Ads

Bentley Torcal Debut Global, EV Pertama Bentley!

BENTLEY NEWSROOM

Bentley Torcal Debut Global, EV Pertama Bentley Tawar Sehingga 888 PS dan 1,350 Nm

Bentley membuka lembaran baharu dalam sejarahnya menerusi pengenalan Bentley Torcal, model elektrik sepenuhnya pertama jenama mewah Britain itu. Diperkenalkan secara global di London, Torcal turut menjadi barisan model keempat Bentley dan akan ditawarkan dalam dua versi iaitu Torcal serta Torcal S.

Direka, dibangunkan dan dihasilkan di Crewe, England, Torcal bukan hanya sekadar sebuah model elektrik baharu, malah menjadi gambaran kepada hala tuju reka bentuk serta teknologi Bentley pada masa hadapan.

Bentley
BENTLEY NEWSROOM

SUV dengan Identiti Baharu Bentley

Diketuai Pengarah Rekaan Bentley, Robin Page, Torcal tampil sebagai sebuah SUV dengan profil yang rendah dan kemas. Rekaannya mengekalkan identiti tradisional Bentley melalui jarak roda panjang, overhang pendek serta bahagian hadapan yang tegap.

Pada masa sama, beberapa elemen baharu diperkenalkan termasuk illuminated diamond grille, manakala inspirasi daripada model terdahulu seperti Continental T diterjemahkan semula menerusi teknologi pencahayaan moden.

Bentley turut mengurangkan penggunaan garisan badan yang berlebihan supaya bentuk dan permukaan Torcal sendiri memainkan peranan lebih besar dalam membentuk karakter sebuah kenderaan.

Di bahagian kabin, susun atur papan pemuka masih mengambil inspirasi daripada bentuk sayap Bentley. Menariknya, walaupun Torcal membawa tahap digitalisasi yang tinggi, Bentley masih mengekalkan physical controls pada konsol tengah dan stereng untuk beberapa fungsi utama.

Torcal Jana 888 PS dan 1,350 Nm

Torcal menggunakan dua motor elektrik jenis permanent magnet synchronous motor, masing-masing dipasang pada gandar hadapan dan belakang.

Versi standard menghasilkan 821 PS dan 1,194 Nm, membolehkannya memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 3.4 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 250 km/j.

Torcal S pula meningkatkan output kepada 888 PS dan 1,350 Nm ketika Launch Control diaktifkan. Pecutan 0 hingga 100 km/j hanya mengambil masa 2.9 saat, manakala kelajuan maksimum ialah 260 km/j.

Angka tork 1,350 Nm itu turut menjadikan Torcal sebagai Bentley dengan tork tertinggi pernah dihasilkan setakat ini.

Ads

Bateri 113 kWh, Jarak Sehingga 600 KM

Sistem elektrik Torcal menggunakan seni bina 800V bersama bateri lithium-ion berkapasiti bersih 113 kWh.

Bentley mendakwa Torcal mampu menawarkan jarak perjalanan sehingga 600 km mengikut kitaran WLTP. Sistem pengecasan DC sehingga 400 kW pula membolehkan bateri dicas daripada 10 hingga 80 peratus dalam tempoh kurang 20 minit.

Dalam keadaan pengecasan optimum, sekitar 161 km jarak perjalanan boleh ditambah dalam hanya tujuh minit. Bateri berkenaan turut diberikan jaminan sehingga 10 tahun atau 100,000 batu, bersamaan kira-kira 161,000 km.

Bentley
BENTLEY NEWSROOM

Suspensi Aktif Sepenuhnya Pertama Bentley

Antara teknologi penting pada Torcal ialah penggunaan fully active suspension buat pertama kali pada sebuah Bentley. Sistem ini dipadankan dengan adaptive two-valve dampers yang boleh melaras setiap penyerap hentak secara bebas berdasarkan permukaan jalan dan input pemandu.

Reka bentuk berkenaan turut membolehkan Bentley menghapuskan keperluan penggunaan anti-roll bar konvensional. Selain itu, All Wheel Steering diberikan sebagai kelengkapan standard dengan roda belakang boleh membelok sehingga lima darjah.

