SUV hibrid terbaharu dari Great Wall Motor (GWM) Malaysia, GWM HAVAL H6 HEV telah mencipta kejutan di pasaran tempatan. Ini selepas mereka mencatat lebih 1,500 tempahan hanya dalam sebulan selepas pelancaran.
Malah, sebanyak 200 unit pertama model pemasangan tempatan (CKD) ini telah berjaya dihantar ke pelanggan di seluruh negara. Menunjukkan permintaan yang sangat tinggi untuk SUV ini.
GWM Malaysia
Komited untuk membawa kenderaan berkualiti yang berpatutan ke pasaran tempatan. Syarikat ini memperkukuh kedudukannya melalui strategi “long-termism” yang berasaskan empat tonggak utama – ‘Locally Built’, ‘Locally Operated’, ‘Locally Cultivated’, dan ‘Supply Chain Integrated’.
Dengan pendekatan ini, GWM bukan sahaja berupaya memenuhi selera pengguna Malaysia. Malah, mencapai prestasi cemerlang di peringkat global dengan jualan sebanyak 122,700 unit dalam suku ketiga 2024. Menunjukkan peningkatan tahunan hampir 40%. Setakat ini, jenama HAVAL telah mencapai 9 juta jualan kumulatif di seluruh dunia.
Apa yang membuatkan GWM HAVAL H6 HEV begitu menarik?
Ramai peminat SUV menyatakan kelebihan dari aspek kecekapan bahan api dan kuasa yang ditawarkan oleh enjin turbo 1.5L hibridnya. Model ini memadukan tenaga elektrik dan petrol, menghasilkan kuasa maksimum 243 PS serta tork 530 Nm.
Dengan teknologi Dedicated Hybrid Transmission (DHT), SUV ini mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 7.7 saat.
Ads
Menjadikannya sesuai untuk pemanduan harian yang lancar, ditambah pula dengan keupayaan untuk mencapai jarak sehingga 1,000 km dengan satu tangki penuh!
Harga dan Warna
Di pasaran Malaysia, GWM HAVAL H6 HEV ditawarkan pada harga RM139,800, dengan lima pilihan warna yang menarik – Energy Green, Ayers Silver, Crayon Grey, Hamilton White, dan Sun Black.
Bagi peminat SUV yang mengutamakan gaya dan prestasi, ini adalah satu pakej yang sukar untuk dilepaskan.
Ads
Promosi Menarik
Sebagai penghargaan kepada pelanggan awal, GWM Malaysia turut menawarkan beberapa promosi menarik. Bagi pembelian pada tahun 2024, pemilik berhak menikmati penyelenggaraan percuma selama 5 tahun termasuk alat ganti dan kos buruh.
Selain itu, pemilik GWM sedia ada boleh menikmati rebat tambahan sebanyak RM3,000 untuk pembelian HAVAL H6 HEV. Tawaran waranti juga cukup mengagumkan, termasuk waranti enjin selama 10 tahun atau 1 juta kilometer. Waranti sistem hibrid 8 tahun atau 1 juta kilometer dan waranti penuh kenderaan selama 7 tahun atau 200,000 km.
Pengalaman Pemilik
Seorang pemilik GWM HAVAL H6 HEV baru-baru ini berkongsi pengalamannya di acara GWM Family Day. Menyatakan bahawa prestasi model ini benar-benar menepati jangkaan beliau setelah mendengar reputasi SUV ini di China.
“Sangat sesuai untuk perjalanan harian saya dengan satu tangki penuh yang boleh membawa saya hingga 1,000 km,” kata beliau. Tawaran waranti yang panjang dan penyelenggaraan percuma turut menambah keyakinan beliau untuk memilih HAVAL H6 HEV sebagai kenderaan utama.
Ads
Dengan sambutan yang menggalakkan, GWM HAVAL H6 HEV jelas menjadi pilihan utama dalam kalangan pengguna yang mencari SUV yang berkuasa, praktikal dan efisien. Bagi mereka yang berminat untuk membuat tempahan. Layari laman web rasmi GWM Malaysia untuk maklumat lanjut dan promosi eksklusif.
