HI-REV Triple Zed Racing dengan bangganya memperkenalkan barisan pelumba elit yang akan beraksi dalam MSF Superbike Championship 2025. Pasukan ini menampilkan tiga pelumba hebat: Saidatul Zakirah, bintang muda Malaysia, Heng Si Kiat, juara dari Singapura, dan Marcus Lee, pelumba supermoto yang semakin mencipta nama.
Saidatul Zakirah – Pelumba Termuda Dalam Pasukan
Pada usia muda 17 tahun, Saidatul Zakirah sudah mencuri perhatian di pentas antarabangsa. Beliau pernah menyertai Women’s European Championship (WEC) dan berjaya meraih tempat kedua dalam Qatar Superstock 600 Championship (QSTK) QSSP 300 class.
Kejayaan tersebut membuktikan bakat luar biasa beliau dalam dunia sukan permotoran. Saidatul akan bertanding dalam kategori Rookie menggunakan jentera Triumph Street Triple.

Heng Si Kiat – Pelumba Berpengalaman dari Singapura
Menyertai pasukan ini sebagai juara GP Masters Overall MSF Superbike 2024. Heng yang akan bersaing dalam kategori All Stars pada musim 2025 bakal mengemudi jentera BMW S1000RR.
Dengan rekod cemerlang dan pengalaman luas, beliau dijangka menjadi antara pelumba yang perlu diberi perhatian.

Marcus Lee – Juara Supermoto Musim Lepas
Turut menyertai pasukan ini ialah Marcus Lee, pelumba supermoto berbakat besar yang kini mendahului Malaysian Supermoto Championship 2024 dalam kelas Advance.
Keupayaan Marcus menyesuaikan diri dalam pelbagai disiplin sukan permotoran, digabungkan dengan gaya tunggangan agresifnya. Pasti akan memberikan saingan sengit dalam MSF Superbike. Marcus akan beraksi menggunakan Kawasaki ZX6R.
Dengan MSF Superbike Championship 2025 yang semakin hampir, HI-REV Triple Zed Racing sedang giat melakukan persiapan untuk musim penuh aksi ini.
Mereka meletakkan sasaran tinggi untuk meraih podium dan mencipta kejayaan dalam kejohanan tersebut. Kejuaraan ini akan menjadi platform terbaik buat pasukan untuk memperlihatkan kemampuan pelumba dan jentera mereka. Serta ketahanan produk HI-REV Lubricants di bawah tekanan perlumbaan yang sengit.
Pasukan HI-REV Triple Zed Racing dikuasakan oleh HI-REV Lubricants dan torQe Performance Motor Oil. Produk yang terbukti memberikan prestasi terbaik di litar mahupun jalan raya.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Zhafir di 018-7688064 atau ikuti media sosial HI-REV Triple Zed Racing untuk kemaskini terkini serta liputan acara sukan permotoran mereka.
HI-REV Triple Zed Racing
HI-REV Triple Zed Racing ialah pasukan perlumbaan motosikal terkemuka di Malaysia yang diasaskan oleh Zhafir Zamani. Bekas juara perlumbaan dengan rekod cemerlang di peringkat kebangsaan dan serantau.
Pasukan ini terkenal dengan dedikasi, inovasi, dan semangat berpasukan yang tinggi, terus memberi inspirasi kepada generasi pelumba akan datang di arena sukan permotoran.
Dari HI-REV Triple Zed Racing
Baca Juga Malaysia Speed Festival Umumkan Pengenalan Myvi Cup dalam MSF Superturismo
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.