Ads

Borneo Street Autoshow 2026 Kembali, Himpunkan Komuniti Automotif & Hobi Di Miri

Acara Ke-13 Kembali Meriahkan Sarawak

Borneo Street Autoshow 2026 bakal berlangsung pada 9 hingga 10 Mei 2026 di Miri City Hall, Marina Park, Miri, Sarawak acara yang bakal bermula seawal jam 8.00 pagi hingga 7.00 malam ini merupakan acara edisi ke-13 ini dianjurkan oleh Persatuan Usahawan Anak Sarawak Bahagian Miri bersama Northern Service, meneruskan legasi penganjuran yang sebelum ini merangkumi bandar utama seperti Miri, Bintulu dan Sibu.

Borneo Street Autoshow 2026 Kembali, Himpunkan Komuniti Automotif & Hobi Di Miri

Platform Komuniti Automotif & Hobi

Tidak sekadar autoshow biasa, acara ini menggabungkan pelbagai elemen gaya hidup dan komuniti. Antara tarikan utama termasuk pameran koleksi hobi dan barangan collectors, selain pertandingan seperti Beyblade, Tamiya, RC Drift dan Hot Wheels Race yang pasti menarik minat pengunjung pelbagai peringkat umur.

Pertandingan Autoshow & Kategori Borneo Street Autoshow 2026

Segmen utama acara ini sudah tentu autoshow, yang menampilkan pelbagai kategori mengikut jenis dan modifikasi kenderaan. Menariknya, kategori utama menawarkan sehingga lima pemenang bagi setiap kategori, selain penambahan kategori baharu bagi memberi peluang lebih luas kepada peserta.

Borneo Street Autoshow 2026 Kembali, Himpunkan Komuniti Automotif & Hobi Di Miri

Borneo Street Autoshow 2026, Kategori Utama (1st – 5th Trophy):

Proton Modified, Perodua Modified, Best Toyota, Best Honda, Best Nissan, Best K-Car, Best 4×4 Open, JDM Open (No Conversion), Best Compact Car 1.3 Above, Best Classic Retro/Old School, Best MDM (No Conversion), Best Continental, Best Extreme Modified Open, Best Sedan Open, Best Subaru, Best Mitsubishi

Ads

Side Category & Penilaian Teknikal

Bagi kategori sampingan, peserta turut dinilai secara lebih terperinci termasuk aspek modifikasi:

Side Categories (Open):
Best 2 Door Car, Best Hatchback, Best Bodykit, Best Paint, Best Rim, Best Lady Owner, Best JDM Convert K-Car, Best Racing/Drag Concept, Best Custom Headlight/Taillight, Best Thai Concept, Best Engine Bay, Best Wrap/Livery, Best Interior, Best MPV Open, Best Sticker Concept, Best JDM Convert Sedan

Kategori Air Suspension & Fitment (Sedan & K-Car):
Airsus Fitment, Airsus Slammed, Best Airsus 2 Way, Best Airsus 4 Way, Best Airsus Chamber, Best Static Fitment, Best Static Slammed, Best Static Chamber

Ads

Borneo Street Autoshow 2026 Kembali, Himpunkan Komuniti Automotif & Hobi Di Miri

Car Club Gathering

Selain individu, acara ini turut memberi fokus kepada komuniti melalui Car Club Gathering yang dinilai berdasarkan persembahan, kepimpinan dan sokongan ahli. Lebih menarik, terdapat juga pertandingan karaoke antara kelab kereta, menjadikan acara ini lebih santai dan menghiburkan.

Pengunjung juga boleh menikmati pameran car audio & lighting, selain peluang berinteraksi dengan pelbagai jenama serta pemain industri automotif tempatan.

Ads

Borneo Street Autoshow 2026 Kembali, Himpunkan Komuniti Automotif & Hobi Di Miri

Acara Wajib Hadir Untuk Peminat Automotif

Dengan gabungan elemen autoshow, komuniti, hiburan dan budaya modifikasi, Borneo Street Autoshow 2026 dijangka menjadi salah satu antara acara automotif paling meriah di Sarawak tahun ini.

Sama ada anda peserta atau pengunjung, ini peluang terbaik untuk melihat sendiri kreativiti dan kepelbagaian dunia automotif tempatan.

Baca Juga : Cara Penjagaan Bateri Kereta Supaya Tahan Lebih Lama

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

Castrol Lancar POWER1 ULTIMATE Scooter 10W-40

Castrol Perkenal Minyak Enjin Baharu POWER1 ULTIMATE Scooter 10W-40 Castrol Malaysia terus mengukuhkan kehadirannya dalam arena perlumbaan tempatan apabila mengumumkan peluasan penajaan dalam Malaysian Cub...