Jika kita mempertimbangkan dunia supercar, elemen kejutan adalah perkara biasa. Namun, ketika Koenigsegg mengeluarkan Jesko pada Geneva Motor Show 2019, ia melampaui jangkaan. Dalam masa yang singkat, kesemua 125 unit supercar ini telah ditempah oleh peminat kelajuan sejati.
Secara eksklusif, hanya sekitar 40 hingga 50 unit Jesko dikeluarkan setiap tahun. Pada Jun 2023, pemilik pertama menerima kunci keindahan ini. Walaupun begitu, proses pengeluaran Jesko berterusan, dengan setiap unit baru muncul dari garisan pengeluaran dengan ciri-ciri yang menakjubkan.
Jesko Attack ini bernadikan enjin V8 5.0 liter turbo berkembar, menghasilkan kuasa sebanyak 1,280 hp secara standard atau 1,600 hp dengan menggunakan bahan api E85. Kuasa ini dipancarkan ke roda belakang melalui kotak gear Light Speed Transmission (LST) sembilan nisbah kelajuan.
Ads
Kredit Foto: Careta.my
Ketika menghayati rekaan Jesko varian Attack, elemen aerodinamik yang agresif segera mencuri perhatian – sayap belakang, splitter depan, diffuser belakang – semuanya dicipta untuk prestasi terbaik. Setiap panel luaran diperbuat daripada gentian karbon yang mengagumkan. Namun, Koenigsegg tidak berhenti di situ.
Mereka melapisi Jesko dengan lapisan jernih yang mempunyai serpihan emas. Komponen seperti canard depan, cermin sisi, flik aerodinamik, dan plat sayap belakang diperkemas dengan elemen emas 24 karat tulen.
Ads
Jesko tidak sekadar sebuah kenderaan, ia adalah karya seni bergerak yang mencorak masa depan kelas supercar. Koenigsegg Jesko bukan sahaja melampaui kecemerlangan prestasi, tetapi juga menaikkan status keunggulan dalam rekaan dan teknologi. Ia membuktikan keindahan yang kekal abadi dalam dunia kelajuan tinggi.
Ads
1 of 9
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Porsche bukan jenama yang asing dengan eksperimen visual, tetapi projek 911 RSR separuh LEGO ini boleh dianggap antara yang paling luar biasa pernah direalisasikan.
Dipertontonkan kepada umum sempena 24 Hours of Le Mans 2015, kereta ini memadukan dua dunia berbeza. Bahagian kiri ialah 911 RSR sebenar, lengkap dengan panel badan, aerodinamik dan perincian lumba.
Bahagian kanan pula dibina menggunakan 380,000 bongkah LEGO, disusun sehingga meniru bentuk dan proporsi kereta sebenar. Walaupun menggunakan medium yang “kotak”, hasil akhirnya cukup meyakinkan sehingga membuatkan ramai tertanya sama ada ia replika atau model pameran sebenar.
Projek ini kemudian mencetuskan perhatian lebih besar apabila peminat mula menyedari betapa uniknya gabungan Porsche 911 RSR LEGO tersebut.
Pembangunan projek ini bukan kerja mudah. Menurut sumber, pembinaan bahagian LEGO mengambil masa 633 jam, bersamaan lebih kurang 28 hari kerja berterusan.
Disebabkan permukaan badan 911 RSR sangat organik dan kompleks, pembina perlu menentukur setiap lapisan LEGO secara topographical, teknik susunan berlapis bagi menghasilkan lengkungan yang hampir menyerupai bentuk asal.
Setiap bongkah memainkan peranan dalam mengekalkan struktur, bentuk, dan integriti visual keseluruhan. Walaupun hanya separuh kereta, tahap detail pada bahagian kanan ini cukup tinggi sehingga selari dengan estetik pasukan Porsche Motorsport sendiri.
Ketelitian ini juga menjadikan Porsche 911 RSR LEGO sebagai salah satu projek seni automotif paling teknikal pernah dipamerkan.
Apa yang menjadikan projek ini benar-benar ikonik ialah kesetiaan terhadap identiti asal 911 RSR. Bahagian LEGO bukan sekadar “blok kosong”, tetapi membawa transkripsi visual livery sebenar, termasuk garisan merah-hitam, nombor perlumbaan dan elemen branding.
Walaupun dibina dalam medium yang jauh lebih keras dan berkotak, look keseluruhannya masih mengekalkan karakter RSR yang agresif.
Ini bukan sekadar karya seni, tetapi satu penghormatan kepada kereta lumba endurance yang telah mencipta reputasi tersendiri di litar dunia. Dalam konteks pameran moden, Porsche 911 RSR LEGO ini sering dianggap sebagai simbol ketepatan, kreativiti, dan identiti perlumbaan Porsche.
Tidak lama selepas versi pameran separuh LEGO ini menarik perhatian peminat, LEGO Technic melancarkan model rasmi Porsche 911 RSR.
Walaupun berskala kecil, set tersebut mengekalkan elemen mekanikal seperti suspension, differential dan enjin boxer 6-silinder dengan piston bergerak. Ia mengekalkan DNA 911 RSR dalam bentuk yang boleh dibina di rumah.
Bagi peminat automotif dan LEGO, kedua-dua projek model pameran bersaiz sebenar dan LEGO Technic kini dianggap sebagai dua manifestasi kreativiti yang saling melengkapi.
Hubungan ini juga mengukuhkan lagi kedudukan Porsche 911 RSR LEGO sebagai ikon dalam komuniti pembina model dan peminat automotif global.
