Ads

Castrol Lancar POWER1 ULTIMATE Scooter 10W-40

Castrol Perkenal Minyak Enjin Baharu POWER1 ULTIMATE Scooter 10W-40

Castrol Malaysia terus mengukuhkan kehadirannya dalam arena perlumbaan tempatan apabila mengumumkan peluasan penajaan dalam Malaysian Cub Prix Championship, di samping memperkenalkan minyak enjin premium baharu, Castrol POWER1 ULTIMATE Scooter 10W-40.

Penajaan Diperluas 2 Kategori Utama Cub Prix

Menerusi kerjasama bersama Yuzy Racing, Castrol kini terlibat secara menyeluruh dalam dua kategori utama iaitu CP150 dan CP125, antara kelas paling kompetitif dalam perlumbaan kapcai tempatan.

Castrol Lancar POWER1 ULTIMATE Scooter 10W-40

Di litar, pasukan Yuzy Racing akan mempertaruhkan tiga jentera dalam kategori CP150 dan satu jentera dalam CP125. Langkah ini secara tidak langsung memperluaskan kehadiran Castrol merentasi pelbagai kapasiti enjin, selain memperkukuh sokongan terhadap pembangunan pelumba serta peningkatan standard prestasi teknikal.

Teknologi Perlumbaan POWER1 ULTIMATE Scooter Untuk Kegunaan Harian

Serentak dengan pengumuman tersebut, Castrol turut memperkenalkan POWER1 ULTIMATE Scooter 10W-40, minyak enjin fully synthetic yang dibangunkan khusus untuk skuter moden yang beroperasi dalam keadaan suhu tinggi dan geseran berterusan.

Formulasi ini direka untuk membantu pecutan lebih responsif sambil mengekalkan perlindungan enjin secara konsisten, terutamanya dalam situasi tunggangan harian seperti trafik ‘stop-start’ dan penggunaan berjam-jam di kawasan bandar.

Ads

Menurut Joshua Tan, peluasan penajaan ini bukan sekadar meningkatkan kehadiran jenama di litar, tetapi juga menjadi platform penting untuk menguji prestasi produk dalam keadaan sebenar.

“Cub Prix merupakan antara platform perlumbaan dua roda paling kompetitif di Malaysia. Dengan penglibatan dalam kedua-dua kategori CP150 dan CP125, kami dapat menguji prestasi dalam keadaan ekstrem, di samping menyokong pembangunan bakat baharu,” jelas beliau.

Tambahnya lagi, konsep prestasi konsisten ini turut diterjemahkan dalam pembangunan POWER1 ULTIMATE Scooter 10W-40 melalui teknologi 5-dalam-1 fully synthetic yang memberi operasi enjin lebih lancar serta perlindungan optimum terhadap haba dan kehausan.

Ads

Castrol Lancar POWER1 ULTIMATE Scooter 10W-40

Di Malaysia, skuter digunakan secara meluas bukan sahaja untuk kegunaan harian, malah untuk tujuan kerja seperti penghantaran makanan dan logistik.

Corak penggunaan ini menyebabkan enjin terdedah kepada tekanan haba dan mekanikal dalam tempoh yang panjang.

Ads

Justeru, Castrol POWER1 ULTIMATE Scooter 10W-40 dibangunkan dengan fokus terhadap ketahanan prestasi dalam keadaan sebenar, memastikan perlindungan enjin kekal konsisten sepanjang tempoh penggunaan.

POWER1 ULTIMATE Scooter 10W-40 Akan Berada di Pasaran Bermula Mei 2026

Minyak enjin ini kini sedang melalui proses kelulusan akhir dan dijangka memasuki pasaran Malaysia bermula Mei 2026, tertakluk kepada pensijilan SIRIM.

Produk ini telah pun memulakan pengeluaran di fasiliti Castrol di Port Klang, dan pensijilan SIRIM akan memastikan ia memenuhi piawaian kualiti serta prestasi yang ditetapkan sebelum ditawarkan kepada pengguna tempatan.

Baca Juga : Castrol Malaysia Terima Pengiktirafan Brand Trust Di Asia Automotive Award

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

Porsche Cayenne CKD 2026 Dibuka Untuk Tempahan

Porsche Cayenne 2026 Malaysia, SUV Prestasi Kini Lebih Versatil & Premium Porsche Malaysia, menerusi Sime Darby Auto Performance, kini membuka tempahan untuk Porsche Cayenne pemasangan...