Bugatti memperkenalkan Brouillard, sebuah one-off hypercar yang dinamakan sempena kuda kesayangan Ettore Bugatti.
Nama ini merupakan simbol minat pengasas jenama mewah Perancis ini terhadap dunia ekuestrian.
Solitaire – Divisi Ultra-Eksklusif
Brouillard menjadi model pertama yang lahir dari divisi baharu Bugatti, iaitu Solitaire.
Berbeza dengan program Sur Mesure, Solitaire menawarkan tahap personalisasi lebih ekstrem, dengan pengeluaran hanya dua unit setahun.
Setiap kenderaan dibina berasaskan casis dan trenkuasa Bugatti sedia ada, tetapi diolah dengan sentuhan seni yang benar-benar unik.
1,578hp Dari Enjin W16 Quad-Turbo
Di balik rekaan dramatik ini, tersimpan enjin W16 8.0 liter quad-turbo yang menghasilkan 1,578hp.
Kuasa luar biasa ini disejukkan melalui sepasang salur udara besar pada bumbung kaca.
Ads
Struktur aluminium dan gentian karbon memastikan ketegaran optimum, manakala “tulang belakang” tengah yang menyerupai Bugatti Chiron memberikan identiti visual tersendiri.
Rekaan Ikonik Bugatti Brouillard Dengan Sentuhan Baharu
Brouillard mengekalkan DNA Bugatti seperti gril berbentuk tapal kuda dan elemen C-shape pada sisi badan yang diinspirasi daripada tandatangan Ettore Bugatti.
Lampu hadapan mirip model Mistral, diffuser belakang gentian karbon, serta ekzos berkembar bertingkat di bawah lampu belakang berbentuk V mendatar holografik melengkapkan rupa agresifnya.
Menurut Frank Heyl, Pengarah Rekaan Bugatti:
“Brouillard tidak menekankan garisan tajam, sebaliknya menampilkan permukaan reflektif yang menyerupai otot seekor kuda terlatih.”
Ads
Kabin Dengan Jiwa Ekuestrian
Tema kuda diterjemahkan ke dalam kabin dengan siluet Brouillard pada panel pintu dan tempat duduk.
Jahitan corak plaid turut digunakan pada stereng.
Gabungan carbon fiber berwarna hijau, fabrik tenunan khas dari Paris, serta tombol gear aluminium dengan ukiran kuda miniatur di dalam kaca menjadikan kabin ini bak galeri seni bergerak.
Ads
Harga Misteri Bugatti Brouillard
Harga rasmi tidak diumumkan, namun Bugatti memberi isyarat ia berada dalam julat tujuh digit ke atas.
Hakikatnya, sebagai sebuah one-off rolling sculpture, nilainya lebih kepada eksklusiviti dan status, bukan sekadar angka.
Debut Bugatti Brouillard Di Monterey Car Week
Bugatti Brouillard akan membuat debut umum di Monterey Car Week, California, minggu hadapan.
Frank Heyl sendiri akan hadir untuk menjelaskan falsafah di sebalik karya one-off ini.
Haoji Railway, atau Menghua Railway, merupakan jambatan kereta api berat terpanjang di dunia, merentasi 1,813 kilometer dari utara hingga selatan China.
Laluan ini dibina untuk memudahkan pengangkutan arang batu, menghubungkan Inner Mongolia dengan wilayah Jiangxi yang pesat membangun.
Sejak dilancarkan pada 2019, Haoji Railway menjadi tulang belakang pengangkutan tenaga di China, mengurangkan kebergantungan pada laluan laut.
Kredit Foto : Website highestbridges
Kecekapan Tinggi dalam Pengangkutan Arang Batu
Sebelum kewujudan Haoji Railway, China bergantung kepada laluan laut yang lebih lambat dan mahal untuk mengangkut arang batu ke selatan. Kini, laluan ini mampu mengangkut sehingga 200 juta tan arang batu setiap tahun, memastikan penghantaran lebih cepat dan efisien. Kecekapan ini amat penting untuk memenuhi permintaan tenaga di wilayah-wilayah industri di selatan.
Kredit Foto : Website highestbridges
Reka Bentuk Kejuruteraan yang Maju
Melintasi pelbagai zon geografi dan iklim, Haoji Railway dibina dengan kejuruteraan canggih. Laluan ini mampu beroperasi pada kelajuan 120 kilometer sejam, menjadikan ia salah satu sistem pengangkutan muatan berat terpantas di dunia. Kecekapan ini tidak hanya memendekkan masa penghantaran, tetapi juga meningkatkan produktiviti logistik negara.
Kejayaan Haoji Railway memberikan inspirasi kepada industri automotif dan logistik tentang bagaimana automasi dan logistik pintar boleh mengubah pengangkutan berat. Laluan ini turut menyumbang kepada pengurangan pelepasan karbon, dengan mengurangkan bilangan trak yang digunakan di jalan raya untuk penghantaran arang batu.
Kredit Foto : Website highestbridges
Simbol Kemajuan Infrastruktur China
Haoji Railway kini menjadi lambang kemajuan infrastruktur pengangkutan China. Laluan ini bukan sahaja memegang rekod sebagai jambatan kereta api berat terpanjang di dunia, tetapi juga membuktikan kepentingan pembangunan rangkaian logistik yang cekap dalam memastikan kestabilan bekalan tenaga.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Berita baik buat mereka yang sedang mempertimbangkan untuk beralih kepada kenderaan elektrik. Sepanjang bulan Oktober 2024, Great Wall Motor (GWM) Malaysia menawarkan kempen promosi eksklusif untuk pembelian model GWM Ora Good Cat.