Penduduk Machang dan pengguna jalan raya yang merancang perjalanan ke kawasan ini sempena Aidilfitri perlu peka dengan pengumuman terbaru daripada Polis Daerah tersebut. Bermula 28 Mac jam 7 malam hingga 6 April jam 12 tengah malam, beberapa jalan utama di Machang akan ditutup bagi memastikan kelancaran trafik sepanjang musim perayaan.
Dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi mereka, polis memaklumkan bahawa langkah ini diambil untuk mengelakkan kesesakan teruk dan memastikan perjalanan pengguna lebih lancar. Sehubungan itu, beberapa laluan alternatif telah disediakan bagi mengurangkan gangguan kepada pengguna jalan raya.
Senarai Jalan Ditutup & Laluan Alternatif
Simpang Tiga Jalan Paloh Rawa ke Tanah Merah
Pengguna boleh menggunakan laluan alternatif Paloh Rawa – Kelaweh – Kampung Wakaf Bata – Tanah Merah.
Simpang Tiga Jalan Paloh Rawa dari arah Machang
Laluan alternatif yang disyorkan ialah Jalan Machang – Wakaf Bata – Kelaweh – Paloh Rawa.
Simpang keluar dari Jalan Tok Bok ke Kota Bharu & dari Machang ke Jalan Tok Bok
Alternatif yang dicadangkan adalah melalui Jalan Tok Bok dan membuat pusingan U berhampiran PPD Machang untuk ke Kota Bharu.
Jika datang dari Kota Bharu ke Machang, pengguna boleh menggunakan laluan Kg Gendang Lima – Banggol Judah – Pasir Puteh.
Nasihat kepada Pengguna Jalan Raya
Polis menasihatkan semua pengguna agar berhati-hati ketika memandu, mematuhi papan tanda amaran serta merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan. Semua langkah ini diambil bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik sepanjang musim perayaan.
“Segala kesulitan amat dikesali dan kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama para pengguna jalan raya,” menurut kenyataan pihak polis.
Dengan adanya maklumat ini, diharapkan orang ramai dapat menyesuaikan perjalanan mereka dan menikmati perjalanan yang lebih selamat serta selesa sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Lesen GDL dan PSV – Langkah terbaru yang dicadangkan oleh Kementerian Pengangkutan menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah untuk memperketat operasi bersepadu. Ia bakal memfokuskan kepada kenderaan berat. Turut disambut baik oleh Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR).
Menurut Penasihatnya, Datuk Suret Singh, cadangan ini adalah selari dengan usaha meningkatkan keselamatan jalan raya, terutamanya melibatkan pemandu kenderaan berat seperti lori dan bas.
Ujian Darah
Antara inisiatif penting yang diutarakan oleh PPKJR ialah mewajibkan ujian darah sebagai syarat untuk mendapatkan lesen GDL (Lesen Kenderaan Barangan) serta lesen PSV (Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam).
Ujian ini bukan sahaja perlu dilaksanakan bagi pemohon baru lesen, tetapi juga diwajibkan setiap kali lesen tersebut diperbaharui. Langkah ini akan membantu memastikan bahawa pemandu yang memandu kenderaan berat bebas daripada pengaruh dadah.
Menurut Datuk Suret Singh, pihaknya bersetuju dengan pendekatan JPJ yang ingin menguatkuasakan undang-undang berkaitan pemanduan di bawah pengaruh dadah dengan tahap ketegasan yang sama seperti perundangan yang dikenakan ke atas pemandu di bawah pengaruh alkohol.
Tambahnya, pindaan kepada peraturan sedia ada boleh dilakukan dalam masa yang lebih singkat untuk memperkenalkan ujian darah ini sebagai langkah kawalan tambahan.
Perketat Peraturan
Selain memperketatkan peraturan untuk lesen GDL dan PSV. Kerajaan juga disaran untuk terus membiayai latihan kepada 1,000 pemandu baru setiap tahun.
