Suatu keputusan yang mematahkan hati peminat kereta, produksi pony car Chevrolet Camaro akhirnya tiba ke penghujungnya selepas berjaya menapak selama dua generasi sejak dilancarkan semula. Di kilang Lansing, Michigan, pada 14 Disember yang lalu, unit terakhir Camaro menghiasi barisan pengeluaran sebelum meluncur ke pasaran.
Unit terakhir yang keluar merupakan model ZL1 1LE yang dilengkapi dengan kotak gear manual. Namun, kehadiran model pengganti bagi Camaro masih tidak disahkan oleh pihak Chevrolet. Mereka dalam satu pengumuman pada bulan Mac sebelum ini menyatakan “ini bukanlah penamat bagi kisah Camaro.”
Sejarah Camaro bermula pada tahun 1967 sebagai saingan utama kepada Ford Mustang. Selepas berjaya melalui empat generasi, pengeluaran Camaro dihentikan pada tahun 2002. Keputusan untuk menghentikan generasi keempat dipengaruhi oleh jualan yang perlahan serta pasaran coupe sukan yang semakin berkurangan.
Ads
Pada tahun 2009, namanya dihidupkan semula dengan rekaan dan platform baru. Kejayaannya menjadikan Camaro sebagai kereta sukan Amerika paling diminati untuk beberapa tahun. Walau bagaimanapun, kejayaan yang sama tidak dapat dicapai oleh generasi keenam yang diperkenalkan pada tahun 2016.
Kredit Foto: Careta.my
Menurut rekod hingga suku ketiga tahun 2023, Chevrolet hanya berjaya menjual 24,688 unit Camaro. Angka ini jauh lebih rendah berbanding jualan tahun pertama (2016) yang mencatatkan 72,705 unit terjual.
Ads
Maka timbul persoalan, apakah akan berlakunya kesinambungan bagi namanya di dunia kenderaan elektrik yang semakin mendominasi? Adakah Camaro akan terus kekal sebagai pony car dalam era kenderaan elektrik (EV)? Atau malah, akan dilahirkan semula sebagai sebuah crossover elektrik yang menggegarkan prestasi?
Kini, para peminat setia Camaro menantikan jawapan terhadap nasib dan transformasi model ini di dalam landskap kenderaan elektrik yang semakin mencabar. Sementara itu, sisa-sisa nostalgia dan kekuatan warisan Camaro tetap menjadi sumber inspirasi bagi jenama Chevrolet untuk melangkah ke hadapan.
Ads
1 of 16
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Buat masa sekarang, Toyota dilihat sedang giat berusaha untuk menambah baik barisan GR mereka yang sedia ada. Ini termasuklah Toyota GR Yaris yang dikatakan di antara model paling hangat di pasaran tempatan bagi segmen ‘hot hatch’ JDM (Japanese Domestic Market).
Jika dilihat secara kasar, Toyota bolehlah dikatakan sedang menggunakan segala pengalaman dan pengetahuan mereka dalam sukan permotoran bagi menjadikan barisan GR sentiasa dikemaskini dan memenangi hati pelbagai pihak terutama pemandunya.
Berdasarkan laporan terkini daripada laman automotif Japan Best Car Web, GR Yaris bakal berada di pasaran sekitar pertengahan tahun hadapan.
Kredit Foto: Toyota
Kebiasaannya, pengeluar kereta yang mengemaskini model sedia ada, mereka akan lebih menitikberatkan soal rupa dan aksesori. Namun, Toyota turut membawakan perubahan dari sudut prestasi.
GR Yaris bakal mendapat peningkatan kuasa serta pilihan transmisi automatik buat kali pertama. Lebih yakin untuk bergerak di sekitar Lembah Klang lepas ini dengan transmisi automatik lapan nisbah kelajuan.
Toyota mempertingkatkan angka output bagi GR Yaris supaya ia dapat menyaingi kuasa GR Corolla yang menghasilkan sekitar 300 HP.
Kredit Foto: Toyota
Perubahan kosmetik akan dihadkan kepada bahagian bampar, diikuti dengan pemasangan spoiler belakang yang besar. Menambahkan lagi daya mendapan supaya kereta lebih ‘melekat’ di jalan dan mudah untuk dikendalikan.
Ruang dalaman GR Yaris ditambah baik dengan menggunakan skrin kluster digital bagi menggantikan meter analog sedia ada, sama seperti apa yang ditawarkan pada GR Corolla. GR Yaris ditawarkan untuk pasaran Malaysia bermula dari RM 299,000.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Situasi terkini yang melibatkan Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) selepas pengumuman oleh Toyota Motor Corporation (TMC) berkaitan kesalahan prosedur dalam ujian keselamatan yang dilakukan oleh anak syarikat Toyota, Daihatsu Motor Co Ltd (DMC). Tindakan segera diambil untuk menjamin ketelusan dan kualiti dalam pengurusan yang dijalankan oleh UMWT.
