McLaren Kuala Lumpur mengumumkan pelancaran model terbaharu mereka, McLaren Artura Spider. Model ini merupakan model convertible pertama McLaren yang dilengkapi dengan trenkuasa hibrid berprestasi tinggi.
Artura Spider ini bukan sahaja sekadar versi convertible, tetapi juga dilengkapi dengan peningkatan signifikan dari segi kuasa, prestasi, dan keterlibatan pemandu. Ia menawarkan pengalaman pemanduan yang unik dengan bumbung yang boleh dibuka. Membolehkan pemandu menikmati sensasi memandu yang lebih mendalam dengan udara terbuka.
Selain itu, peningkatan yang diperkenalkan pada Spider turut diaplikasikan pada model Artura Coupe. Kedua-dua model ini menawarkan prestasi dinamik yang luar biasa, termasuk kebolehan untuk memacu di litar. Serta memenuhi keperluan pemanduan harian dengan mod pemanduan elektrik yang hampir senyap, sesuai untuk kawasan bandar.
Artura Spider baharu ini sudah boleh ditempah sekarang dengan harga bermula dari RM 3,400,000 (termasuk cukai) sebelum pilihan tambahan.
Ads
Pengalaman Pemanduan Terbuka yang Memukau
Artura Spider direka dengan keutamaan kepada keterlibatan pemandu, prestasi, dan kualiti. Dilengkapi dengan bumbung keras yang boleh dilipat secara elektrik dalam masa 11 saat, ia memberikan pengalaman pemanduan convertible yang penuh dengan adrenalin.
Dengan bumbung terbuka, pemandu dapat merasakan hubungan yang lebih rapat dengan persekitaran mereka, menikmati bauan dan pemandangan dengan lebih jelas.
McLaren terus menekankan kejuruteraan super ringan mereka, dengan Artura Spider hanya seberat 1,457kg (berat kering) dan 1,560kg (berat dengan muatan). Ini menjadikan Spider sebagai model convertible paling ringan dalam kelasnya, dengan kelebihan berat sehingga 83kg berbanding pesaing terdekat.
Dikuasakan oleh trenkuasa hibrid yang menghasilkan 700PS, Artura Spider mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 3.0 saat. Kelajuan maksimum 330km/j. Ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri canggih seperti Launch Control dan sistem suspensi Proactive Damping Control yang memberikan kestabilan dan kawalan optimum semasa pemanduan.
Ads
Rekaan yang Mempesona dan Teknologi Canggih
Dari segi reka bentuk, Artura Spider mengekalkan siluet yang kemas dan dinamik, dengan rekaan badan ‘shrink-wrapped’ dan pintu dihedral yang memudahkan akses dalam ruang sempit.
Ciri Retractable Hard Top (RHT) menambah keunikan kepada Spider, dengan sistem bumbung yang boleh dikonfigurasi dengan panel kaca Electrochromic untuk mengawal pencahayaan dalam kabin.
Bahagian dalaman Artura Spider direka untuk memberi fokus penuh kepada pemandu. Paparan digital yang mudah dilihat dan stereng tanpa butang untuk meminimumkan gangguan. Tempat duduk McLaren Clubsport yang inovatif dan pelbagai pilihan penyesuaian membolehkan pemandu menikmati pemanduan yang selesa dan penuh prestasi.
Ads
Kesimpulannya, McLaren Artura Spider baharu ini adalah gabungan sempurna antara prestasi supercar elektrik yang hebat dengan keindahan rekaan convertible, memberikan pengalaman pemanduan yang tidak dapat dilupakan di jalan raya mahupun di litar.
FedEx Express, syarikat pengangkutan ekspres terbesar di dunia, mencatatkan sejarah baru dengan melaksanakan penghantaran pakej rentas sempadan pertama dari Malaysia ke Singapura menggunakan kenderaan elektrik (EV).
Percubaan ini telah mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Book of Records untuk “Penghantaran Rentas Sempadan Sifar Pelepasan Pertama” dan seterusnya menggariskan matlamat syarikat untuk mencapai operasi neutral karbon menjelang 2040.
