Pernahkah anda terfikir kenapa semua kenderaan di dunia menggunakan Lampu Belakang Kereta Bewarna Merah?
Warna ini bukan sekadar hiasan atau tradisi industri automotif, tetapi ada sebab saintifik, keselamatan, dan sejarah yang menjadikan merah sebagai pilihan utama untuk lampu belakang kereta.
Tetapi, Kenapa Lampu Belakang Kereta Berwarna Merah? kenapa tidak warna kuning atau putih?
Kredit Foto : Website pexels
1. Sains di Sebalik Warna Merah
Merah bukan dipilih secara rawak tetapi berdasarkan ilmu fizik.
Warna merah mempunyai panjang gelombang cahaya yang lebih panjang berbanding warna lain seperti biru atau hijau.
Ini bermakna merah lebih mudah dilihat dari jauh, terutamanya dalam keadaan gelap atau berkabus.
Ads
Panjang gelombangnya yang lebih besar juga kurang tersebar di udara, menjadikannya lebih jelas kepada pemandu lain yang berada di belakang.
2. Merah sebagai Simbol Amaran Universal
Dalam kehidupan seharian, sudah kekal di dalam fikiran kita untuk mengaitkan warna merah dengan tanda bahaya atau berhenti.
Sebagai contoh, lihat sahaja lampu isyarat, papan tanda amaran, dan butang kecemasan.
Dalam industri automotif, konsep yang sama diterapkan agar pemandu secara intuitif memahami bahawa lampu merah pada kenderaan di hadapan mereka menandakan pergerakan sedang diperlahankan atau berhenti.
Kredit Foto : Website pexels
3. Standard Global untuk Keselamatan Jalan Raya
Penggunaan lampu merah sebagai lampu belakang telah ditetapkan sebagai piawaian keselamatan global sejak perkembangan awal industri automotif.
Ads
Setiap negara mempunyai undang-undang yang menggariskan keperluan lampu belakang merah bagi memastikan keseragaman dan meminimumkan kekeliruan di jalan raya.
4. Bagaimana Lampu Merah Berfungsi dalam Sistem Pemanduan Moden
Selain lampu belakang biasa, terdapat dua sistem utama yang menggunakan lampu merah untuk meningkatkan keselamatan:
Lampu brek – Menjadi lebih terang apabila pemandu menekan brek, memberi amaran kepada pemandu belakang untuk memperlahankan kenderaan mereka.
Lampu kabus belakang – Digunakan dalam keadaan cuaca buruk seperti hujan lebat atau kabus tebal bagi memastikan kenderaan dapat dilihat dengan lebih jelas.
5. Evolusi Lampu Belakang: Dari Mentol Klasik ke LED
Teknologi lampu belakang juga telah berkembang daripada mentol kepada LED yang lebih terang, tahan lama, dan cekap tenaga.
Kredit Foto : Website pexels
LED bukan sahaja memberikan pencahayaan yang lebih jelas, tetapi juga meningkatkan tindak balas pemandu lain kerana ia menyala lebih pantas berbanding mentol tradisional.
Ads
Kesimpulan
Warna merah pada lampu belakang bukan sekadar pilihan estetik tetapi satu keperluan yang terbukti secara saintifik dan berasaskan keselamatan jalan raya.
Dengan teknologi yang semakin maju, lampu belakang terus berevolusi, tetapi satu perkara yang pasti tidak akan mengubah fakta ini.
Jadi anda telah mendapat jawapan Kenapa Lampu Belakang Kereta Berwarna Merah?
Warna merah akan kekal sebagai warna utama dalam sistem pencahayaan kenderaan demi keselamatan semua pengguna jalan raya.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Royal Enfield, pemimpin global dalam segmen motosikal kelas sederhana (250cc-750cc), terus mengukuhkan legasinya dengan pengenalan Royal Enfield Bullet 350 – Edisi Khas di Malaysia.
Dilancarkan atas platform enjin J-series yang terbukti cekap dan lancar, motosikal ikonik ini, meneruskan warisan yang dihargai melalui nilai seni dan ketahanan yang kuat.
