Syarikat perkhidmatan bas ekspres terkenal, Konsortium E-Mutiara Berhad (E-Mutiara) telah menambah jumlah unit bas mereka dengan membeli 20-unit koc Scania K410EB6X2 dua dek sepanjang 13.5 meter sekaligus model ini merupakan koc yang terpanjang di Malaysia. E-Mutiara juga mengendalikan koc satu dek Scania 14.7meter pertama di Malaysia.

Pertama di Malaysia! Koc Dua Dek Terpanjang di Malaysia
Kredit Foto : scania.com/my

Setelah mendapat kelulusan daripada MOT, koc itu dibina oleh Marcopolo di atas casis Scania dan E-Mutiara akan menikmati kapasiti penumpang yang dipertingkatkan dan kecekapan bahan api daripada aerodinamik.

 

Koc dua dek 13.5-meter Scania menawarkan peningkatan kapasiti sebanyak 10% berbanding koc mewah lain di Malaysia. Suspensi udara hadapan dan belakang memberikan pengalaman yang selesa kepada  pemandu dan penumpang.

 

Seperti semua kenderaan Scania, EBS dengan ABS dan kawalan cengkaman didatangkan kepada semua model koc dan ia ditambah dengan Retarder sebagai brek tambahan. Penambahan kamera 360 darjah memberikan penglihatan menyeluruh di Kawasan blind spot, dengan 3 sistem penggera kebakaran yang akan diaktifkan semasa kecemasan.

Pertama di Malaysia! Koc Dua Dek Terpanjang di Malaysia

Untuk perjalanan jauh yang lebih selesa, koc ini menyediakan tempat duduk dalam konfigurasi 2+1 dan boleh memuatkan 51 penumpang pada satu-satu masa. Lebih menarik, sepanjang perjalanan jika anda hendak membuang air, jangan risau kerana koc ini menyediakan kemudahan tandas di tingkat atas dan bawah kepada penumpang.

Pertama di Malaysia! Koc Dua Dek Terpanjang di Malaysia

Majlis pelancaran koc terbaru E-Mutiara telah disaksikan oleh Yang Berhormat Anthony Loke Siew Fook, Menteri Pengakutan Malaysia (MOT) dan Encik Robert Lejon, Timbalan Ketua Misi Kedutaan Sweden.

 

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok. 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI