Ads

Kawasaki Ninja H2 Carbon 2026 Kini di Malaysia

Kawasaki Ninja H2 Carbon 2026 Kini di Malaysia, Harga Hampir RM200,000

Kawasaki Ninja H2 Carbon 2026 kini telah ditawarkan di pasaran Malaysia secara rasmi pada harga RM199,900, sekali gus menjadikannya antara motosikal berprestasi tinggi paling eksklusif dalam rangkaian produk Kawasaki.

Pengumuman harga jentera berkenaan dibuat oleh Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS) menerusi pengedarannya, Edaran Modenas Sdn. Bhd. (EMOS), sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), baru-baru ini.

Harga jualan yang disyorkan itu tidak termasuk kos pendaftaran dan insurans.

Ninja H2 Carbon merupakan sebuah motosikal berkuasa tinggi yang dibangunkan dengan menggabungkan teknologi enjin supercharger serta kepakaran kejuruteraan daripada kumpulan Kawasaki Heavy Industries.

Kawasaki Ninja H2 Carbon 2026 Kini di Malaysia

Ninja H2 Carbon Hadir dengan Kuasa Sehingga 243 PS

Jentera hypersport yang sah digunakan di jalan raya itu dikuasakan enjin empat silinder sebaris bersesaran 998cc dengan sistem supercharger yang dibangunkan khusus untuk model berkenaan.

Enjin itu mampu menghasilkan kuasa maksimum 231 PS pada 11,500 rpm, manakala penggunaan sistem Ram Air membolehkan kuasa meningkat sehingga 243 PS.

Berbeza dengan sistem turbocharger yang menggunakan gas ekzos, supercharger pada Ninja H2 Carbon digerakkan secara mekanikal oleh enjin bagi memampatkan udara sebelum disalurkan ke ruang pembakaran.

Teknologi berkenaan membolehkan lebih banyak udara memasuki enjin untuk menghasilkan kuasa yang lebih tinggi.

Ads

Menariknya, pembangunan sistem supercharger itu turut memanfaatkan kepakaran Kawasaki dalam industri aeroangkasa dan kejuruteraan turbin gas.

Ninja H2 Carbon

Rekaan Aerodinamik Untuk Kelajuan Tinggi

Bukan hanya tertumpu kepada kuasa enjin, Kawasaki turut memberikan perhatian terhadap aspek aerodinamik bagi memastikan Ninja H2 Carbon kekal stabil ketika ditunggang pada kelajuan tinggi.

Antara ciri yang digunakan termasuk pemegang cermin sisi dengan profil aerofoil, Gurney flap serta spoiler pada bahagian bawah hadapan.

Gabungan komponen itu direka bagi membantu menghasilkan daya mendapan atau downforce, sekali gus meningkatkan kestabilan motosikal.

Ads

Kawasaki Ninja H2 Carbon 2026 Kini di Malaysia

Ninja H2 Carbon turut menggunakan kerangka jenis trellis selain dilengkapi pelbagai sistem bantuan tunggangan elektronik.

Satu lagi keistimewaan model ini ialah penggunaan gentian karbon pada bahagian fairing atas yang bukan sahaja memberikan penampilan lebih eksklusif, malah menjadi antara identiti utama Ninja H2 Carbon.

Berbeza dengan motosikal superbike yang dibangunkan berasaskan keperluan perlumbaan, Ninja H2 Carbon direka untuk meneroka potensi prestasi enjin supercharger tanpa terikat kepada peraturan pertandingan.

Kawasaki Ninja H2 Carbon 2026 Kini di Malaysia

Ads

Hadir dengan Warna Eksklusif

Bagi model tahun 2026, Kawasaki Ninja H2 Carbon hadir dengan kombinasi warna Matte Spark Black dan Candy Flat Blazed Green yang menyerlahkan penampilan agresif jentera berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan berkata, Ninja H2 Carbon mengetengahkan pendekatan berbeza Kawasaki dalam menghasilkan sebuah motosikal berprestasi tinggi.

Menurutnya, model itu menggabungkan prestasi enjin supercharger dengan kepakaran kejuruteraan daripada pelbagai bahagian dalam kumpulan Kawasaki.

Ninja H2 Carbon

Dengan harga hampir RM200,000, Ninja H2 Carbon bukan sekadar menawarkan prestasi luar biasa, malah menjadi antara model yang memperlihatkan keupayaan Kawasaki menghasilkan motosikal jalan raya menggunakan teknologi kejuruteraan berprestasi tinggi.

Baca Juga : Raja ‘Supercharged’ Kembali! Apa Yang Baharu Pada Kawasaki Ninja H2 2027?

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

YouTube video player

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Menarik di Roda Panas

Kisah Di Sebalik Logo Perodua

Maksud Sebenar Di Sebalik Logo Perodua? lebih tiga dekad dalam industri automotif negara, Perodua cukup sinonim dengan penghasilan kenderaan kompak yang menjadi pilihan rakyat Malaysia. Bermula...