Ini penting bagi menangani masalah kekurangan pemandu kelas E yang diperlukan untuk memandu kenderaan berat seperti lori dan bas.
Dengan ini, bukan sahaja aspek keselamatan dipertingkatkan, tetapi juga masalah kekurangan pemandu yang dihadapi industri pengangkutan dapat diselesaikan.
Dalam pada itu, Datuk Suret Singh turut menekankan bahawa usaha meningkatkan keselamatan jalan raya tidak hanya terletak pada bahu kerajaan atau JPJ sahaja.
Matlamat Utama
Sebaliknya, semua pihak perlu bekerjasama untuk mencapai visi yang terkandung dalam Pelan Keselamatan Jalan Raya 2022-2030. Matlamat utama pelan ini ialah mengurangkan sebanyak 50 peratus bilangan kematian akibat kemalangan jalan raya menjelang tahun 2030.
Semalam, Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengumumkan bahawa JPJ akan memperketat operasi bersepadu yang memfokus kepada kenderaan berat.
Langkah ini dijangka akan mengurangkan risiko kemalangan melibatkan kenderaan berat, sekali gus meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya di seluruh negara.
Pelumba Johor Darul Ta’zim (JDT) Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah, semakin selesa dengan jentera barunya untuk menyertai Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) musim 2024.
Semasa sesi latihan persendirian di Litar Antarabangsa Sepang baru-baru ini, pelumba berusia 29 tahun itu telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dengan Ducati Panigale V4R, mencecah kelajuan sehingga 313 km/jam.
“Sebelum ini, saya tidak pernah mengendalikan V4. Saya biasanya menggunakan jentera dengan enjin inline… tetapi dengan V4 ini, saya merasai pengalaman yang unik, kita menjadi sebahagian daripada jentera itu,” katanya.
JDT Racing Team bersama Hafizh Syahrin akan menyertai saingan pertama mereka dalam ARRC 2024 dalam kelas Asian Superbike 1000cc (ASB 1000) di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand pada 15 hingga 17 Mac ini.
Kredit Foto: Bikesrepublic.com
Hafizh Syahrin, yang menggunakan model terkini jentera buatan Itali ini untuk kali pertama, optimis dapat memberikan saingan terbaik dan mengejar gelaran juara keseluruhan musim ini.
“Pengalaman saya dalam Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) sebelum ini akan menjadi modal saya. ARRC bukan cabaran mudah, tetapi saya yakin dengan sokongan daripada pasukan JDT Racing Team, kami mampu berada di podium dan memberikan saingan di tiga tangga teratas,” katanya.
Pada Oktober lepas, JDT meluaskan aktiviti mereka dengan terlibat dalam sukan permotoran bersama Hafizh Syahrin, yang merupakan wakil Malaysia pertama yang bersaing dalam MotoGP pada 2018, dan menjadikan ARRC musim 2024 sebagai projek perintis.
Apabila ditanya tentang persediaannya untuk menghadapi ARRC, Hafizh Syahrin menyatakan bahawa dia telah bersedia dari segi mental dan fizikal, terutamanya kerana pusingan pertama berlangsung semasa bulan puasa.
Kredit Foto: The Star
“Kita sedia maklum bahawa awal tahun cuaca di Thailand agak panas, jadi kita perlu bersedia dengan keadaan cuaca yang lebih kering berbanding di Malaysia. Kami perlu menyesuaikan diri dengan cepat dan saya akan tetap berusaha sebaik mungkin walaupun berpuasa,” katanya.
Kejuaraan ARRC 2024 melibatkan enam pusingan dengan 12 perlumbaan, dengan negara-negara seperti Jepun, China, Thailand, Indonesia, dan Malaysia turut terlibat.
Revolusi Tempatan Dengan Aspirasi Global
PROTON sekali lagi mencipta sejarah apabila memperkenalkan Saga Serba Baharu kepada pihak media sebelum pelancaran rasminya. Model ini bukan sekadar...