Ayrburn Classic Himpunkan 500 Jentera Istimewa Di New Zealand
Ayrburn Classic kini mula mencuri perhatian sebagai antara acara automotif klasik yang semakin mendapat tempat di peringkat antarabangsa.
Berlangsung di Ayrburn, Arrowtown berhampiran Queenstown, New Zealand, acara ini menghimpunkan ratusan kenderaan klasik, jentera prestasi dan kereta koleksi dalam suasana yang cukup berbeza daripada pameran automotif biasa.
Memasuki tahun kedua penganjurannya, Ayrburn Classic merekodkan kehadiran lebih 9,000 pengunjung, iaitu peningkatan empat kali ganda dalam tempoh dua tahun.
Acara itu juga pernah disenaraikan sebagai finalis kategori Breakthrough Event of the Year dalam International Historic Motoring Awards di London.

Sekitar 500 Kenderaan Dipamerkan
Edisi tahun ini menampilkan sekitar 500 kenderaan istimewa daripada pelbagai kategori.
Antaranya termasuk kereta klasik Eropah, American muscle, jentera perlumbaan bersejarah serta kenderaan vintaj yang menggunakan enjin pesawat.
Program bermula dengan Tour d’Elegance, iaitu pemanduan amal merentasi Wakatipu Basin sebelum diteruskan dengan majlis pembukaan.
Pada hari berikutnya, pengunjung berpeluang menyaksikan demonstrasi, pelancaran projek restorasi serta beberapa kenderaan yang sebelum ini belum pernah dipertontonkan kepada umum.
Turut diadakan ialah Crackle Off yang memberi peluang kepada pengunjung mendengar karakter bunyi enjin dan sistem ekzos daripada jentera yang dipamerkan. Sekitar 40 buah kereta turut ditawarkan menerusi Ayrburn Classic Live Auction.
Ferrari Monza 750 Dinobatkan Best in Show
Kemuncak acara menyaksikan Ferrari Monza 750 keluaran 1957 milik John dan Amber Bellamore dinobatkan sebagai Best in Show 2026. Model tersebut menjadi antara jentera paling menonjol sepanjang acara yang berlangsung selama tiga hari.
Selain pertandingan utama, acara turut menampilkan Fashions on the Field serta sesi khas yang menyaksikan enam pemilik wanita berkongsi pengalaman dan minat mereka terhadap dunia automotif.

Baca Juga: Red Bull KTM Raih Podium MX2 di GP Turkiye!

Porsche Tampil Dengan Koleksi Istimewa
Porsche menjadi antara jenama yang mempunyai kehadiran paling kuat pada Ayrburn Classic tahun ini. Antara model yang dipamerkan ialah Porsche 911 GT2 Clubsport generasi 996, 911 GT3 RS, 356 A Outlaw, Carrera GT dan 918 Spyder.
Menurut Chief Car Curator Ayrburn Classic, Jonathan Paape, Porsche mempunyai keupayaan tersendiri untuk menarik peminat daripada pelbagai generasi.
“Few marques bridge generations so effortlessly as Porsche,” katanya.
Carrera GT pula menjadi antara model yang paling mendapat perhatian pengunjung sepanjang acara.
“The Carrera GT stirred childlike wonder in so many people and this year’s Porsche contingent commanded a powerful presence,” tambah beliau.
Hubungan Paape dengan Porsche juga cukup dekat apabila bapanya pernah memiliki Porsche ke 10 yang tiba di New Zealand, manakala isterinya memandu unit ke 8 Porsche 356 yang sampai ke negara tersebut.

Acara Automotif Yang Semakin Dikenali
Selain koleksi kereta, lokasi Ayrburn sendiri menjadi antara daya tarikan utama acara ini.
Kawasan tersebut terkenal dengan restoran, bar, taman dan pemandangan pergunungan yang memberikan latar menarik kepada ratusan jentera yang dipamerkan.
Gabungan koleksi kereta bersejarah, suasana eksklusif dan sambutan pengunjung yang semakin meningkat menjadikan Ayrburn Classic sebagai antara acara automotif yang wajar diberi perhatian di rantau ini.
Bagi peminat kereta klasik dan collector car, acara ini semakin membina reputasinya sebagai salah satu destinasi automotif menarik di hemisfera selatan.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!