Projek ini membuka dimensi baharu dalam interpretasi automotif sebagai seni. Ia membuktikan bahawa sebuah kereta lumba bukan hanya jentera, tetapi juga objek visual yang boleh diterjemahkan dalam pelbagai medium.
Pendedahan ini turut mengubah persepsi umum bahawa LEGO hanyalah alat permainan kanak-kanak. Dalam konteks ini, LEGO menjadi medium ekspresif untuk menterjemahkan kejuruteraan Porsche dalam bentuk lebih playful tetapi masih teknikal.
Ia juga menunjukkan kemungkinan kolaborasi antara dunia engineering dan dunia seni, yang jarang digabungkan dengan begitu berani. Tambahan pula, kejayaan projek ini menjadikan Porsche 911 RSR LEGO rujukan bagi pameran seni moden yang menonjolkan kreativiti berasaskan teknologi dan rekabentuk.
Akhirnya, projek 911 RSR separuh LEGO ini berdiri sebagai simbol unik hubungan antara dua generasi pencipta: jurutera yang membina mesin prestasi sebenar, dan pembina seni yang melihat potensi baharu dalam bongkah plastik kecil.
Gabungan keduanya menghasilkan sesuatu yang bukan sahaja menarik perhatian peminat automotif, tetapi juga penggemar seni, peminat LEGO, dan pemerhati industri kreatif.
Ia membuktikan satu perkara imaginasi tidak pernah ada had, malah lebih menarik apabila disalurkan ke dalam ikon seperti Porsche 911 RSR.
Dalam ruang pameran antarabangsa, kisah Porsche 911 RSR LEGO ini masih terus dirujuk sebagai bukti betapa kuatnya gabungan kreativiti dan kejuruteraan.
Dalam satu perkembangan terkini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, telah mengumumkan rancangan kerajaan untuk memudahkan pemegang lesen motosikal Kelas B2 yang ingin menaik taraf kepada Kelas B.
Memetik laporan Astro Awani, perkara tersebut bakal dibincangkan secara terperinci dalam mesyuarat bersama Kementerian Pengangkutan (MOT) dan pihak berkuasa terlibat sebelum keputusan akhir diumumkan.
Salah satu syarat utama yang akan dipertimbangkan adalah umur pemohon, di mana individu yang berumur 35 tahun ke atas akan mendapat kelebihan. Selain itu, tempoh pemegang lesen B2 juga akan menjadi faktor penentu. Menurut Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, pemegang lesen B2 yang telah memegang lesen untuk satu tempoh tertentu baru akan layak untuk dinaik taraf kepada lesen Kelas B.
Beliau menjelaskan, “Apa yang kami bincangkan ada tempoh tertentu. Pertama dari segi umur pemohon itu mesti berumur 35 tahun ke atas. Kedua, memegang lesen B2 untuk satu tempoh tertentu, baru lah layak untuk mendapat lesen B.”
Keputusan akhir mengenai rancangan ini akan diputuskan dalam mesyuarat terperinci antara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT). Sementara itu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke turut hadir dalam Sesi Libat Urus bersama Persatuan Motosikal Malaysia.
Walaupun rancangan ini mendapat sokongan dari beberapa pihak, agensi di bawah Kementerian Pengangkutan seperti JPJ dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menghadapi keberatan. Menteri Pengangkutan Anthony Loke menjelaskan bahawa kebimbangan tersebut berkaitan dengan implikasi keselamatan terhadap pengguna jalan raya. Dengan ini, kita tunggu dan lihat bagaimana perkembangan lanjut mengenai cadangan kemudahan ini dalam dunia pemanduan Malaysia.
Walaupun Kawasaki tidak lagi bersaing dalam Kejuaraan Dunia MotoGP, namun Ninja ZX-10R terus popular dan menjadi salah satu pilihan utama peminat superbike.
Nama ‘Ninja’ akan sentiasa menjadi tanda pengiktirafan dan keberkesanan dalam Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK).
Bagi meraikan kejayaan Ninja ZX-10R, Kawasaki kini memperkenalkan edisi terhad Ninja ZX-10RR Winter Test.
Berbeza dari sebelum ini, kali ini hanya 25 unit sahaja untuk yang dikeluarkan untuk model ini.
Menurut Kawasaki, setiap bahagian Ninja ZX-10RR Winter Test Edition ini dibangunkan secara khusus oleh Pasukan Perlumbaan Kawasaki (KRT) yang turut bersaing dalam WorldSBK. Motosikal ini mempunyai kuasa 214hp dan tork 112Nm yang memukau.
Seperti biasa, Ninja ZX-10RR Winter Test Edition ini datang dengan rekaan yang sama seperti jentera Winter Test pasukan KRT WorldSBK. Juga dilengkapi dengan plat bernombor pada pelindung tangki dan ekzos Akrapovic sebagai standard.
Sebagai bonus menarik, pembeli akan menerima dua pas VIP untuk menghadiri mana-mana pusingan WorldSBK 2024 pilihan mereka. Ini memberikan akses khas ke hospitaliti KRT dan peluang untuk bertemu dengan pelumba utama, Alex Lowes dan Axel Bassani.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Bila Kereta Sentiasa Dalam Pandangan Mata, Barulah Tenang Nak Makan
Jika diperhatikan, terdapat segelintir lelaki yang meminati dunia automotif terutamanya minat terhadap modifikasi kenderaan mempunyai...