Selain itu, sebagai tanda penghargaan Royal Enfield telah memperkenalkan Super Meteor 650 dengan dua warna baharu di Malaysia.
Bullet telah menggalas hampir setiap tugas dan jangkaan yang dapat dibayangkan sepanjang jangka hayatnya yang panjang, menjadi teman yang dipercayai dalam setiap jenis perjalanan, dari percutian hujung minggu hingga pengembaraan di seluruh dunia.
Mr. Rewi Hamid Bugo, Pengerusi Didi Group, menyatakan kegembiraannya, berkata, “Saya sangat berbangga untuk memperkenalkan New Royal Enfield Bullet 350 – Edisi Khas kepada pelanggan kami. Pemilik motosikal di Malaysia telah meresap baik motosikal ini, dan kami telah membina komuniti penunggang yang setia.”
Royal Enfield Bullet 350 – Aksesori penuh
ROYAL ENFIELD BULLET 350
Dalam pada itu, Bullet 350 Edisi Khas ini dikuasakan oleh enjin silinder tunggal sejukan udara 349cc yang juga digunakan pada Meteor, Classic, dan Hunter. Ia menghasilkan 20.2 bhp pada 6100 rpm dan 27 Nm tork pada 4000 rpm. Ini secara dasar akan menghasilkan kuasa pada RPM rendah yang baik, penghantaran kuasa yang sekata, dan perjalanan yang bertenaga.
Casis direka bagi peningkatan kawalan tunggangan yang lebih teguh daripada Bullet sebelumnya dan pada kelajuan tinggi ia berasa lebih stabil. Ini diperkuatkan oleh fork depan berdiameter besar 41mm dan tayar yang lebih lebar, 100/90 -19 di depan dan 120/80 -18 di belakang.
Tambahan lain, tangki petrol 13 liter dengan sentuhan kontemporari termasuk kluster instrumen baru digi-analog LCD dan pengecasan USB.
Bullet 350 ini dilancarkan dalam dua edisi yang berbeza dan tiga warna. Versi Standard dalam Hitam atau Maroon dipadankan dengan ABS dua saluran dan brek cakera belakang.
Versi Black Gold dipadankan dengan kombinasi tangki hitam kesat dan kilat, brevet 3D, pinstriping, dan enjin komponen yang dipadamkan hitam. Ia juga datang dengan ABS dua saluran dan brek cakera belakang. Bullet Standard ditawarkan pada harga RM 23,500 dan Bullet Gold pada harga RM 23,900.
Warna baharu SM 650 – Interstellar Grey
SUPER METEOR 650
Selain itu, Royal Enfield dengan gembira memperkenalkan dua warna baharu untuk Super Meteor 650 iaitu Interstellar Grey dan Astral Green. Ditawarkan pada harga RM 37,900.
Tidak dinafikan di negara kita terdapat golongan kurang berkemampuan merasa agak terbeban dengan kenaikan harga minyak petrol. Akan tetapi tahukah anda Malaysia sebenarnya di antara negara yang mempunyai harga petrol yang paling rendah di dunia?
Namun begitu pelbagai cara yang masyarakat akan cuba untuk lakukan supaya mendapat penjimatan maksimum sewaktu mengisi petrol.
Terdapat beberapa cara tradisional yang sering diamalkan oleh orang ramai, namun adakah semua cara tersebut benar-benar berkesan atau hanyalah mitos semata-mata?
Mari kita kupas beberapa mitos popular tentang penjimatan minyak sama ada ia berkesan atau tidak.
Isi Minyak Pada Waktu Malam Lebih Jimat
Banyak yang percaya mengisi minyak pada waktu malam dapat menjimatkan minyak kereta. Ini mungkin disebabkan kepercayaan bahawa minyak akan menjadi lebih tumpat pada suhu yang lebih sejuk. Namun, hakikatnya, perbezaan cuaca tidak memberikan impak yang ketara. Penjimatan yang diperoleh mungkin hanya dalam lingkungan 2 hingga 3 sen sahaja.
