Pernahkah anda menghidupkan enjin kereta yang tidak digunakan dalam jangka masa tertentu, seperti pagi selepas semalaman kereta diparkir? Anda mungkin perasan bahawa enjin kereta beroperasi pada kadar RPM (revolutions per minute) yang lebih tinggi daripada biasa. 

Fenomena ini dikenali sebagai cold start, iaitu keadaan di mana enjin kereta masih “sejuk” dan belum mencapai suhu operasi yang optimum.

Walaupun sesetengah pemandu bimbang ada masalah pada enjin, cold start sebenarnya proses biasa dan sangat penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik.

Apa Itu Cold Start dan Kenapa Ia Penting untuk Kereta Anda?

Kenapa Cold Start Penting?

Semasa enjin dihidupkan selepas lama tidak digunakan, minyak enjin yang kritikal untuk melincirkan komponen bergerak dalam enjin kebanyakannya telah mengalir ke bahagian bawah enjin. Walaupun masih ada sisa minyak pada bahagian atas, ia mungkin tidak mencukupi untuk perlindungan sepenuhnya.

Cold start membantu enjin untuk mencapai suhu operasi yang diperlukan agar minyak enjin dapat dipam ke seluruh bahagian enjin. Ini memastikan semua bahagian bergerak dilincirkan dengan baik untuk mengelakkan kehausan pramatang atau kerosakan serius.

Ads

Selain itu, minyak enjin mempunyai kelikatan (viscosity) yang berubah mengikut suhu. Pada suhu rendah, minyak menjadi lebih pekat dan sukar mengalir, menjadikannya kurang efektif melindungi bahagian enjin. Dengan membiarkan enjin “panas” menerusi cold start, minyak akan mencapai suhu ideal dan dapat mengalir lebih baik untuk melindungi enjin anda.

Apa Itu Cold Start dan Kenapa Ia Penting untuk Kereta Anda?

RPM Ideal Semasa Cold Start

RPM semasa cold start biasanya berada di atas 1,000rpm, malah kadang-kadang boleh mencecah lebih 1,500rpm bergantung kepada jenis kenderaan. Jangan risau, ini adalah perkara normal. Apabila enjin mula panas, RPM akan perlahan-lahan turun ke paras normal.

Namun, jika RPM tidak kembali ke paras biasa walaupun enjin telah mencapai suhu optimum, ini mungkin petanda masalah dalaman enjin yang perlu diperiksa segera.

Ads

Perlukah Panaskan Enjin Sebelum Memandu?

Bagi kereta model lama, terutamanya yang menggunakan karburetor, memanaskan enjin sebelum memandu adalah sangat disarankan. Namun, untuk kenderaan moden dengan suntikan bahan api elektronik, memanaskan enjin tidak lagi wajib.

Walaupun begitu, anda dinasihatkan memandu perlahan dengan RPM rendah pada awal perjalanan sehingga enjin mencapai suhu operasi. Sebaik sahaja lampu penunjuk suhu sejuk di papan pemuka padam atau meter suhu menunjukkan bacaan normal, anda boleh memandu seperti biasa.

Apa Itu Cold Start dan Kenapa Ia Penting untuk Kereta Anda?

Ads

Kesimpulan

Cold start mungkin kelihatan seperti perkara remeh, tetapi ia memainkan peranan besar dalam memastikan enjin anda kekal sihat dan berfungsi dengan lancar. Dengan memberi perhatian kepada proses ini, anda bukan sahaja dapat melindungi enjin daripada kerosakan. Malah, memanjangkan jangka hayat kenderaan anda. Jadi, walaupun tergesa-gesa di pagi hari, jangan abaikan masa yang diperlukan untuk enjin “bangun”!

Dari AutoDeal

Baca Juga Honda Umumkan Enjin V-3 Induksi Paksaan Pertama di Dunia

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI