Memperkenalkan BMW X2 2024 sebuah alternatif yang lebih sporty berbanding sports activity vehicle (SAV) BMW X1, dengan rekaan yang lebih segar bagi sebuah Beemer.
Pada pandangan pertama, BMW X2 menawarkan garis atap yang mirip model coupe, lampu hadapan dan belakang turut direka baru dengan struktur pinggang yang lebih lebar, serta roda belakang yang lebih menonjol.
BMW X2 generasi baharu membawa beberapa perubahan penting seperti dimensi, varian, prestasi dan keselesaan.
Dari segi dimensi, ia berukuran 4,554 mm (+193 mm) panjang, 1,845 mm (+21 mm) lebar, 1,590 mm (+64 mm) tinggi dengan jarak roda yang bertambah 22 mm kepada 2,692 mm berbanding model sebelumnya.
Penambahan dimensi tersebut meluaskan ruang kabin, terutama ruang lutut, manakala kapasiti kargo meningkat kepada 560 liter dan boleh dinaik taraf hingga 1,470 liter apabila baris belakang dilipat.
Ads
BMW X2 hadir dalam beberapa varian kuasa, termasuk BMW X2 sDrive20i, BMW X2 xDrive28i, dan BMW X2 M35i xDrive, masing-masing dengan ciri transmisi klac berkembar tujuh nisbah kelajuan generasi baru untuk prestasi pemanduan yang lebih baik.
Selain itu, terdapat juga versi elektrik iX2 dengan varian tunggal iX2 xDrive30, dua motor elektrik yang mempunyai pecutan 0-100 km/j dalam 5.6 saat dan kelajuan tertinggi 180 km/j.
iX2 menampilkan bateri 64.8 kWh yang menawarkan jarak perjalanan antara 417 km hingga 449 km, dengan pengecasan pantas DC sehingga 130 kW dan pengecasan bateri dari 10-80% SoC dalam masa 29 minit. Selain itu, terdapat juga pengecasan standard AC 11 kW yang boleh dinaik taraf kepada 22 kW untuk pengecasan penuh dalam masa tiga jam 45 minit.
Ads
Kabin X2 menampilkan panel melengkung dengan skrin 10.25 inci dan skrin infohibur 10.7 inci yang dikuasakan oleh BMW iDrive 9. Versi X2 M35i xDrive hadir dengan tempat duduk semi bucket M Sport yang lebih sporty dan logo prestasi M.
BMW X2 turut ditingkatkan dari aspek aerodinamik untuk kecekapan dan prestasi pemanduan yang lebih baik, dengan kadar pekali seretan serendah 0.25 (BMW iX2) atau 0.27 (BMW X2).
Ads
Harga jualan bagi BMW X2 bermula dari RM228,829 (£39,365) manakala BMW iX2 bermula dari RM328,667 (£56,540).
Kedua-dua BMW X2 dan BMW iX2 akan dipamerkan secara rasmi pada acara Japan Mobility Show 2023 hujung bulan ini.
1 of 9
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Lambretta, jenama yang menggabungkan keanggunan klasik Itali dengan tema moden-retro. Syarikat itu dikatakan bakal memasuki pasaran Malaysia dengan nafas yang baharu. Skuter Lambretta yang menjadi kegemaran peminat di seluruh dunia kini bersedia untuk ditawarkan kepada rakyat Malaysia tidak lama lagi.
Diasaskan pada tahun 1947 oleh Dr. Ferdinando Innocenti, Lambretta mendapat inspirasi dari Cushman berwarna hijau zaitun. Namanya pula diambil daripada sprite air mitos yang dikaitkan dengan sungai Lambro, yang mengalir di pinggir bandar Milan. Lambretta menjadi kegemaran di Itali semasa zaman peperangan, dengan keistimewaannya sebagai skuter pertama yang menggunakan brek cakera.
Pada tahun 1950, Lambretta memperkenalkan inovasi dalam suspensi depan dan belakang, memberikan pengalaman pemanduan yang lebih lancar. Kemudian pada tahun 1969, Lambretta muncul dengan enjin paling berkuasa, menetapkan standard baru dalam industri skuter.
Walaupun mengalami beberapa penukaran pemilikan, Lambretta masih kukuh sebagai lambang subkultur moden hingga hari ini. Dengan mempersembahkan gaya klasik sambil menggabungkan inovasi kontemporari, skuter Lambretta mengekalkan warisan dan menarik minat generasi baru untuk menunggangnya.
Model-model terbaharu seperti Lambretta X250 dan G350 tidak hanya mengenengahkan keindahan dan eksklusif semata-mata malah, mengekalkan warisan dan tradisi yang diwarisi sekian lama. Dengan reka bentuk monocoque yang unik, setiap model Lambretta mewakili kesempurnaan dalam setiap penghasilannya, menandakan karya yang abadi.
Kehadirannya di Malaysia bakal menghangatkan lagi lanskap motosikal klasik-moden yang semakin mendapat perhatian terutama dari generasi muda di bandar. Lambretta menawarkan lebih daripada sekadar skuter; ia adalah ungkapan sejarah, gaya hidup, dan zaman emas penunggangnya.
Raya sudah hampir tiba, dan semangat pulang ke kampung halaman pastinya melanda. Namun sebelum anda memulakan perjalanan, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira bagi memastikan perjalanan berjalan lancar. Berikut adalah beberapa tips yang berguna sebelum memulakan perjalanan ke kampung halaman:
Periksa Kenderaan
Sebelum memulakan perjalanan jauh, pastikan untuk memeriksa kesemua sistem kenderaan anda. Periksa minyak enjin, tayar, brek, serta sistem penyejukan. Jika perlu, lakukan servis kenderaan untuk memastikan ia dalam keadaan terbaik.