Letak Gear ‘N’ Ketika Mengisi Minyak
Pengguna kereta automatik sering kali meletakkan gear dalam kedudukan ‘N’ atau neutral semasa mengisi minyak, percaya bahawa ini dapat mengelakkan minyak daripada disalurkan ke dalam enjin. Walau bagaimanapun, hakikatnya, kedudukan gear tidak mempunyai kaitan langsung dengan proses penyaluran minyak ke dalam enjin.
3.Menggoncang Kereta Selepas Mengisi Minyak
Ada yang mengamalkan tabiat mengisi minyak sehingga penuh dan menggoncang kereta untuk memastikan tangki penuh. Namun, jika tangki sudah penuh, menggoncang kereta tidak akan memberi ruang ekstra. Amalan ini sebaiknya dielakkan kerana ia tidak memberikan manfaat tambahan dan boleh menjadi bahaya.
Jangan Isi Minyak Ketika Tanker Sedang Loading
Beberapa orang percaya bahawa tidak sepatutnya mengisi minyak ketika lori tangki minyak sedang mengisi bekalan minyak petrol ke stesen minyak. Mereka risau minyak yang disalurkan akan berkeladak. Namun, setiap stesen pam dilengkapi dengan penapis in-line, memastikan minyak yang disalurkan ke kenderaan sudah ditapis dengan baik.
Sebelum mengamalkan sebarang teknik atau cara, penting untuk melakukan kajian sendiri. Cari sumber bacaan yang dipercayai dan gunakan logik akal.
Dengan memahami mitos dan fakta seputar penjimatan minyak, kita dapat membuat keputusan yang lebih bijak dalam menguruskan penggunaan minyak kereta kita. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda!
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Bagi para peminat kereta mewah di seluruh dunia, peluang untuk memiliki sebuah G-Class yang unik dan eksklusif kini menjadi kenyataan. Dalam sambutan Hari Valentine, 300 orang pemilik bertuah berpeluang untuk memiliki sebuah G-Class yang diberi nama yang, G-Class Stronger Than Diamonds Edition.
Model G-Class edisi terhad ini mengambil asas daripada varian G 550 yang cukup terkenal dengan kuasa V8 turbo berkembarnya, mampu menghasilkan 416 hp dan 610 Nm tork. Diperkuat dengan transmisi automatik sembilan kelajuan dan sistem pacuan semua roda, G-Class edisi berlian ini mampu memecut dari 0-96 km/j dalam masa hanya 5.6 saat.
Kredit Foto: Mercedes Benz
Antara ciri eksklusif yang membezakan G-Class edisi terhad ini adalah warna luaran merah jambu Manufaktur Rosewood Gray Magno, serta panel bumbung dan rim berwarna hitam. Logo berlian turut ditemui pada setiap pemegang pintu di bahagian luar, menambah lagi aura kemewahan.
Sebagaimana namanya, G-Class Stronger Than Diamonds ini turut memaparkan empat unit berlian 0.25 karat pada bahagian pin kunci pintu keluli tahan karat. Setiap pembelian turut disertakan dengan sijil rasmi daripada Responsible Jewelry Council (RJC) untuk memastikan berlian yang digunakan diperoleh daripada sumber yang bertanggungjawab secara beretika.
Kredit Foto: Mercedes Benz
Ciri lain termasuk plet ambang pintu yang bercahaya serta emblem “Stronger Than Diamonds” yang terdapat pada fob kunci. Kesemua ini menambah nilai estetika dan keunikannya. Untuk keselamatan, tiada sebarang berlian asli diletakkan di bahagian luar kereta bagi mengelakkan perhatian daripada golongan pencuri.
Harga untuk G-Class edisi terhad ini bermula dari $201,100 (sekitar RM961,560), menjadikannya lebih mahal berbanding dengan sebuah G 550 standard sebanyak $56,950 (sekitar RM272,306). Walaupun harganya tinggi, namun keunikan dan kemewahan yang ditawarkan pastinya memberi kepuasan kepada mereka yang mampu memilikinya.
George Russell menghadiahkan kemenangan sulung musim ini buat pasukan Mercedes selepas memenangi Grand Prix (GP) Kanada yang penuh dramatik. Terutamanya selepas insiden pelanggaran dua...