Audi sekali lagi telah membuktikan dirinya sebagai pengeluar yang mampu menghasilkan wagon yang cantik dan berkuasa. Penawaran terbaru mereka, Audi RS6 Avant GT, telah mencetuskan perbualan hangat dalam dunia kenderaan berprestasi.
Audi RS6 Avant GT ini mempunyai keupayaan yang memalukan kembarnya, RS6 Avant Performance, terutama dari segi pecutan. Meskipun menggunakan nadi V8 4.0 liter turbo berkembar yang sama seperti model Avant Performance, RS6 Avant GT mampu memecut dari 0-96 km/j dalam masa hanya 3.2 saat, atau 0.1 saat lebih cepat.
Dengan kuasa sekitar 621 hp dan 847 Nm tork, RS6 Avant GT mampu mencapai kelajuan 200 km/j dalam hanya 11.5 saat, sebelum mencapai kelajuan tertinggi 306 km/j.
![Audi RS6 Avant GT, Wagon Berkuasa dan Praktikal](https://cdn.rodapanas.my/2024/02/audi-rs6-avant-gt-8-1024x576.jpg)
Audi turut menaiktaraf aspek gantungan wagon ini, dengan suspensi gegelung boleh laras secara manual yang mampu menurunkan ketinggian sebanyak 10 mm.
Ini diikuti dengan bar pengimbang, peredam boleh laras elektronik tiga tahap, dan komponen pembeza yang telah dinaiktaraf.
Selain itu, keempat-empat roda turut dipasangkan dengan rim bersaiz 22 inci yang dibaluti dengan tayar Continental Sport Contact 7 untuk memastikan cengkaman yang optimum di atas jalan.
![Audi RS6 Avant GT, Wagon Berkuasa dan Praktikal](https://cdn.rodapanas.my/2024/02/audi-rs6-avant-gt-29-1024x576.jpg)
Liveri luaran Audi RS6 Avant GT ini banyak diilhamkan oleh jentera lumba legenda Audi 90 Quattro IMSA GTO, dan untuk pertama kalinya, ia dilengkapi dengan hud gentian karbon.
Bagi ruang kabin wagon ini pula, ia dilengkapi dengan balutan kulit hitam dan Alcantara, diikuti dengan jahitan berwarna merah pada tempat duduk jenis sports bucket.
Difahamkan, hanya akan dihasilkan 660 unit Audi RS6 Avant GT untuk seluruh dunia, dan harga jualannya akan diumumkan kelak. Antara kenderaan mewah yang menampilkan keanggunan dan kekuatan, Audi RS6 Avant GT menjadi pilihan yang menarik bagi peminat kenderaan berprestasi tinggi.
Baca: Audi Lancar Kempen Model Kereta EV. RS e-tron GT, 0-100 km/j Hanya 3.3 saat
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Ini Langkah Yang Patut Anda Lakukan Apabila Terlibat Dalam Kemalangan
![Ini Langkah Yang Patut Anda Lakukan Apabila Terlibat Dalam Kemalangan](https://cdn.rodapanas.my/2023/08/Thumbnail-Roda-Panas-2-1.jpg)
Berdasarkan statistik daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia, terdapat lebih daripada 1.2 juta kenderaan yang berada di atas jalan raya bagi tahun 2021. Angka yang besar ini membawa kepada peningkatan risiko kemalangan di atas jalan raya.
![Ini Langkah Yang Patut Anda Lakukan Apabila Terlibat Dalam Kemalangan](https://cdn.rodapanas.my/2023/08/car-accident-rs.jpeg)
Sudah tentu, tiada siapa yang mengharapkan kemalangan menimpa diri. Walaupun kita sudah berhati-hati dan peka, kemalangan tetap boleh berlaku dalam sekelip mata. Jadi, jika kita terlibat dalam kemalangan, apa tindakan yang perlu kita ambil?