Walaupun panjang keseluruhan Torcal mencecah sekitar lima meter, diameter pusingannya hanya 11.1 meter.

Ads

Sistem brek standard menggunakan cakera besi bersaiz 420 mm di hadapan dan 370 mm di belakang. Pembeli juga boleh memilih sistem brek Carbon Silicon Carbide ceramic dengan cakera hadapan 440 mm dan belakang 410 mm.

Baca Juga: Red Bull KTM Raih Podium MX2 di GP Turkiye!

Bentley
BENTLEY NEWSROOM

Kabin Mewah Dengan Teknologi Baharu

Tempat duduk standard Torcal hadir dengan pelarasan 16 hala, fungsi pemanas, ventilasi, adjustable bolsters serta fungsi urutan. Bentley turut menawarkan sistem Postural Adjust dan Smart Seat Climate, manakala Wellness Seat Specification memperluaskan fungsi urutan sehingga ke bahagian paha dan kaki.

Dari segi teknologi, Torcal menggunakan paparan curved OLED, facial recognition untuk mengenal pasti pemandu serta memuatkan tetapan peribadi, selain Mobile Device Key yang membolehkan telefon pintar digunakan sebagai kunci kenderaan.

Ia turut dilengkapi augmented reality head-up display yang boleh memaparkan navigasi serta maklumat sistem bantuan pemanduan terus dalam ruang pandangan pemandu.

Sebanyak 25 radar, sensor dan kamera digunakan untuk menyokong sistem ADAS serta fungsi parkir. Torcal juga boleh melakukan reverse secara automatik ke lokasi yang telah dilaluinya apabila berdepan halangan di laluan sempit.

Ads
Bentley
BENTLEY NEWSROOM

Bunyi EV Yang Dihasilkan Dengan Instrumen Sebenar

Satu lagi pendekatan unik Bentley ialah sistem bunyi Dynamic Symphony. Daripada menghasilkan bunyi enjin tiruan sepenuhnya secara digital, Bentley menggunakan rakaman instrumen sebenar termasuk drum, viola dan bass guitar untuk menghasilkan karakter bunyi yang diinspirasikan daripada ritma enjin Bentley V8 6¾ liter.

Tahap bunyi berubah mengikut kelajuan dan input throttle, menjadi lebih kuat dalam Sport Mode dan boleh dimatikan sepenuhnya sekiranya pemandu mahukan perjalanan lebih senyap.

Malah, bunyi signal membelok dihasilkan daripada rakaman tukul mengetuk permukaan kulit di bengkel upholsteri Bentley, sementara bunyi untuk touchscreen dan digital assistant berasal daripada bunyi gelas kristal.

Bentley
BENTLEY NEWSROOM

Material Baharu Termasuk 100 Peratus Merino Wool

Bentley turut menggunakan Torcal untuk memperkenalkan beberapa material kabin baharu. Antaranya ialah fabrik automotif daripada 100 peratus Merino wool yang dibangunkan bersama Fox Brothers dan diperakui mengikut Responsible Wool Standard.

Mulliner pula menawarkan kemasan Ombré Walnut yang menggunakan sehingga 1,000 lapisan potongan walnut serta kertas kitar semula, selain Sunburst Aluminium yang mengambil inspirasi daripada dashboard aluminium Bentley klasik.

Torcal turut menyediakan ruang but belakang 460 liter serta ruang simpanan hadapan tambahan sebanyak 90 liter. Dengan Torcal, Bentley bukan sekadar menambah sebuah EV ke dalam rangkaian sedia ada. Model ini memperkenalkan kombinasi baharu antara prestasi elektrik, teknologi cas pantas dan keselesaan grand tourer yang menjadi identiti jenama itu selama lebih satu abad.

Buat masa ini, kenyataan rasmi Bentley tersebut tidak menyatakan harga mahupun perancangan pemasaran Torcal untuk Malaysia.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok. 

YouTube video player

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Menarik di Roda Panas

Tiga Model Harley-Davidson Jalani Penilaian PDRM Menerusi Program “Proof of Concept”...

Harley-Davidson Serah Tiga Motosikal Kepada PDRM Untuk Penilaian Operasi Harley-Davidson Malaysia menerusi Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam...