Ads

Lambretta Rasmi Buka Bilik Pameran Baharu di Kota Bharu

Peminat Skuter di Kelantan Kini Lebih Dekat Dengan Lambretta

Jenama skuter ikonik dari Itali, Lambretta terus memperluaskan rangkaian pengedarannya di Malaysia menerusi pembukaan rasmi bilik pameran baharu di Kota Bharu, Kelantan pada 7 November 2026.

Pembukaan Lambretta Kota Bharu yang dijalankan dengan kerjasama TKC Motor Shop itu merupakan sebahagian daripada usaha jenama berkenaan untuk mengukuhkan kedudukannya di Pantai Timur, selain mendekatkan produk dan perkhidmatan selepas jualan kepada pelanggan tempatan.

Terletak di Jalan Sultan Ibrahim, Kota Bharu, bilik pameran baharu itu menyediakan ruang khusus untuk pelanggan melihat rangkaian skuter Lambretta dengan lebih dekat, mendapatkan khidmat nasihat pembelian serta bantuan selepas jualan.

Lambretta Rasmi Buka Bilik Pameran Baharu di Kota Bharu

Perluas Rangkaian Pengedar dan Pusat Servis

Lambretta yang mempunyai sejarah sejak 1947 di Milan, Itali, sememangnya dikenali menerusi rekaan klasik dan identiti tersendiri dalam dunia skuter.

Seiring perkembangan industri motosikal, jenama itu terus mengekalkan elemen reka bentuk warisannya sambil menggabungkan teknologi moden bagi memenuhi keperluan penunggang masa kini.

Selain pembukaan bilik pameran baharu, Lambretta Malaysia turut memberi tumpuan kepada usaha memperluaskan rangkaian pusat servis di seluruh negara.

Langkah itu bertujuan memudahkan pemilik mendapatkan perkhidmatan penyelenggaraan dan sokongan selepas jualan, sekali gus meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap jenama berkenaan.

Lambretta Rasmi Buka Bilik Pameran Baharu di Kota Bharu

Ads

Komuniti Lambretta Pantai Timur Terus Diperkukuh

Pembukaan cawangan di Kota Bharu bukan sekadar bertujuan meningkatkan jualan, malah menjadi platform untuk mengeratkan hubungan dengan komuniti pemilik Lambretta yang sudah aktif di Pantai Timur.

Komuniti berkenaan memainkan peranan penting dalam mengembangkan budaya skuter menerusi pelbagai aktiviti termasuk konvoi, perjumpaan dan program bersama pemilik.

Dengan kehadiran bilik pameran baharu itu, Lambretta Malaysia berharap dapat menyokong lebih banyak aktiviti komuniti tempatan, di samping menarik penyertaan pemilik dan peminat baharu.

Majlis pembukaan tersebut turut berlangsung bersama Thunder Custom Kota Bharu, sekali gus memberi peluang kepada peminat motosikal untuk mengenali pelbagai jenama dan gaya tunggangan di bawah satu bumbung.

Lambretta Rasmi Buka Bilik Pameran Baharu di Kota Bharu

Ads

Lambretta Yakin Potensi Pasaran Kelantan

Pengarah Urusan Bike Continent Sdn. Bhd., Ronnie Chen berkata, pembukaan bilik pameran tersebut mencerminkan keyakinan syarikat terhadap potensi pasaran motosikal di Kelantan.

Menurutnya, negeri itu mempunyai komuniti motosikal yang aktif dan berpotensi untuk menyumbang kepada perkembangan jenama Lambretta.

“Kami amat gembira dapat membawa Lambretta ke Kota Bharu. Kelantan mempunyai komuniti motosikal yang kukuh dan kami percaya terdapat potensi besar untuk mengembangkan jenama ini di sini.

“Bagi kami, membuka bilik pameran bukan sekadar menjual skuter. Kami mahu pelanggan merasakan mereka sebahagian daripada keluarga Lambretta, menikmati pengalaman menunggang dan mengetahui bahawa mereka mempunyai pasukan yang boleh diharapkan apabila memerlukan bantuan.

“Kami juga berterima kasih kerana mempunyai TKC Motor Shop sebagai rakan kongsi. Mereka memahami pelanggan dan komuniti tempatan, dan kami berharap kerjasama ini menjadi permulaan kepada hubungan yang panjang serta berjaya,” katanya.

Ads

Kota Bharu

Komitmen Jangka Panjang di Malaysia

Pembukaan Lambretta Kota Bharu merupakan satu lagi langkah dalam strategi pengembangan jenama itu di Malaysia, khususnya bagi meningkatkan capaian pelanggan di luar kawasan bandar utama.

Melalui kerjasama dengan pengedar tempatan serta peluasan rangkaian pusat servis, Lambretta Malaysia menyasarkan pengalaman pemilikan yang lebih baik, merangkumi aspek jualan, penyelenggaraan dan sokongan komuniti.

Untuk rekod, Lambretta diedarkan secara rasmi di Malaysia oleh Bike Continent Sdn. Bhd.

Baca Juga : Lambretta J200 Buat Kemunculan Pertama di Malaysia

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

YouTube video player

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Menarik di Roda Panas

Mampu Cecah 500 KM/J! Kenali 5 Kereta Terpantas Dunia 2026

5 Kereta Terpantas Dunia 2026, Jenama China Kini Takhta No. 1! Persaingan menghasilkan kereta terpantas di dunia semakin sengit apabila kemajuan teknologi automotif membolehkan pengeluar...