![Ini Langkah Yang Patut Anda Lakukan Apabila Terlibat Dalam Kemalangan](https://cdn.rodapanas.my/2023/08/Car_Crash_7-1-18_2245_42450608354-1-1-1024x683.jpeg)
Perkara pertama yang paling penting selepas kemalangan adalah, kekal tenang dan periksa keadaan diri dan penumpang dalam kenderaan kita. Langkah pertama ini penting dalam memastikan proses selepas kemalangan berjalan dengan rasional dan mudah.
![Ini Langkah Yang Patut Anda Lakukan Apabila Terlibat Dalam Kemalangan](https://cdn.rodapanas.my/2023/08/driving-accident-cover-img.jpeg)
Seterusnya, jika situasi tidak kritikal dan kenderaan masih boleh bergerak, cuba untuk pandu kenderaan ke kawasan yang selamat sama ada di bahu jalan atau kawasan yang lapang. Jangan terus turun dan periksa kenderaan di tengah jalan raya.
![Ini Langkah Yang Patut Anda Lakukan Apabila Terlibat Dalam Kemalangan](https://cdn.rodapanas.my/2023/08/ezgif.com-gif-maker-1024x576.jpg)
Selepas yakin dengan persekitaran yang selamat, barulah periksa kenderaan yang terlibat. Jika pihak yang terlibat mengalami kecederaan serius, segera hubungi talian kecemasan untuk dapatkan bantuan.
![Ini Langkah Yang Patut Anda Lakukan Apabila Terlibat Dalam Kemalangan](https://cdn.rodapanas.my/2023/08/shutterstock_649458805.jpeg)
Jika situasi kemalangan tidak serius dan kedua-dua pihak masih boleh berbincang, catatkan butiran penting sebagai bukti kemalangan supaya kita tidak mudah dipersalahkan selepas itu.
Antara perkara yang perlu diambil kira ialah:
- Nombor plat, model dan warna kenderaan
- Kerosakan kenderaan yang terlibat
- Tarikh, tempat dan masa kemalangan
- Nama, alamat dan nombor telefon pihak terlibat
![Ini Langkah Yang Patut Anda Lakukan Apabila Terlibat Dalam Kemalangan](https://cdn.rodapanas.my/2023/08/Image_1-5-1024x684.jpeg)
Untuk menguatkan lagi bukti bahawa kita tidak bersalah, simpan bersama video atau gambar semasa kejadian (jika ada) dan catat sekali butiran saksi agar mudah untuk dihubungi.
Setelah selesai proses di kawasan kemalangan, pergi ke balai polis berdekatan untuk failkan laporan kemalangan. Ini boleh dibuat bersama pihak yang terlibat atau secara persendirian. Perkara ini sangat penting jika kita mahu membuat tuntutan insurans.
![Ini Langkah Yang Patut Anda Lakukan Apabila Terlibat Dalam Kemalangan](https://cdn.rodapanas.my/2023/08/122383581_xl-1024x683.jpeg)
Berikan butiran kepada pihak polis dan mereka akan keluarkan saman kepada pihak yang bersalah. Kemudian, berhubung dengan pihak insurans untuk mereka tunda kenderaan kita ke bengkel panel insurans.
![Ini Langkah Yang Patut Anda Lakukan Apabila Terlibat Dalam Kemalangan](https://cdn.rodapanas.my/2023/08/92196677_xl.jpeg)
Pada masa yang sama, ejen insurans akan jelaskan butiran kerugian dan jumlah yang perlu diperbaiki. Sesetengah bengkel akan sediakan kenderaan sementara untuk kita guna selagi kenderaan kita diperbaiki, namun, tidak semua bengkel sediakan kemudahan ini.
![Ini Langkah Yang Patut Anda Lakukan Apabila Terlibat Dalam Kemalangan](https://cdn.rodapanas.my/2023/08/ezgif.com-webp-to-jpg-2-1.jpg)
Dalam pada itu, kita boleh buat tuntutan ‘Loss of use’ kepada pihak insurans jika kita memang dibuktikan tidak bersalah. Bagi yang tidak tahu salurannya, cuba berhubung dengan bengkel panel dan minta nasihat dari mereka.
