Citroën SM, sebuah jentera daripada era 1970-an, muncul kembali dengan gaya yang lebih moden dan berkelas.
Penjelmaan Semula Ikonik dengan Gaya Moden
Penjelmaan semula ini hadir dalam bentuk kereta konsep di bawah jenama DS Automobiles.
Ianya merupakan cabang mewah Citroën yang kini berada di bawah naungan Stellantis selepas penggabungan FCA-PSA.
Kredit Foto : Website autodrive
Dinamakan sebagai SM Tribute, kereta konsep ini menggabungkan unsur retro dengan sentuhan inovasi moden.
Kereta ini seolah-olah ia telah berevolusi dalam diam selama 50 tahun yang lalu.
Dimensi dan Reka Bentuk Futuristik
SM Tribute sedikit lebih panjang dengan tambahan 1.1 inci, lebih lebar sebanyak 5.5 inci, dan lebih rendah 1.4 inci berbanding model asalnya.
Penambahbaikan aerodinamik juga turut dilakukan.
Ads
Reka bentuk gril kaca khas SM lama digantikan dengan skrin 3D yang juga berfungsi sebagai bar cahaya.
Kredit Foto : Website autodrive
Lampu utama berputar ikonik diganti dengan jalur LED nipis, memberikan sentuhan futuristik yang seiring dengan perkembangan zaman.
Ia turut dilengkapi rim aloi bersaiz 22 inci yang lebih besar dan moden, jauh berbeza daripada roda 15 inci yang digunakan pada model asal.
Kredit Foto : Website autodrive
Revolusi Bahagian Dalaman
Walaupun tidak ada kepastian mengenai penggunaan suspensi hidropneumatik revolusioner seperti yang digunakan oleh SM asal, SM Tribute masih mengekalkan identiti ikoniknya.
Ads
Warna cat Gold Leaf yang digunakan juga merupakan pilihan klasik yang dihidupkan semula.
Kredit Foto : Website autodrive
Bahagian dalamannya pula hadir dengan ciri futuristik dengan paparan digital tanpa sebarang kawalan fizikal.
Reka bentuk stereng yang berbentuk segi empat juga dilengkapi dengan paparan tersendiri, melengkapkan suasana moden dalam kabin.
Ads
Sistem Pacuan Elektrik yang Misteri
DS Automobiles masih merahsiakan mengenai sistem pacuan yang digunakan, tetapi besar kemungkinan konsep ini menggunakan teknologi elektrik sepenuhnya.
Kredit Foto : Website autodrive
Sebagai imbasan sejarah, Citroën SM asal pernah dinobatkan sebagai Motor Trend Car of the Year 1972, sebuah kenderaan mewah berprestasi tinggi dengan enjin Maserati V-6—hasil kerjasama Citroën dan Maserati antara tahun 1968 hingga 1975.
Masa Depan DS Automobiles dengan EV Baharu
Walaupun SM Tribute ini hanya kekal sebagai model konsep, DS Automobiles sedang bersedia untuk melancarkan dua model EV baharu berasaskan platform STLA Medium.
Salah satunya dijangka menjadi versi produksi Aero Sport Lounge, yang mungkin dinamakan DS8 Crossback, manakala satu lagi mungkin sebuah fastback yang lebih tinggi menggantikan DS9.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Keeway XDV180 EVO Skuter ADV dengan Enjin Lebih Besar, Lebih Berkuasa, dan Teknologi Lebih Canggih
Pasaran skuter kembara terus berkembang dengan kehadiran model baharu dari Keeway, apabila XDV180 EVO versi 2025 kini rasmi dibuka untuk tempahan.
Model ini merupakan satu lagi pilihan menarik dalam segmen skuter “adventure-styled” bersesaran kecil.
Keeway XDV180 EVO membawakan rekaan adventure yang agresif dan maskulin lengkap dengan pelindung badan, jarak ground clearance yang tinggi, serta lampu hadapan bergaya ‘rally’.
Rekaan ‘Adventure’ Moden, Ciri Premium
Skuter ini turut menampilkan papan pemuka digital moden, tempat duduk dua lapis untuk keselesaan tunggangan jauh, serta suspensi panjang yang sesuai untuk permukaan jalan yang tidak rata.
Meskipun hanya 180cc, skuter ini sesuai untuk kegunaan harian mahupun perjalanan jarak jauh, malah penampilannya yang ‘adventure-ready’ menjadikannya unik dalam kelasnya.
Model ini sudah mula dibuka untuk tempahan, Harga untuk motosikal ini masih belum dipastikan tetapi anggaran mungkin dibawah harga RM 10,000.
Video yang tular minggu ini, menunjukkan sekumpulan mat rempit melawan arus di Lebuhraya BORR Bagan Ajam dari arah plaza tol menuju ke Terminal Kontena Butterworth (NBCT) di Pulau Pinang.
Jelas menggambarkan betapa mereka sudah tidak lagi mempedulikan undang-undang. Bukan sekadar melarikan diri daripada sekatan jalan raya, mereka juga meletakkan pengguna jalan lain dalam bahaya.