Rancang Perjalanan
Rancang perjalanan dengan teliti. Ambil kira jarak perjalanan, tempoh masa yang diperlukan, serta tempat-tempat untuk berhenti rehat. Pastikan anda mengambil kira kesesakan lalu lintas yang mungkin berlaku, terutamanya semasa waktu puncak.
Persediaan Makanan dan Minuman
Pastikan anda membawa bekalan makanan dan minuman yang mencukupi sepanjang perjalanan. Ini termasuklah air minum, makanan ringan, dan makanan segera jika perlu. Ini akan membantu mengelakkan anda dari perasaan lapar dan dahaga semasa dalam perjalanan dan untuk menghilangkan kebosanan di dalam kereta.
Amalkan Keselamatan Jalan Raya
Sentiasa berhati-hati semasa memandu, terutama ketika dalam perjalanan jauh. Patuhi had laju, pakai tali pinggang keselamatan, dan elakkan dari menggunakan telefon semasa memandu. Keselamatan anda adalah yang utama.
Beri Maklumat Perjalanan
Beritahu keluarga atau rakan-rakan anda mengenai rancangan perjalanan anda. Berikan maklumat seperti destinasi anda, jadual perjalanan, serta nombor telefon yang boleh dihubungi dalam kecemasan. Ini penting untuk keselamatan anda.
Rehat dan Berehat
Jangan lupa untuk berehat sepanjang perjalanan. Jika anda merasa mengantuk atau letih, berhenti di tempat rehat dan ambil masa untuk bersantai sebentar. Ini akan membantu anda bertenaga semula untuk meneruskan perjalanan.
Patuhi SOP Kesihatan
Dalam konteks pandemik COVID-19, pastikan anda mematuhi semua SOP kesihatan yang ditetapkan. Pakailah pelitup muka, amalkan penjarakan sosial, dan gunakan pencuci tangan secara kerap. Kesihatan anda dan orang tersayang adalah penting.
Dengan mengambil kira semua tips ini, anda boleh memastikan perjalanan ke kampung halaman berjalan lancar dan selamat. Selamat pulang ke kampung halaman dan selamat menyambut hari raya bersama keluarga dan sahabat!
KTM meraikan ulang tahun ke-30 model Duke dengan kemunculan model KTM 1390 Super Duke R & Evo. Untuk tahun 2024, model “The Beast” ini kini lebih bertenaga dengan peningkatan kapasiti enjin 49cc, gaya baharu yang memartabatkan platform Duke, dan penambahbaikan pada sistem suspensi, ergonomik, dan elektronik.
“The Beast” yang bermula daripada KTM 990 Super Duke pada 2007 telah berkembang pesat. Bagi tahun 2024, V-Twin LC8 1,301cc daripada 1290 Super Duke telah diperbesarkan daripada 108mm kepada 110mm, mencapai pembesaran 1,350cc.
Tambahan pula, kotak udara yang direka semula, badan termostat baru dan injap throttle baharu meningkatkan prestasi keseluruhan. Gigi kelima dan keenam turut direka semula bagi penggunaan julat rpm yang lebih baik.
Sistem suspensi baharu model ini memperoleh teknologi terkini WP Semi-Active Technology yang memberikan pelbagai penyesuaian. Unit Kawalan suspensi menyesuaikan kadar hentakan secara real-time berdasarkan maklumat dari IMU, dan pengurusuan semua tetapan suspensi boleh dilakukan melalui paparan TFT 5 inci penuh warna.
Peningkatan ergonomik pada Super Duke 2024 memberikan tumpuan kepada prestasi. Tangki yang direka sedikit terkeluar memberikan sokongan kepada penunggang yang lebih baik semasa membelok.
Komponen-brek Brembo, termasuk caliper depan Stylema 4-piston kiri dan kanan yang mencengkam cakera depan 320mm, dan caliper belakang 2-piston dengan cakera 240mm, memberikan cengkaman yang kuat untuk memperlahankan “The Beast”. Tambahannya, Super Duke kini menggunakan tayar Michelin Power GP untuk cengkaman yang lebih baik dan berat yang lebih ringan.
Dikenali dengan reka bentuk yang agresif, KTM 1390 Super Duke R Evo 2024 menampilkan lampu hadapan LED baharu, penapis tangki dan winglet baharu, serta peningkatan kapasiti tangki bahan api kepada 4.6 gelen.
Peningkatan kepada paparan TFT 5 inci merangkumi grafik baru dan struktur menu yang direka semula untuk akses yang lebih cepat. Sistem Monitor Tekanan Tayar turut diperbaharui, menawarkan keseimbangan tekanan yang lebih tepat dan tetapan tekanan khusus untuk kegunaan litar.
Dikuasakan oleh tiga mod pemanduan standard (Rain, Street, dan Sport), dan dua mod tambahan (Performance dan Track), KTM 1390 Super Duke R Evo 2024 memberikan kuasa yang cukup dan memberi penunggan membuat pilihan dan penyesuaian mengikut cara pemanduan.
Tersedia dengan warna oren dengan livery merah atau hitam dengan livery oren, harga bagi model ini masih belum diumumkan.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Triumph Tiger Sport 660 terus mencuri perhatian meskipun Triumph telah melancarkan model yang lebih besar, Tiger Sport 800. Untuk tahun 2025, motosikal adventure kelas...