Rajinkan diri baca prosedur dan polisi tuntutan insurans kerana banyak perkara yang kita layak terima namun kadangkala ia sengaja tidak didedahkan oleh ejen insurans.
![Ini Langkah Yang Patut Anda Lakukan Apabila Terlibat Dalam Kemalangan](https://cdn.rodapanas.my/2023/08/ezgif.com-webp-to-jpg-3-1-1024x576.jpg)
Akhir sekali, elakkan emosi mengawal diri, tunjukkan empati kepada pihak yang terlibat, kekal tenang, jangan buat apa-apa pembayaran atau pengakuan di tempat kejadian dan ikut prosedur yang sepatutnya. Ingat! Benda sudah pun berlaku, cari cara untuk selesaikan bukan saling menuding jari.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Kerjasama Teknologi VW dan Xpeng Semakin Maju
![Kerjasama Teknologi VW dan Xpeng Semakin Maju](https://cdn.rodapanas.my/2024/07/3-11.jpg)
Kerjasama Teknologi
Kerjasama teknologi antara Xpeng (NYSE: XPEV) dan Volkswagen semakin berkembang dengan pesat. Ini apabila jurutera-jurutera dari Volkswagen dilaporkan telah mula bekerja di pejabat Xpeng.
Ratusan jurutera Volkswagen kini bekerja di ibu pejabat Xpeng di Guangzhou. Menunjukkan peningkatan dalam kerjasama teknologi antara kedua-dua syarikat ini. Menurut laporan dari Jiemian yang memetik sumber industri yang tidak dinamakan.
Kerjasama antara Xpeng dan Volkswagen meliputi pelbagai bidang. Dan dikatakan belum pernah dilihat sebelum ini. Pada 26 Julai 2023, Volkswagen mengumumkan pelaburan sebanyak $700 juta untuk memperoleh sekitar 4.99 peratus saham Xpeng.
Kedua-dua syarikat merancang untuk membangunkan bersama dua model EV berjenama Volkswagen. Berdasarkan platform Xpeng G9 untuk pasaran kereta bersaiz sederhana di China.
Kemajuan Setakat Ini
Pada 29 Februari, Xpeng menyatakan bahawa ia telah menandatangani perjanjian baharu dengan Volkswagen. Bertujuan untuk mempercepatkan pembangunan model bersama dan mengurangkan kos melalui sumber bersama.
Pada 11 April, Volkswagen mengumumkan pelaburan sebanyak 2.5 bilion euro ($2.73 bilion) untuk mengembangkan pusat pengeluaran dan inovasi di Hefei, wilayah Anhui. Serta untuk mengukuhkan keupayaan penyelidikan dan pembangunan tempatan.
Volkswagen akan menghasilkan dua model berjenama mereka yang dibangunkan bersama Xpeng di Hefei. Model pertama dijadualkan untuk pengeluaran pada tahun 2026.
Pada 17 April, Xpeng mengumumkan bahawa ia telah menandatangani perjanjian rangka kerja dengan Volkswagen untuk kerjasama teknikal pada seni bina Elektrikal/Elektronik (E/E Architecture).
Seni Bina Baharu
Kedua-dua pihak akan bersama-sama membangunkan dan mengintegrasikan seni bina E/E generasi terbaru Xpeng ke dalam Platform Utama Volkswagen di China (CMP).
Seni bina E/E yang dibangunkan bersama ini dijangka akan melengkapkan EV berjenama Volkswagen yang dibina di China mulai tahun 2026.
Pada 26 Oktober 2023, Leapmotor menyatakan bahawa Stellantis NV, pembuat kereta kedua terbesar di Eropah dari segi jualan, akan melabur 1.5 bilion euro dalam syarikat tersebut untuk memperoleh kira-kira 20 peratus saham, menjadikan Stellantis pemegang saham luar terbesar mereka.
