Tesla kini mengorak langkah di Malaysia dengan memperkenalkan Program Tukar EV yang menawarkan insentif menarik sebanyak RM10,000.

Program ini khusus kepada pemilik kereta enjin pembakaran dalaman (ICE) untuk bertukar kepada kenderaan elektrik (EV) Tesla.

Program ini bukan sahaja bertujuan menarik lebih ramai pengguna kepada EV. Malah, sebagai usaha memupuk kesedaran terhadap kepentingan mengurangkan jejak karbon dalam sektor automotif negara.

Dengan insentif tunai ini. Tesla berharap lebih ramai rakyat Malaysia akan mempertimbangkan peralihan kepada pengangkutan mampan. Serta, menyumbang ke arah alam sekitar yang lebih bersih.

Tesla Perkenal Program Tukar EV dengan Insentif RM10,000 di Malaysia

Manfaat Utama Program Tukar EV Tesla

Antara ciri menarik yang ditawarkan dalam program ini adalah:

  1. Penilaian Dalam Talian Segera: Tesla menyediakan penilaian segera secara dalam talian untuk kenderaan tukar beli. Ini membolehkan pelanggan mendapatkan anggaran nilai kenderaan mereka dengan pantas dan mudah tanpa perlu hadir ke pusat servis.
  2. Proses Tukar Beli yang Lancar: Proses tukar beli ini direka untuk memudahkan pelanggan dengan peralihan yang efisien dari kenderaan ICE kepada EV Tesla. Semua aspek pengurusan tukar beli diuruskan oleh Tesla. Menjadikan proses ini lebih senang bagi pelanggan yang ingin melakukan penukaran.
  3. Tawaran Tunai RM10,000 untuk Masa Terhad: Sebagai promosi masa terhad, Tesla menawarkan tambahan tunai RM10,000 kepada pemilik kenderaan ICE yang ingin menukar kepada EV. Insentif ini membantu menurunkan kos untuk memiliki kenderaan Tesla, memudahkan lebih ramai pelanggan menikmati teknologi dan kemudahan kenderaan elektrik.

Kemudahan Pembiayaan dan Insentif Hijau

Selain tawaran tukar beli ini. Tesla Malaysia juga menyokong pemilikan EV melalui Insentif Hijau yang menawarkan kadar faedah 0%. Selain itu, bayaran pendahuluan minimum sebanyak 10%.

Ini menjadikan pemilikan Tesla lebih mudah diakses oleh pengguna Malaysia yang mahukan kenderaan mesra alam dengan kos yang lebih rendah. 

Ads

Tesla Perkenal Program Tukar EV dengan Insentif RM10,000 di Malaysia

Berikut adalah perincian harga dan pembayaran bulanan bagi model-model popular Tesla:

– Model 3: Bermula dari RM181,000, dengan bayaran harian serendah RM55.

– Model Y: Bermula dari RM191,000, dengan bayaran harian serendah RM58.

Pelanggan yang berminat boleh melayari laman web Tesla Malaysia atau menghubungi talian 1800 810 655. Maklumat lanjut tentang program ini dan terma-terma berkaitan ada di laman rasmi Tesla Malaysia.

Ads

Menuju ke Arah Pengangkutan Mampan

Dengan adanya program tukar beli EV dan insentif pembiayaan ini. Tesla mengukuhkan komitmen mereka untuk menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik di Malaysia.

Usaha ini selari dengan matlamat Tesla untuk memacu perubahan ke arah masa depan yang lebih mampan dan bebas karbon. Sekali gus memberi inspirasi kepada lebih ramai pengguna untuk beralih kepada EV.

Untuk maklumat lanjut tentang insentif dan program yang tersedia, sila lawati pautan rasmi Tesla di bawah:

– Model 3: Insentif Model 3

Ads

– Model Y: Insentif Model Y

Dengan insentif RM10,000 ini, peralihan kepada EV Tesla kini lebih berpatutan dan berbaloi. Menjadikannya pilihan yang menarik bagi rakyat Malaysia yang ingin memandu kenderaan berprestasi tinggi sambil menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.

Dari Careta

Baca Juga Elon Musk Memperkenalkan Robovan: Revolusi Pengangkutan Masa Depan Tesla

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI