Ads

AUTOBACS SUPER GT 2026 Kembali Gegar Sepang !

AUTOBACS SUPER GT 2026, Sepang Bakal Jadi Tumpuan Asia Tenggara

Pusingan Malaysia bagi siri AUTOBACS SUPER GT akan kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang dari 19 hingga 21 Jun tahun ini.

Jualan tiket untuk acara berprestij itu telah pun dibuka lebih awal, memberi peluang kepada peminat merancang kehadiran mereka ke antara perlumbaan GT paling dinanti di Asia.

AUTOBACS SUPER GT 2026 Kembali Gegar Sepang !

AUTOBACS SUPER GT 2026: Harga Tiket Bermula RM80, Pilihan Dari Grandstand Hingga Pakej VVIP

Harga tiket “early birds” bermula dari RM80 (harga asal RM100) untuk tempat duduk K1 Grandstand (Turn 1), manakala Main Grandstand pula bermula RM200 (harga asal RM250). Bagi yang mahukan pengalaman lebih premium, pelbagai pakej hospitaliti turut disediakan.

Selain itu, terdapat juga pilihan tiket seperti GT Club Suite (daripada RM450 seorang sehingga RM30,000 untuk suite eksklusif), GT Paddock Club (RM2,000), Experience Package (RM5,000), Dream Package untuk dua orang (RM15,000) dan pakej VVIP mencecah RM50,000 untuk dua orang.

AUTOBACS SUPER GT 2026 Kembali Gegar Sepang !

Pemegang pas GT Club Suite bakal menikmati akses pitlane walk, manakala GT Paddock Club pula mendapat kelebihan tambahan grid walk.

Lebih menarik, Experience Package menawarkan Circuit Safari di mana anda berpeluang menaiki bas di atas litar ketika jentera GT berada di dalam trek. Pakej Dream dan VVIP pula melengkapkan pengalaman dengan taxi ride serta lawatan eksklusif ke pit.

Ads

SUPER GT Malaysia Festival

Penganjuran kali ini bukan hanya sekadar perlumbaan. Acara ini juga tampil sebagai sebuah “Lifestyle” Jepun melalui SUPER GT Malaysia Festival, yang menampilkan pelbagai juadah, budaya dan aktiviti bertemakan negara matahari terbit.

Tahun lalu, kembalinya SUPER GT selepas 12 tahun disambut lebih 75,000 peminat sepanjang perlumbaan. Tahun ini, sasaran lebih tinggi diletakkan dengan pengisian tambahan yang lebih menarik.

AUTOBACS SUPER GT 2026 Kembali Gegar Sepang !

ALEPS Ekiden – Larian Malam Atas Litar Sepang

Antara tarikan baharu ialah ALEPS Ekiden, diinspirasikan daripada konsep larian berganti-ganti tradisional Jepun.

Dianjurkan oleh Alumni Look East Policy Society (ALEPS), acara ini berlangsung dalam format larian malam pada 20 Jun.

Ads

Setiap pasukan terdiri daripada empat pelari, dengan setiap seorang menamatkan jarak penuh 5.543 km sama seperti satu pusingan lengkap Litar Sepang sambil membawa “tasuki” sebagai simbol larian berganti.

AUTOBACS SUPER GT 2026 Kembali Gegar Sepang !

Sokongan Siri Perlumbaan Serantau

Aksi tidak terhenti pada kelas utama SUPER GT sahaja, Siri Toyota Gazoo Racing Vios Challenge juga kembali memeriahkan acara dengan format one-make melibatkan pelumba profesional, amatur dan bakat muda.

Turut membuat penampilan ialah ASEAN GR86 Cup yang diperluaskan ke peringkat serantau, menghimpunkan peserta antarabangsa dalam platform perlumbaan kompetitif berasaskan Toyota GR86.

Ads

AUTOBACS SUPER GT 2026 Kembali Gegar Sepang !

Tahun Melawat Malaysia 2026

SUPER GT Malaysia Festival 2026 turut menjadi sebahagian daripada kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 dan Visit Selangor 2026, dengan sokongan Tourism Malaysia dan Tourism Selangor.

Jika tahun lalu menjadi bukti kebangkitan semula, edisi 2026 mengukuhkan lagi kedudukan Sepang sebagai destinasi tetap dalam kalendar antarabangsa sukan permotoran Asia.

AUTOBACS SUPER GT 2026 Kembali Gegar Sepang !

Baca Juga : Pusingan Super GT Malaysia Terima Sambutan Luar Biasa

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta Terpakai

Kereta terpakai sering menjadi pilihan bagi mereka yang mahu berjimat atau mendapatkan model lebih tinggi pada harga lebih mampu milik.Namun, berbanding kereta baharu, pembelian...