Minggu lalu, malam Ahad, dua remaja maut dalam satu kemalangan yang melibatkan empat motosikal di Persiaran Raja Muda Musa, Klang, sekitar jam 4.30 pagi. Kejadian itu berlaku ketika beberapa kumpulan mat rempit berlumba dalam kelajuan tinggi.
Tangkap layar video tular yang memaparkan aksi berbahaya sekumpulan penunggang motosikal di Lebuhraya BORR – Sinar Harian
Malah, melakukan aksi berbahaya di sepanjang jalan dari Kompleks Sukan Pandamaran menuju ke Pelabuhan Klang sebelum berpatah balik dan membuat beberapa pusingan. Salah satu motosikal terbabas dan dirempuh oleh motosikal lain dalam kumpulan tersebut.
Insiden seperti ini semakin kerap berlaku, dan malangnya, majoriti mat rempit ini terdiri daripada remaja Melayu. Ini hanyalah salah satu daripada banyak masalah sosial yang menuntut perhatian serius, terutama daripada ibu bapa mereka sendiri.
Luahan Rakyat Prihatin
Merak Jalanan teringat perbualan dengan seorang rakan yang meluahkan kebimbangannya tentang masa depan remaja Melayu di tanah air sendiri. Terutamanya apabila melihat kegigihan anak-anak Rohingya yang berusaha meningkatkan taraf hidup mereka dengan menyertai bidang kemahiran.
Salah sebuah motosikal telah terbabas di atas jalan raya lalu dirempuh oleh beberapa motosikal dari kumpulan yang lain – Sinar Harian
Kisahnya, ketika rakan tersebut menghantar motosikal untuk dibaiki di sebuah bengkel di Shah Alam, dia mendapati pekerja bengkel tersebut kebanyakannya terdiri daripada remaja Rohingya. Mereka bukan sahaja mahir dalam membaiki pelbagai jenis motosikal, malah sudah menghafal harga setiap alat ganti di bengkel itu.
Mungkin lima hingga 10 tahun akan datang, kita akan menyaksikan di mana kedudukan anak-anak Melayu dan bagaimana masa depan anak-anak Rohingya di bumi Malaysia ini.
Yamaha Motor Company meneruskan sambutan ulang tahun ke-70 mereka di pentas dunia dua roda apabila pasukan rasmi pengeluar Jepun itu bakal tampil dengan livery istimewa sempena perlumbaan penutup musim Kejuaraan Dunia Superbike (WorldSBK) 2025 di Jerez, hujung minggu ini.
Warisan dan sejarah panjang Yamaha dizahirkan melalui jentera Pata Maxus Yamaha WorldSBK Official Team, GYTR GRT Yamaha WorldSBK Team dan Pata Yamaha Ten Kate Racing WorldSSP Team semuanya bakal turun dengan warna merah dan putih ikonik, diinspirasikan daripada rekaan YZF-R7 tahun 1999 yang cukup legend!
Livery Ikonik Jentera Yamaha
Warna khas ulang tahun ke-70 ini akan menghiasi jentera Yamaha R1 WorldSBK dan R9 WorldSSP khusus untuk perlumbaan Race 2 pada hari Ahad. Para pelumba juga akan mengenakan sut perlumbaan yang direka khas bagi meraikan detik bersejarah ini.
Reka bentuk tersebut pertama kali didedahkan dalam sesi fotografi eksklusif di Litar Jerez pada Khamis, memberikan para media peluang pertama melihat penampilan baharu ini sebelum aksi hujung minggu bermula.
Menurut Andrea Dosoli, Pengurus Bahagian Yamaha Motor Europe, penampilan khas ini bukan sekadar penghormatan terhadap sejarah, tetapi juga sebagai simbol kesinambungan semangat perlumbaan Yamaha.
“Kami amat berbangga dapat memainkan peranan dalam sambutan ulang tahun ke-70 Yamaha dengan memperkenalkan livery khas yang diinspirasikan daripada YZF-R7 1999 untuk perlumbaan WorldSBK dan WorldSSP pada Ahad ini. R7 ialah motosikal yang telah memukau peminat di seluruh dunia serta mencatat kejayaan besar dalam Kejuaraan Dunia Superbike. Melihat warna ini kembali ke litar pastinya mengundang nostalgia mendalam buat kami semua. Legasi Yamaha sendiri sudah cukup menggambarkan kehebatannya sebagai jenama ikonik, dan kami yakin warna ini akan membangkitkan kenangan indah di hati ramai peminat perlumbaan,” katanya.
Ulang tahun ke-70 Yamaha bukan sekadar sambutan, tetapi pengiktirafan terhadap tujuh dekad inovasi, keberanian dan pencapaian dalam dunia permotoran. Dari era dua lejang GP hingga ke teknologi moden superbike dan sportbike masa kini, Yamaha terus menjadi simbol kesempurnaan antara prestasi dan semangat perlumbaan.
Dengan warna klasik merah-putih yang kembali menghiasi jentera moden R1 dan R9, Yamaha bukan sahaja meraikan sejarah malah mereka menghidupkan semula semangat zaman kegemilangan yang telah membentuk identiti mereka selama tujuh dekad.