Gangguan IT Global

Gangguan IT global baru-baru ini menyebabkan kegagalan sistem dan huru-hara dalam urusan orang ramai telah mengakibatkan banyak syarikat penerbangan mengalami kerugian pendapatan yang besar. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes, menyatakan bahawa kerugian tersebut mencecah jutaan ringgit.

Fernandes telah menerima permohonan maaf daripada CrowdStrike, namun beliau menekankan bahawa syarikat penerbangan masih menunggu penjelasan daripada Microsoft mengenai insiden ini.

“Syarikat-syarikat teknologi tidak memiliki empati. Semasa kami berhadapan dengan COVID-19, mereka tidak bertimbang rasa. Sekarang mereka mempunyai masalah dan mengharapkan kami untuk memahami. Syarikat penerbangan memerlukan jawapan dan ganti rugi,” katanya dalam catatan LinkedIn hari ini.

CrowdStrike Holdings Inc, sebuah syarikat teknologi keselamatan siber Amerika yang berpangkalan di Austin, Texas. Menyediakan perlindungan titik akhir, risikan ancaman, dan perkhidmatan tindak balas serangan siber.

Syarikat Penerbangan Tuntut Penjelasan Microsoft, Ganti Rugi – Tony Fernandes
KLIA 2

Kesedaran dan Kesiapsiagaan

Berdasarkan huru-hara yang terjadi, Fernandes menekankan kepentingan untuk belajar dan berkembang daripada situasi tersebut. Beliau menjelaskan bahawa keadaan nampaknya telah stabil pada hari kedua gangguan IT global yang merencatkan operasi AirAsia di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

“Tetapi kami tidak leka. Kami bersedia untuk sebarang gangguan selanjutnya,” katanya.

Usaha dan Ketangkasan AirAsia

Syarikat penerbangan itu telah menguruskan operasi secara manual, bermula daripada daftar masuk, mencetak pas kemasukan, hingga kepada penghantaran bagasi. Lebih 100 sukarelawan Allstar membantu di lapangan. Mengingatkan Fernandes pada zaman awal AirAsia 23 tahun lepas apabila semuanya dilakukan secara manual.

“Kami berbangga kerana kami telah meminimumkan pembatalan penerbangan disebabkan ketangkasan kami untuk beralih kepada operasi manual dan komitmen ikhlas kami bagi berkhidmat kepada rakyat,” tambahnya lagi.

Walaupun terdapat beberapa kelewatan, Fernandes memberi jaminan bahawa AirAsia berazam untuk menerbangkan semua orang dengan selamat ke destinasi mereka.

AirAsia meneruskan operasi daftar masuk dalam talian pada jam 2 petang hari Sabtu, berikutan masalah IT global yang bermula petang Jumaat.

Dari Buletin TV3

Baca Penerbangan Tanpa Transit Terpanjang di Dunia, 18 Jam 40 Minit

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI