GWM Malaysia, Touch ’n Go Berganding Bahu Tampilkan Pengalaman Mobiliti Lebih Pintar
GWM Malaysia menjalinkan kerjasama dengan Touch ’n Go bagi memperlihatkan bagaimana teknologi kenderaan, infrastruktur jalan raya dan penyelesaian digital boleh digabungkan untuk menghasilkan pengalaman pemanduan yang lebih lancar dan pintar.
Menerusi kerjasama itu, GWM Malaysia bertindak sebagai rakan mobiliti dalam demonstrasi teknologi Titan Flow yang diadakan di Plaza Tol AKLEH Dato Keramat.
Demonstrasi tersebut turut melibatkan sesi pandu lalu secara langsung bersama wakil media menerusi lorong Enhanced RFID, sekali gus memberi gambaran mengenai potensi teknologi berhubung dalam meningkatkan kelancaran perjalanan pengguna jalan raya.

Pelbagai Model Digunakan Dalam Demonstrasi
Bagi menjayakan sesi berkenaan, GWM Malaysia menyediakan beberapa buah kenderaan daripada portfolio pelbagai kategori dan rangkaian kuasa yang ditawarkan oleh jenama itu.
Para tetamu berpeluang merasai sendiri bagaimana integrasi antara kenderaan dan teknologi pembayaran tol boleh membantu meningkatkan kemudahan, kecekapan serta pengalaman pemanduan secara keseluruhan.
Kerjasama itu juga mencerminkan perubahan landskap mobiliti negara yang semakin bergantung kepada teknologi digital, bukan sahaja pada kenderaan, malah melibatkan sistem pembayaran dan infrastruktur jalan raya.

Pengguna Mahukan Pengalaman Lebih Lancar
Pengarah Urusan Hal Ehwal Korporat GWM Malaysia, Cui Anqi berkata, pengguna masa kini mengharapkan pengalaman mobiliti yang mudah, lancar dan sentiasa berhubung.
“Pemandu hari ini mengharapkan mobiliti yang mudah, lancar dan saling berhubung. Kerjasama seperti ini menunjukkan bagaimana jenama automotif dan rakan teknologi boleh bekerjasama untuk meningkatkan pengalaman pemilikan menerusi inovasi yang praktikal.
“Di GWM Malaysia, kami kekal komited untuk menyokong inisiatif yang menawarkan manfaat bermakna kepada pemandu di Malaysia,” katanya.

Sokong Ekosistem Pengangkutan Masa Hadapan
GWM Malaysia merupakan antara jenama automotif di negara ini yang menawarkan portfolio kenderaan merangkumi pelbagai jenis rangkaian kuasa, termasuk kenderaan elektrik (EV), hibrid (HEV), hibrid plug-in (PHEV) dan enjin pembakaran dalaman (ICE).
Rangkaian tersebut merangkumi beberapa segmen kenderaan, sejajar dengan pendekatan syarikat untuk menawarkan lebih banyak pilihan mengikut keperluan serta gaya hidup pengguna.
Melalui kerjasama bersama Touch ’n Go, GWM Malaysia mahu terus menyokong pembangunan teknologi dan penyelesaian mobiliti yang dapat meningkatkan pengalaman pemilikan kenderaan.
Pada masa sama, inisiatif seumpama ini dilihat mampu membantu pembangunan ekosistem pengangkutan negara yang lebih pintar, cekap dan bersedia menghadapi keperluan mobiliti masa hadapan.
Baca Juga : Fungsi OBD Meter Yang Jarang Diceritakan
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!