Promosi ini dirancang bagi memberi pengalaman pemilikan kenderaan elektrik (EV) yang lebih menyeronokkan dan praktikal.
Antara tawaran menarik dalam pakej promosi ini termasuk:
Pengecas dinding percuma – Anda boleh mengecas kenderaan dengan mudah di rumah.
Servis pemasangan percuma – Memastikan kemudahan pengecas dinding dipasang tanpa kerumitan.
Servis percuma selama lima tahun – Merangkumi alat ganti dan kos buruh, memberi ketenangan minda tanpa memikirkan penyelenggaraan.
Insurans kenderaan percuma tahun pertama – Melindungi pelaburan anda dan mengurangkan kos keseluruhan pemilikan.
Pengarah Urusan GWM Malaysia, Cui Anqi, menyatakan, “Kami memperkenalkan kempen ini untuk memberi galakan kepada mereka yang berminat beralih ke kenderaan elektrik. Tawaran istimewa ini bukan hanya menjadikan peralihan kepada EV lebih menarik, malah juga praktikal. Kami komited terhadap kelestarian, dan bukan sekadar menghasilkan kenderaan elektrik, tetapi juga mempertingkatkan pengalaman keseluruhan pemilikannya.”
Pilihan Varian Menarik
GWM Ora Good Cat ditawarkan dalam dua varian di Malaysia:
400 Pro dengan harga RM 113,800.
500 Ultra berharga RM 143,800.
Kedua-dua varian ini menggunakan motor segerak magnet kekal dengan kuasa 143 kuasa kuda dan tork 210 N.m. .Bateri 47.788 kWh pada varian 400 Pro membolehkan jarak pemanduan sehingga 400 km mengikut kitaran NEDC. Manakala bateri 63.139 kWh pada varian 500 Ultra mampu mencapai jarak lebih jauh. Iaitu 500 km dengan satu cas penuh.
Reka Bentuk dan Ciri Hebat
Ora Good Cat bukan sekadar kenderaan elektrik, ia juga tampil bergaya dengan reka bentuk retrofuturisme. Peminat automotif pasti akan teruja dengan enam pilihan warna luaran yang elegan.
Kerusi pemandu yang boleh dilaras bersama fungsi urutan memberikan keselesaan sepanjang pemanduan.
Tambahan pula, dengan struktur badan berangka keluli berkekuatan ultra tinggi serta sistem ADAS L2, pemanduan anda dijamin selamat dan selesa.
Jika anda berminat untuk merasai sendiri pengalaman memandu GWM Ora Good Cat, anda boleh menempah sesi pandu uji melalui laman web GWM Malaysia.
Jangan lepaskan peluang ini kerana promosi adalah terhad. Tepati masa, rasai pemanduan yang penuh gaya dan mesra alam!
Suzuki Malaysia merancakkan lagi Malaysia Autoshow 2024 dengan mengumumkan kempen hebat Cabutan Bertuah Tiket Emas Extravaganza Suzuki. Ini adalah satu peluang luar biasa untuk pelanggan memenangi hadiah menarik bernilai RM300,000.
Peraduan ini terbuka kepada semua pelanggan yang membeli Suzuki GSX-8S, GSX-S150, atau Raider R150Fi antara 21 Mei hingga 31 Ogos 2024.
Untuk setiap pembelian yang layak, pelanggan akan menerima slot cabutan bertuah, sekaligus memberikan mereka peluang untuk memenangi hadiah luar biasa yang ditawarkan. Hadiah Utama ialah sebuah Suzuki GSX-S1000GX terbaru, sebuah motor supersport kembara yang diiktiraf prestasi dan kemampuannya.
Tawaran Hadiah Lain…
Selain itu, lima pemenang bertuah akan menikmati perjalanan eksklusif 4H3M ke Suzuki Plaza di Hamamatsu, Jepun. Sepuluh pemenang berikutnya juga akan menerima hadiah berupa basikal jalan raya Bottecchia 8-Avio dari Itali buat setiap pemenang. Selain itu, pelbagai hadiah sagu hati turut ditawarkan.
Kesemua proses cabutan bertuah dan hadiah berikut akan diberikan kepada pemenang di perhimpunan tahunan Suzuki Familia. Acara dikatakan akan berlangsung di Suzuki Monsoon Getaway 2024 kelak.
Lebih menarik lagi, ahli Suzuki Familia yang menghadiri acara tersebut juga akan turut dapat merebut peluang tambahan untuk memenangi sebuah lagi model motosikal Suzuki. Ia sebahagai ‘pembakar semangat’ kepada mereka yang hadir di acara tahunan tersebut.
GSX S 1000 GX – Warna Hitam
Peluang hebat ini adalah sebahagian daripada usaha Suzuki untuk menzahirkan penghargaan terhadap sokongan serta semangat berterusan oleh peminat motosikal Suzuki selama ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai terma dan syarat peraduan. Sila layari laman web utama Suzuki di [www.suzuki.com.my](http://www.suzuki.com.my). wakil pengedar Suzuki di seluruh negara, atau saluran rasmi Suzuki Malaysia di media sosial.
Hyundai Motor Malaysia hari ini mengumumkan pembukaan tempahan bagi Hyundai STARIA versi pemasangan tempatan (Completely Knocked Down – CKD) yang kini diproduksi di Kilang...