Ads

Mercedes-Benz Cars Malaysia Umum Kevin Barbian Sebagai COO Baharu

Mercedes-Benz Malaysia Lantik Kevin Barbian Sebagai Ketua Pegawai Operasi Baharu

Mercedes-Benz Malaysia mengumumkan pelantikan Kevin Barbian sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO), Mercedes-Benz Cars Malaysia, berkuat kuasa mulai 1 September 2026.

Beliau menggantikan Nadia Trimmel, yang bakal meneruskan tugasan baharu sebagai Pengarah Jualan Mercedes-Benz Vans UK.

Pelantikan itu menyaksikan Kevin mengambil alih tanggungjawab menerajui operasi Mercedes-Benz Cars Malaysia ketika jenama berkenaan terus memperkukuh kedudukannya dalam pasaran automotif premium tempatan.

Nadia sebelum ini menyertai Mercedes-Benz South Africa pada 2014 sebagai Pengurus Jualan Nasional bagi Mercedes-Benz Vans sebelum dilantik sebagai Pengarah Urusan pada 2017.

Sepanjang tempoh tersebut, beliau memainkan peranan dalam memperluaskan portfolio produk, memperkenalkan pendekatan berorientasikan pelanggan serta melaksanakan beberapa inisiatif transformasi perniagaan bagi meningkatkan kedudukan dan prestasi jenama.

Kevin Barbian

Ads

Pada 2024, Nadia menyertai Mercedes-Benz Malaysia sebagai Naib Presiden Pemasaran dan Jualan. Antara fokus utamanya ialah memperkukuh kerjasama bersama rangkaian runcit serta pihak berkepentingan, selain mempercepatkan pelaksanaan transformasi Retail of the Future.

Beliau turut memainkan peranan dalam beberapa pelancaran produk Mercedes-Benz di Malaysia, termasuk CLA elektrik, sejajar dengan usaha transformasi jenama dan pengukuhan kedudukannya dalam pasaran automotif negara.

Mengulas mengenai perpindahannya ke tugasan baharu, Nadia berkata pengalaman sepanjang berada di Malaysia merupakan satu perjalanan yang amat bermakna.

“Tempoh saya di Malaysia merupakan satu pengalaman yang amat bermakna dan saya berbangga dengan apa yang telah kami capai bersama. Daripada pasukan dan rakan sekerja saya, kepada rakan niaga runcit, pelanggan serta pihak berkepentingan, semangat, komitmen dan ketabahan semua yang berada di sekeliling saya telah menjadikan perjalanan ini benar-benar bermakna.

Ads

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan ini dan mengalu-alukan Kevin. Di bawah kepimpinannya, saya yakin perniagaan ini akan terus membina momentum kukuh yang ada dan mencapai tahap lebih tinggi pada tahun-tahun akan datang,” katanya.

Mercedes-Benz Cars Malaysia Perkukuh Kepimpinan Dengan Pelantikan Kevin Barbian

Sementara itu, Kevin melihat Malaysia sebagai antara pasaran penting dan dinamik bagi Mercedes-Benz, dengan ruang yang luas untuk pertumbuhan serta inovasi pada masa hadapan.

Kevin Barbian

Ads

Malaysia merupakan pasaran yang penting dan dinamik bagi Mercedes-Benz, dengan potensi besar untuk terus berkembang dan berinovasi. Saya berharap dapat meneruskan momentum kukuh perniagaan ini serta bekerjasama dengan pasukan berbakat dan rangkaian runcit kami untuk terus meningkatkan perjalanan pelanggan.

“Fokus kami kekal kepada menawarkan produk yang menarik, pengalaman yang lancar serta nilai yang bermakna kepada pelanggan kami,” katanya.

Pelantikan Kevin Barbian dijangka meneruskan kesinambungan strategi Mercedes-Benz Cars Malaysia dalam memperkukuh pengalaman pelanggan, rangkaian runcit serta penawaran produk jenama itu dalam pasaran tempatan.

Baca Juga : Mercedes AMG GLC 43 4MATIC Coupe Nightfall Edition Kini Di Malaysia

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.  

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

Muhammad Akid Aziz Sertai VOGE AS25 Racing Team

Muhammad Akid Aziz Sertai VOGE AS25 Racing Team Untuk Tiga Pusingan Terakhir Cub Prix 2026 VOGE AS25 Racing Team memperkuatkan barisan pelumbanya dengan membawa masuk...