Kerosakan pada bahagian-bahagian tertentu pada kenderaan boleh menjadi suatu isu yang membimbangkan bagi pemilik kereta, terutamanya bagi mereka yang memiliki kereta berusia lebih dari lima tahun.

Salah satu komponen yang kerap diabaikan tetapi amat penting untuk keselamatan pemanduan adalah sistem suspensi, khususnya bagi bahagian ‘lower arm’. Artikel ini akan membincangkan lebih lanjut mengenai fungsi lower arm dan sepuluh gejala kerosakan yang harus diberi perhatian.

 

Fungsi Lower Arm

Lower arm memainkan peranan penting dalam mengekalkan keseimbangan dan kestabilan kenderaan. Fungsinya adalah menghubungkan roda dengan kerangka kereta, serta membantu memastikan posisi roda tetap tepat.

Jika lower arm tidak berfungsi dengan baik, kenderaan anda akan menghadapi kesukaran untuk stabil semasa berbelok, dan ini boleh memberi kesan buruk dalam jangka pendek mahupun jangka panjang.

 

10 Tanda Kerosakan Lower Arm

1.Kurang Selesa Ketika Memandu:

Kereta terasa tidak stabil dan kurang selesa ketika dipandu.

2.Sukar Mengawal Stereng:

Mengalami kesukaran dalam mengendalikan arah kereta, baik ke kanan atau ke kiri, terutama di jalan lurus.

3.Risiko Kerosakan Jangka Panjang:

Kerosakan lower arm boleh menyebabkan kerosakan pada komponen lain seperti sesendi bebola, yang berpotensi membawa kepada kemalangan.

4.Masalah dalam Melakukan ‘Alignment’:

Tidak dapat melakukan alignment dengan baik atau gagal sepenuhnya.

6.Bunyi Besi Berlaga:

Mendengar suara seperti besi bertembung di sekitar roda ketika melalui jalan yang tidak rata.

7.Stereng Berat:

Stereng terasa berat ketika dipusing, perbezaan ketara antara belokan ke kanan dan ke kiri.

8.Stereng ‘Lari’:

Stereng terasa ‘lari’ ke kanan atau ke kiri ketika mengemudi lurus tanpa arahan dari pemandu.

9.Tayar Haus Secara Tidak Sekata:

Salah satu sisi tayar menjadi cepat haus berbanding yang lain.

10.Getaran Ketika Memandu:

Merasakan getaran pada kereta, terutama ketika mempercepat atau membrek.

 

Penting bagi pemilik kereta untuk memperhatikan tanda-tanda ini dan membawa kereta mereka ke bengkel yang profesional untuk pemeriksaan dan pembaikan segera.

Mengabaikan masalah ini bukan sahaja berisiko merosakkan komponen kereta lain, tetapi juga boleh mengancam keselamatan pemanduan.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI