BYD Sime Motors, pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia, baru-baru ini menganjurkan acara pandu uji yang mengujakan di Sepang Driving Centre. Acara ini bertujuan untuk mempamerkan prestasi luar biasa serta inovasi terkini BYD SEAL kepada wakil media dan peminat automotif.
BYD SEAL Mencipta Sejarah
BYD SEAL PREMIUM (Extended Range) mencipta sejarah apabila menjadi kenderaan elektrik (EV) pertama memenangi anugerah berprestij “Overall Car of the Year” di Malaysia Car of the Year Awards 2024.
Selain itu, model ini turut memenangi kategori Sedan Bawah RM200,000 dan xEV (RM150,000 hingga RM300,000). Tidak ketinggalan, BYD SEAL PERFORMANCE (AWD) turut merangkul anugerah dalam kategori Sedan (RM200,000 hingga RM500,000).
Kejayaan ini mengukuhkan kedudukan BYD sebagai jenama Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) No. 1, dengan BYD SEAL diiktiraf sebagai Sedan BEV terbaik di negara ini.
Aktiviti Penuh Adrenalin
Acara ini dimulakan dengan sesi sarapan pagi serta taklimat terperinci mengenai teknologi canggih dan ciri keselamatan BYD SEAL. Para peserta kemudian memulakan konvoi pemanduan santai dari Bamboo Hills, Kuala Lumpur ke Putrajaya. Dengan beberapa pemandu bertukar ganti sepanjang perjalanan. Selepas itu, acara diteruskan di Sepang dengan demonstrasi drifting dan latihan pemanduan gymkhana.
Gabungan Mobiliti Hijau dan Prestasi
BYD SEAL merupakan sedan fastback elektrik yang sporty, sesuai untuk pemandu harian mahupun peminat prestasi. Model ini menggabungkan mobiliti mesra alam dengan kejuruteraan yang memukau, memberikan pengalaman pemanduan yang tiada tandingan.
Reka bentuknya yang inovatif memastikan pemandu dapat menikmati keseronokan memandu sambil menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.
Sokongan Daripada Continental Tyres
Acara ini turut mendapat sokongan daripada Continental Tyres Malaysia yang menyediakan tayar EcoContact 6Q. Direka khusus untuk kenderaan elektrik, tayar ini menggunakan teknologi Green Chili 2.0. Ia menawarkan rintangan gelincir rendah, jarak perjalanan lebih jauh, serta prestasi unggul dalam keadaan basah dan kering.
EcoContact 6Q juga mencapai penarafan Kelas A untuk rintangan gelincir dan jarak brek dalam keadaan basah. Tayar ini membolehkan pemandu EV menikmati perjalanan yang lebih jauh dengan cas tunggal, bunyi yang rendah, dan prestasi yang lancar.
Dengan lebih satu dekad pengalaman dalam pembangunan tayar untuk EV, Continental berjaya memenuhi keperluan khusus EV seperti kapasiti beban yang tinggi, kebisingan rendah, dan ketahanan lebih baik.
BYD SEAL – Perubahan Dalam Pasaran EV
Acara ini menyerlahkan model ini sebagai pencetus perubahan dalam pasaran EV. Menggabungkan teknologi canggih dengan prestasi yang mendebarkan. Para peserta berpeluang merasai sendiri bagaimana kejuruteraan cemerlang jentera ini memenuhi keperluan pemandu yang mengutamakan prestasi dan kesedaran ekologi.
Untuk maklumat lanjut mengenai BYD SEAL dan pengalaman pemanduan yang luar biasa ini, sila kunjungi laman web atau hubungi pengedar rasmi BYD Sime Motors hari ini!
Dari BYD Cars Malaysia
Baca Juga Hypercar Elektrik BYD Yangwang U9 – Inovasi atau Gimik?
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.