CFMOTO Rai Kejayaan Moto3 dengan Edisi Terhad 450SR yang Eksklusif
CFMOTO terus mengukuhkan kedudukannya dalam dunia perlumbaan dengan pelancaran 450SR S Team Aspar Limited Edition.
Motosikal ini adalah sebuah model edisi khas yang meraikan kejayaan gemilang pasukan CFMOTO Aspar Team dalam Kejohanan Moto3 2024.
Kini, peminat motosikal di Australia berpeluang memiliki jentera eksklusif ini dengan harga $9,990.
Penghormatan kepada Kejayaan “Triple Crown”
Tahun 2024 menjadi musim luar biasa buat CFMOTO Aspar Team apabila David Alonso mencatatkan 14 kemenangan sepanjang musim.
Kemenangan ini sekali gus memecahkan rekod yang dipegang oleh Valentino Rossi sejak tahun 1997.
Kehebatan pasukan ini tidak hanya membawa pulang kejuaraan Rider, Constructor, dan Team Championships, tetapi juga meletakkan CFMOTO sebagai kuasa baru dalam arena perlumbaan Moto3.
Sebagai penghormatan kepada pencapaian ini, 450SR S Team Aspar Limited Edition hadir dengan livery Championship Blue yang diinspirasikan daripada jentera lumba Moto3 pasukan Aspar.
Logo rasmi pasukan dan rakan teknikal turut menghiasi motosikal ini, sementara tiga mahkota kejuaraan dipaparkan pada tangki minyak sebagai simbol kemenangan Triple Crown.
Edisi Terhad – 451 Unit Sahaja di Dunia
Eksklusiviti model ini diperkuatkan lagi dengan pengeluaran terhad hanya 451 unit di seluruh dunia.
Setiap unit dilengkapi dengan nombor siri unik yang terukir pada bahagian triple clamp, menjadikannya koleksi bernilai tinggi untuk peminat dan penggemar dunia permotoran.
Untuk pasaran Australia, hanya sejumlah kecil unit diperuntukkan, dan apabila stok habis, tiada lagi tempahan akan dibuka.
Ini menjadikan 450SR S Team Aspar Limited Edition sebagai jentera yang sangat eksklusif dan bernilai tinggi bagi peminat sukan permotoran.
Prestasi yang Mendebarkan
Walaupun hadir sebagai edisi khas, 450SR S Team Aspar Limited Edition tetap mengekalkan semua spesifikasi canggih daripada model 450SR S. Antaranya:
- Enjin 450cc parallel-twin dengan 270° crankshaft yang menghasilkan 34.5kW pada 9,250rpm serta 39.3Nm tork pada 7,750rpm.
- Sistem suspensi premium dengan fork terbalik 37mm yang boleh dilaras serta suspensi belakang monoshock dengan pra-beban boleh laras.
- Sistem brek Brembo M40 radial caliper dengan cakera 320mm di hadapan serta sistem BOSCH ABS untuk kawalan optimum.
- Sayap aerodinamik yang meningkatkan kestabilan pada kelajuan tinggi.
- TFT 5 inci dengan sambungan Bluetooth serta sistem CFMOTO T-Box untuk pemantauan data motosikal secara masa nyata.
- Quickshifter & slipper clutch untuk pengalaman tunggangan lebih lancar.
- Sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS) untuk keselamatan tambahan.
Dengan berat basah hanya 179kg, motosikal ini memberikan keseimbangan sempurna antara kuasa, kawalan, dan aerodinamik.
Motosikal ini menjadikannya pilihan terbaik untuk penunggang yang ingin merasai pengalaman jentera perlumbaan dalam pakej jalan raya.
Baca Juga : Enjin Diesel Paling Besar dan Paling Kuat di Dunia
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.