speed dari 11 hingga 14 Julai.
Kredit Foto : Facebook HondaPro Jason
Kepulangan Ikonik
Setelah diperkenalkan di Japan Mobility Show tahun lalu, Prelude kini menawarkan keseimbangan sempurna antara keseronokan memandu dan kecekapan luar biasa.
Ini merupakan manifestasi komitmen jangka panjang Honda terhadap elektrifikasi dalam pakej yang bergaya dan dinamik.
Kredit Foto : Facebook HondaPro Jason
Warisan Bersejarah
Prelude pertama kali muncul di Eropah 45 tahun lalu, dikenali sebagai kenderaan berprestasi tinggi dengan teknologi canggih Honda hingga 2001.
Model baharu ini menjanjikan sesuatu yang luar biasa untuk nama yang terkenal ini, menggabungkan gaya dan keanggunan dengan trenkuasa hibrid yang canggih.
Kredit Foto : Facebook HondaPro Jason
Simbol Masa Depan
Nama “Prelude” merujuk kepada karya muzik pengantar, melambangkan kereta ini sebagai pendahulu model masa depan Honda dalam prestasi kereta sukan.
Ini adalah contoh bagaimana Honda membawa “kegembiraan memandu” kepada pelanggan di seluruh Eropah.
Kredit Foto : Facebook HondaPro Jason
Dedikasi Terhadap Elektrifikasi
Tomoyuki Yamagami, Ketua Jurutera dan Pemimpin Projek Besar di Honda Motor, menyatakan, “Prelude baharu bukan sahaja menandakan bab terkini dalam cerita hibrid kami yang sentiasa berkembang, ia juga hasil daripada 25 tahun penyelidikan dan pembangunan hibrid.
Memastikan model ini mengekalkan DNA ‘sporty’ dengan menggabungkan kecekapan dan kelebihan alam sekitar pemanduan elektrifikasi dengan pengalaman memandu yang mengasyikkan – membebaskan pengguna daripada kehidupan harian mereka dengan peningkatan keseronokan memandu.”
Kredit Foto : Facebook HondaPro Jason
Langkah ke Arah Masa Depan
“Selain itu, Prelude menunjukkan kepentingan berterusan trenkuasa hibrid sebagai sebahagian daripada strategi elektrifikasi automobil Honda – satu langkah penting ke arah komitmen kami untuk 100% jualan kenderaan baharu menjadi elektrik bateri atau sel bahan api hidrogen menjelang 2040,” tambah Yamagami.
Dengan kembalinya Honda Prelude, peminat automotif boleh menjangkakan gabungan inovasi teknologi dan keseronokan memandu yang dijanjikan oleh model ikonik ini.
Kawasaki Ninja 1100SX Dilancar di Malaysia, Sport-Touring Flagship Bermula RM71,400
Kawasaki Ninja 1100SX kini rasmi diperkenalkan di Malaysia, meneruskan legasi sport-touring moden dalam kelasnya.Evolusi ini...