Langkah Yang Diikuti Syarikat Lain
Pada 14 Mei, Leapmotor mengumumkan pembentukan usaha sama dengan Stellantis, Leapmotor International, yang akan memulakan jualan di Eropah pada bulan September.
Pada 19 Jun, Chery mengumumkan bahawa jenama kereta mewah British, Jaguar Land Rover. Akan membina EV berdasarkan platform mereka, menggunakan jenama Freelander berlesen.
Kerjasama teknologi antara Xpeng dan Volkswagen serta langkah-langkah serupa oleh syarikat-syarikat lain. Ini menunjukkan bagaimana kerjasama antara syarikat automotif dari pelbagai negara dapat mempercepatkan perkembangan teknologi dan inovasi dalam industri automotif global.
Dari CNEV Post
Baca Volkswagen Golf R Baharu – Semestinya Lebih Berkuasa
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Pameran BMW Premium Selection 2024, Lebih Gah dan Menarik!
![Pameran BMW Premium Selection 2024, Lebih Gah dan Menarik!](https://cdn.rodapanas.my/2024/02/1-13.jpg)
Acara tahunan yang dinanti-nantikan, Pameran BMW Premium Selection (BPS) kembali lagi dengan penuh bergaya di Stadium Nasional Bukit Jalil, yang pastinya ia tidak akan mengecewakan peminat kenderaan premium.
Kali ini, BMW Group Malaysia membawa lebih banyak kegembiraan dengan pelbagai pilihan kenderaan premium pra-milik serta model baharu yang termasuk dalam kategori Kenderaan Elektrik Bateri (BEV). Jangan lepaskan peluang untuk melihat dengan dekat sehingga 500 unit kenderaan yang tersedia untuk dipilih oleh pengunjung!
Selain daripada barisan kenderaan BMW, turut dipamerkan adalah kenderaan premium pra-milik daripada MINI dan BMW Motorrad. Jadi, tidak kira samada anda peminat kereta, motosikal, atau kedua-duanya, pasti terdapat sesuatu yang menarik untuk dilihat di acara ini.
Yang pasti, bukan sahaja anda berpeluang untuk melihat kenderaan-kenderaan menarik, tetapi terdapat juga tawaran yang tidak boleh dilepaskan. Dengan rebat segera sebanyak RM5,000 dan peluang untuk memenangi barangan eksklusif melalui cabutan bertuah, jangan biarkan peluang ini terlepas dari genggaman anda!
![Pameran BMW Premium Selection 2024, Lebih Gah dan Menarik!](https://cdn.rodapanas.my/2024/02/bmw-premium-selection-showcase-2024.jpg)
Bagi yang mahu menikmati kemudahan lebih, pelanggan juga berpeluang untuk menikmati sehingga 10 peratus diskaun untuk peningkatan perincian Connected Drive, serta pra-kelulusan pembiayaan segera melalui BMW Engage oleh BMW Group Financial Services Malaysia.
Dan bagi pemilik kenderaan daripada rangkaian BMW Premium Selection, terdapat lebih banyak kelebihan yang menanti. Diantaranya adalah:
– Waranti Pilihan hingga tujuh tahun yang dijamin oleh Allianz Malaysia
– Pemeriksaan teknikal oleh juruteknik BMW yang bertauliah
– Rekod Servis dan Rekod Kenderaan yang disahkan
– Tawaran tukar beli yang kompetitif
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menghadiri Pameran BMW Premium Selection 2024 yang akan diadakan di Parkir B, Stadium Nasional Bukit Jalil dari jam 9:00 pagi hingga 7:00 malam, pada 1 hingga 3 Mac. Sertailah kami untuk pengalaman membeli kenderaan premium yang tidak akan anda lupakan!
Baca: BMW X5 xDrive50e M Sport, Model Hibrid Dengan Prestasi Tinggi!
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.