Pada 27 Februari 2024, perjalanan sejauh 406 kilometer itu bermula dari stesen FedEx di Shah Alam dan berakhir di kemudahan FedEx di Lapangan Terbang Changi, Singapura. Keseluruhan perjalanan hanya memerlukan sekali pengecasan di Johor, menunjukkan pengurangan kira-kira 100 kilogram pelepasan CO2 berbanding dengan van diesel.
Kredit: Autoworld.com.my
Tien Long Woon, Pengarah Urusan FedEx Express Malaysia, menyatakan, “Rekod ini mencerminkan cita-cita kami untuk menjadi perintis dalam pengurusan alam sekitar dan komitmen kami untuk menerajui pembangunan penyelesaian logistik yang mesra alam. Penyepaduan EV ke dalam operasi kami akan membantu memenuhi pilihan pelanggan kami yang sentiasa berubah.”
FedEx menggunakan pengalaman dari percubaan ini untuk menilai keberkesanan operasi rentas sempadan masa hadapan. Ini penting untuk membentuk masa depan operasinya, memberikan manfaat kepada alam sekitar dan meningkatkan kecekapan syarikat.
Selain daripada elektrifikasi kenderaan, FedEx juga mempunyai pendekatan yang disesuaikan untuk pengurusan sumber yang cekap dan bertanggungjawab bagi operasi udara dan daratnya. Ia sebahagian daripada strategi kemampanan FedEx, yang berfokus pada tiga R: Reduce, Replace, Revolutionize.
Kredit: FedEx
Inisiatif khusus termasuk penjimatan bahan api, pelaburan dalam tenaga boleh diperbaharui, dan pelaksanaan penyelesaian pembungkusan yang mampan. FedEx juga memperkenalkan alat laporan pelepasan karbon, FedEx® Sustainability Insights, memberikan pelanggan akses kepada maklumat pelepasan karbon melalui penghantaran mereka dalam rangkaian FedEx.
Pelanggan FedEx juga boleh menggunakan data ini untuk membuat keputusan mengenai strategi penghantaran masa depan mereka untuk mengurangkan kesan mereka kepada alam sekitar. Dengan usaha ini, FedEx terus bergerak ke hadapan dalam menyokong pengangkutan yang lebih lestari dan berkesan.
Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS), anak syarikat DRB-HICOM Berhad, telah memulakan eksport Kawasaki ZX-6R ke China. Acara ini bukan sahaja menandakan kejayaan MODENAS tetapi juga memperkukuhkan kerjasama yang hampir 30 tahun terjalin diantara MODENAS dan Kawasaki.
MODENAS merupakan satu daripada dua syarikat bukan Kawasaki di dunia yang diberi kepercayaan untuk menghasilkan motosikal bagi jenama terkenal tersebut.
Acara ini dirasmikan dengan “sealing” empat kontena yang mengandungi 112 unit motosikal Kawasaki ZX-6R yang bakal di eksport ke China oleh Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Badrol Ghazali, Ketua Jabatan Cukai Dalaman, Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Kedah, dan Lee Hock Ben, Ketua Kemudahan dan Kawalan Kemudahan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Kedah, serta ahli pengurusan MODENAS dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Kedah.
Roslan Roskan berkata, “Pencapaian hari ini bukan sahaja mencerminkan kekuatan dan kerjasama mendalam kami dengan Kawasaki tetapi juga menekankan keupayaan dan kemahiran pembuatan MODENAS, serta komitmen tenaga kerja kami.”
“Kerjasama strategik antara MODENAS dan Kawasaki telah memperluas penawaran produk kedua-dua jenama, memudahkan pertukaran teknologi, mengukuhkan rangkaian, dan membuka jalan kepada pasaran baharu. Semua ini telah menyumbang kepada pertumbuhan dan kejayaan bersama kami,” tambah beliau.
Pada majlis tersebut, MODENAS turut berkongsi proses pemasangan teliti ZX-6R yang menggunakan teknologi canggih Kawasaki.
Pemilihan MODENAS sebagai kilang terpilih di Asia Tenggara untuk ZX-6R oleh Kawasaki menonjolkan kualiti pengeluaran, kecekapan kos, dan prestasi penghantaran yang cemerlang.
Pada September 2023, kilang MODENAS di Gurun telah menjalani audit ketat oleh Pusat Pensijilan Kualiti China (CQC) dan secara rasmi disahkan sebagai kilang yang mampu menghasilkan produk untuk dieksport ke China.
