Ads

Inokom Terus Pacu Industri Automotif Malaysia Ke Pentas Antarabangsa

Inokom Bukti Keupayaan Malaysia Jadi Hab Pemasangan Kenderaan Bertaraf Dunia

Nama Inokom Corporation Sdn Bhd mungkin tidak sepopular jenama automotif yang keluar dari kilangnya, namun syarikat yang berpangkalan di Kulim, Kedah ini memainkan peranan penting dalam landskap industri automotif negara.

Selama hampir tiga dekad beroperasi, Inokom berjaya membina reputasi sebagai antara syarikat pemasangan kontrak automotif paling dipercayai di Malaysia. Beroperasi di fasiliti seluas 200 ekar di dalam Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), syarikat ini kini menjadi salah satu tonggak utama perniagaan Sime Motors di bawah Sime Darby Berhad.

Hari ini, Inokom memasang kenderaan untuk enam jenama automotif global merangkumi pengeluar dari Jerman, Jepun, Korea Selatan dan China. Antara jenama yang menggunakan kepakaran Inokom termasuk BMW, MINI, Porsche, Mazda, Hyundai serta Chery, bukan sahaja untuk pasaran tempatan malah turut dieksport ke beberapa negara ASEAN.

Inokom Terus Pacu Industri Automotif Malaysia Ke Pentas Antarabangsa

Pengeluaran Terus Meningkat

Di sebalik operasi yang kompleks, Inokom disokong lebih 2,700 tenaga kerja mahir tempatan yang mengendalikan pelbagai kemudahan termasuk Body Shop, Paint Shop, Assembly Shop dan gudang berpusat.

Prestasi pengeluarannya turut menunjukkan peningkatan memberangsangkan apabila jumlah pemasangan kenderaan meningkat daripada sekitar 20,500 unit pada tahun 2021 kepada lebih 31,800 unit pada tahun 2025.

Dalam tempoh yang sama, lebih 24,500 unit kenderaan keluaran Inokom berjaya dieksport ke pasaran serantau, sekali gus menjadikannya antara pengeksport automotif terbesar negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby Berhad, Dato’ Jeffri Salim Davidson berkata pencapaian tersebut membuktikan keupayaan industri tempatan untuk memenuhi standard ketat pengeluar automotif global.

Menurut beliau, kejayaan Inokom juga selari dengan aspirasi agenda nasional GEAR-uP yang memberi tumpuan kepada pembangunan industri bernilai tinggi berasaskan kepakaran rakyat Malaysia.

Inokom Terus Pacu Industri Automotif Malaysia Ke Pentas Antarabangsa

Ads

Hubungan Lama Bersama Jenama Global

Kerjasama antara Hyundai dan Inokom bermula seawal tahun 1993 sebelum syarikat itu mengembangkan operasinya kepada pemasangan kenderaan komersial dan penumpang pada tahun 2000 menerusi model Inokom Lorimas yang berasaskan Hyundai Porter.

Dua tahun kemudian, model Inokom Atos pula mula dipasang secara tempatan, menandakan pengembangan berterusan syarikat dalam sektor automotif negara.

Mazda pula menjadi antara rakan kerjasama paling lama bersama Inokom. Pada tahun 2011, Mazda 3 CKD pertama dilancarkan di fasiliti tersebut, menjadikannya satu-satunya kilang pemasangan lengkap Mazda di rantau ASEAN ketika itu.

Dipilih Porsche dan BMW

Salah satu pencapaian terbesar Inokom hadir pada tahun 2021 apabila Porsche memilih fasiliti tersebut sebagai pusat pemasangan pertamanya di luar Eropah.

Kepercayaan yang diberikan oleh pengeluar kereta sport premium dari Jerman itu menjadi bukti kemampuan industri automotif Malaysia memenuhi piawaian pengeluaran bertaraf global.

Operasi Porsche di Inokom kemudiannya diperluaskan pada tahun 2024 apabila kenderaan yang dipasang di Malaysia mula dieksport ke Thailand.

Dalam masa yang sama, Inokom turut menjadi lokasi penting bagi operasi BMW Group di rantau ini. Kilang pemasangan enjin BMW yang beroperasi di sini sejak tahun 2009 merupakan kemudahan pemasangan enjin BMW ketiga terbesar di dunia.

Ads

Sejak 2018, lebih 11,800 unit BMW dan MINI yang dipasang di Kulim telah dieksport ke Thailand dan Filipina. Pada tahun 2022 pula, BMW meraikan pengeluaran kenderaan ke-100,000 dari fasiliti tersebut.

Terbaharu pada tahun 2026, BMW i5 eDrive40 M Sport yang dipasang di Inokom menjadi model BMW elektrik sepenuhnya pertama yang dipasang di rantau Asia Pasifik.

Inokom Terus Pacu Industri Automotif Malaysia Ke Pentas Antarabangsa

Chery Buka Lembaran Baharu EV

Kehadiran Chery pada tahun 2023 menambah lagi kepelbagaian portfolio Inokom.

Selain model Omoda dan Tiggo, fasiliti tersebut turut memasang Chery Omoda E5 yang menjadi kenderaan elektrik (EV) pertama pernah dipasang oleh Inokom.

Langkah ini dilihat sebagai sebahagian daripada perkembangan pesat sektor elektrifikasi automotif di Malaysia dan Asia Tenggara.

Ads

Konsep Kilang Dalam Kilang

Salah satu keunikan Inokom ialah penggunaan konsep “Plant-within-a-Plant” yang membolehkan setiap jenama mempunyai barisan pemasangan khusus mengikut keperluan teknikal dan standard kualiti masing-masing.

Pendekatan ini membolehkan pelbagai jenama global berkongsi fasiliti yang sama tanpa menjejaskan identiti serta keperluan pengeluaran masing-masing.

Selain memegang pelbagai pensijilan antarabangsa berkaitan kualiti, keselamatan dan alam sekitar, Inokom turut menerima beberapa pengiktirafan industri termasuk Anugerah Kecemerlangan Industri MITI pada tahun 2018 serta Anugerah Produktiviti Tinggi Menggunakan Tenaga Kerja Tempatan pada tahun 2019.

Inokom Terus Pacu Industri Automotif Malaysia Ke Pentas Antarabangsa

Inokom Perkukuh Ekosistem Industri Tempatan

Di luar operasi pemasangan, Inokom turut memainkan peranan penting dalam pembangunan rantaian bekalan automotif negara menerusi kerjasama dengan kira-kira 370 vendor tempatan termasuk syarikat Bumiputera.

Syarikat itu juga terus melabur dalam pembangunan modal insan melalui latihan teknikal, kepimpinan dan peningkatan kemahiran dalam bidang teknologi automotif moden.

Melangkah ke hadapan, Inokom menyasarkan untuk muncul sebagai rakan pemasangan automotif pilihan di rantau ASEAN.

Baca Juga : MINI Aceman EV Kini Di Malaysia, Harga RM213,888

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

LRT Laluan Shah Alam Rasmi Beroperasi Isnin Depan

LRT Laluan Shah Alam, yang sebelum ini dikenali sebagai LRT3, dijadualkan memulakan operasi penuh pada Isnin depan. Perkara itu dimaklumkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke,...