Ketua Pengarah UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K. dengan tegas menyatakan komitmen syarikat untuk menjaga piawaian dan kualiti terbaik dalam setiap kenderaan yang dikeluarkan. Beliau menegaskan bahawa UMWT sedang mengambil langkah proaktif untuk memastikan semua kenderaan yang dijual di Malaysia mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkenaan.
Dalam usaha menangani isu ini, UMWT telah bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa kawal selia. Tindakan yang diambil merupakan inisiatif segera dan telus bagi memastikan kenderaan yang dipasarkan di Malaysia adalah berkualiti tinggi dan selamat untuk digunakan.
Ketegasan dalam menjaga kepercayaan pelanggan menjadi fokus utama UMWT. Datuk Ravindran K. menekankan bahawa kepuasan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan mereka. “Kami memahami betapa pentingnya kepercayaan pelanggan, dan dengan tekad kami, kami berazam untuk memperkukuhkan keyakinan mereka terhadap produk-produk yang kami sediakan.”
Komitmen UMWT untuk ketelusan dan keselamatan adalah sesuatu yang tidak perlu diragui. Langkah-langkah yang diambil bertujuan untuk memastikan setiap kenderaan yang dikeluarkan adalah selamat dan mematuhi standard piawaian yang ditetapkan oleh industri serta pihak berkuasa yang berkaitan.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Menukar enjin kenderaan mungkin tampak seperti tugas yang mencabar, tetapi dengan panduan yang betul. Ia boleh menjadi satu proses yang lancar. Artikel ini akan membantu anda memahami langkah-langkah penting dan peraturan yang perlu dipatuhi sebelum anda membuat keputusan untuk menukar enjin kenderaan anda.
Kategori Penukaran Enjin yang Memerlukan Kelulusan
Sebelum anda memulakan proses penukaran enjin, adalah penting untuk mengetahui bahawa terdapat beberapa kategori penukaran enjin yang memerlukan kelulusan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Antaranya ialah:
Merc C240 Engine Swap – K20 – Road & Track
Peningkatan Kapasiti Enjin Melebihi 30% dari Enjin Asal: Jika anda merancang untuk menukar enjin dengan kapasiti yang lebih besar, pastikan peningkatan tersebut tidak melebihi 30% daripada kapasiti enjin asal.
Penukaran Enjin kepada Bahan Bakar Berbeza: Penukaran ini memerlukan kelulusan khas kerana ia melibatkan perubahan besar dalam sistem kenderaan.
Penukaran Enjin bagi Kenderaan Perdagangan dan Perkhidmatan Awam: Kategori ini memerlukan perhatian khusus memandangkan kenderaan-kenderaan ini digunakan secara komersial.
Penukaran Enjin kepada Buatan Berbeza: Jika enjin yang dipasang bukan daripada pengeluar asal kenderaan, anda perlu mendapatkan kelulusan.
Penukaran Enjin Motosikal: Untuk motosikal, penukaran enjin hanya dibenarkan jika buatan dan kapasiti adalah sama dengan enjin asal.
AWD Supra Twin-Turbo 1GZ V12 – Engine Swap Depot
Syarat-Syarat Penukaran Enjin
Selain daripada kategori di atas, terdapat beberapa syarat penting yang perlu dipatuhi:
Penukaran enjin untuk kategori peningkatan kapasiti hanya dibenarkan bagi kenderaan jenis motokar.
Penukaran enjin motosikal hanya dibenarkan jika enjin baru mempunyai buatan dan kapasiti yang sama dengan enjin asal.
Dokumen Kastam K1 diperlukan jika enjin yang dibeli adalah enjin import.
Struktur casis kenderaan mesti berada dalam keadaan baik dan tidak boleh ada pengubahsuaian pada bahagian penting seperti ‘front cross member’ atau ‘engine mounting’.
Tahap kecekapan brek perlu dipertingkatkan jika kapasiti enjin yang baru melebihi 30% daripada enjin asal.
Motorcycle V12 Engine – Internet
Dokumen Permohonan
Untuk memastikan proses penukaran enjin berjalan lancar, pastikan anda menyediakan dokumen-dokumen berikut:
Borang Permohonan Tukar Enjin (JPJTE): Borang ini boleh didapati dan dihantar melalui portal JPJ atau kaunter Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ Negeri.
Kad Perakuan Pendaftaran (JPJK2) atau Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC).
Laporan Kastam K1 yang mencatat nombor enjin baru.
Surat pengesahan jual beli enjin (jika enjin diperolehi dari kenderaan lain).
Surat Amanah Raya atau Perintah Mahkamah (jika berkaitan).
Dengan memahami dan mematuhi panduan serta peraturan yang ditetapkan oleh JPJ, anda bukan sahaja memastikan kenderaan anda mematuhi undang-undang, tetapi juga menjamin keselamatan di jalan raya. Menukar enjin adalah satu pelaburan besar, jadi pastikan anda melakukannya dengan cara yang betul dan sah.
BMW Motorrad Malaysia telah memperkenalkan senjata kembara terbaharu mereka, BMW R 1300 GS Adventure Serba Baharu. Kalau anda peminat tegar motosikal kembara, ini adalah...