Pensijilan ini adalah tambahan kepada pengiktirafan kecekapan oleh Kawasaki kepada MODENAS, yang mengukuhkan lagi statusnya sebagai rakan kongsi pembuatan yang dipercayai.
Dengan eksport ini, MODENAS bukan sahaja mengukuhkan kehadirannya di pasaran antarabangsa tetapi juga memperkuatkan hubungan perdagangan antara Malaysia dan China disamping meneroka peluang baharu untuk pertumbuhan dan kejayaan pada masa depan.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Cuci kereta percuma menanti anda 21 & 22 Jun ini di Elmina Lakeside Mall!
Buat peminat kereta yang tak pernah kompromi bab kebersihan dan penampilan kereta. Armor All® kini memperkenalkan Siri Podium Armor All®. Barisan produk penjagaan kenderaan berprestasi tinggi hasil kerjasama dengan pasukan Formula One terkemuka dunia, Oracle Red Bull Racing.
Lokasi Pelancaran
Pelancaran rasmi siri ini berlangsung meriah di Elmina Lakeside Mall, di mana para pengunjung bukan sahaja berpeluang mengenali lebih dekat produk-produk terbaharu Armor All®. Malah, pengunjung berpeluang menikmati cucian kereta percuma menggunakan siri produk ini.
Menurut wakil Armor All Malaysia
“Melalui kolaborasi bersama Oracle Red Bull Racing, kami ingin membawa pengalaman penjagaan kereta bertaraf profesional kepada rakyat Malaysia.” Jelas Diane Lee, Pengarah Perniagaan untuk Malaysia, Singapura & Vietnam di Energizer Malaysia Sdn Bhd.
“Di negara yang rakyatnya memang sayang akan kereta, kami yakin Siri Podium ini akan jadi pilihan utama untuk penampilan kereta yang sentiasa mantap, tak kira cuaca atau gaya hidup.”
Direka untuk Iklim dan Gaya Hidup Malaysia
Siri ini menggunakan formula seramik hibrid SiO2 premium, direka khas untuk memberi perlindungan jangka panjang, kalis air dan tahan cuaca. Setiap produk menampilkan teknologi eksklusif Armor All® yang dipatenkan. Serta reka bentuk pembungkusan pintar seperti botol boleh kitar semula dan picu semburan tersuai.
Lima Produk Utama Siri Podium Armor All®:
Hybrid Ceramic Wash & Shine – Buih pekat dengan kesan berkilat dan perlindungan kalis air.
Hybrid Ceramic Tire Shine – Memberi kilauan tahan sehingga 4 minggu pada tayar.
Hybrid Ceramic Exterior Detailer – Menghidupkan semula warna pada permukaan luar termasuk vinil dan pelekat.
Interior Detailer – Bersihkan dan lindungi permukaan dalaman dengan kemasan semula jadi serta perlindungan UV.
Hybrid Ceramic Protectant – Kurangkan habuk dan lindungi daripada kotoran dengan perlindungan UVA & UVB.
Cuci Percuma, Rasa Sendiri!
Orang ramai dijemput untuk mencuba sendiri kehebatan Siri Podium pada 21 dan 22 Jun 2025, dari jam 10 pagi hingga 10 malam di tempat letak kereta terbuka Elmina Lakeside Mall.
Jangan lepaskan peluang untuk mencuci kereta anda secara PERCUMA dengan produk premium ini.
Kini, Siri Podium Armor All® boleh didapati di lokasi terpilih seluruh negara dan juga dalam talian.
Dari kiri ke kanan: Alvin Cheah, Pengarah Saluran Perdagangan Moden; Diane Lee, Pengarah Perniagaan (Malaysia, Singapura & Vietnam); Thean Ong Kee, Pengaruh Saluran Perdagangan Tradisional; Aaron Ang, Pengurus Jenama Kanan (Malaysia, Singapura & Vietnam), merasmikan pelancaran Armor All Podium Series – yang dibangunkan secara eksklusif dengan kerjasama Oracle Red Bull Racing.
PROTON telah memperkenalkan PROTON X50 terbaharu kepada pihak media Malaysia sebagai persediaan syarikat untuk pelancaran model pertamanya bagi tahun 2025. Dengan lebih 134,000 unit...