Astro, bersama Nu Ideaktiv, kini mempersembahkan program bual bicara baharu dan segar, ‘Borak SeeNI’.
Dibawakan khas untuk anda, program ini membincangkan pelbagai topik menarik, inspiratif, dan relevan dalam kehidupan harian. Setiap Selasa hingga Jumaat, mulai jam 11 pagi, anda boleh menyaksikan rancangan ini secara langsung di Astro Prima (saluran 105).
‘Borak SeeNI’
Bukan sekadar program bual bicara biasa. Ia menyelami isu-isu menarik seperti keluarga, gaya hidup, dan kesihatan, dengan pandangan daripada pakar-pakar terkemuka.
Apa yang lebih menarik, program ini juga mengetengahkan individu berpengaruh dan berjaya. Ini dapat memberi inspirasi kepada penonton dengan kisah pencapaian mereka dalam pelbagai bidang.
Teknologi canggih yang digunakan dalam produksi ‘Borak SeeNI’ juga membezakannya daripada program lain. Dengan aplikasi studio Extended Reality (XR) dan Augmented Reality (AR), visual yang dipersembahkan lebih moden dan memukau.
Ini memberi impak visual yang mendalam kepada penonton dan menjadikan program ini lebih menarik untuk ditonton. AR turut memberi peluang kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk mempromosikan produk mereka secara lebih dinamik, membuka ruang baharu dalam dunia perniagaan digital.
Ads
Menurut Datin Norashikin Habibur Rahman, Naib Presiden, Pembangunan Pengiklanan (Nu Ideaktiv & SME), “Program ini bukan sahaja bual bicara mengenai isu semasa, tetapi juga menggunakan teknologi terkini XR dan AR untuk meningkatkan pengalaman visual penonton.
Kami juga ingin membantu SME mempromosikan produk mereka kepada khalayak yang lebih luas.”
Interaktiviti Penonton
Salah satu keunikan ‘Borak SeeNI’ adalah penekanan pada interaktiviti penonton secara langsung.
Ads
Penonton boleh menyertai perbincangan dan memberi pandangan secara terus, menjadikan mereka sebahagian daripada rancangan. Program ini juga dihasilkan oleh Nu Ideaktiv, yang mengambil inspirasi daripada 17 kandungan digital mereka. Kini disesuaikan ke dalam format program bual bicara, meliputi pelbagai aspek kehidupan.
Encik Syamil Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, menyatakan rasa teruja beliau terhadap kerjasama antara Nu Ideaktiv dan Astro. “Saya yakin kolaborasi ini dapat memperkasa SME dalam memperkukuhkan jenama mereka. Selain memastikan program ini berjaya mencipta impak dalam landskap digital.”
Program ini turut menampilkan gandingan pengacara popular seperti Erra Fazira, Faizal Ismail, Haziq Hussni, Nana Mahazan, Hunny Madu, Dahlia Shazwan, dan Keanu Azman. Mereka dipilih khusus untuk menarik perhatian pelbagai lapisan masyarakat dan menjadikan ‘Borak SeeNI’ relevan kepada semua.
Bagi mereka yang ingin menonton secara fleksibel, ‘Borak SeeNI’ boleh diakses menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box. Serta aplikasi SeeNI, Astro Gempak, Astro GO, dan sooka.
Ads
Jadi, apa tunggu lagi? Daftar Astro Baharu sekarang dengan tawaran masa terhad serendah RM41.99/sebulan, lengkap dengan pemasangan percuma*! Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.
Lambretta, simbol kemegahan Itali, kini kembali ke pasaran Malaysia secara rasmi. Dikenali sebagai gabungan sempurna antara keanggunan klasik Itali dan gaya moden-retro, Lambretta menjanjikan rangkaian skuter yang menawarkan gaya klasik yang menarik bagi setiap generasi.
Jenama ini telah berjaya menarik minat peminat motosikal di seluruh dunia dengan keunikkan rekaannya yang klasik namun kontemporari. Untuk lebih mendekatkan produk mereka kepada peminat di Malaysia, mereka akan membuka lima cawangan rasmi yang terletak di lokasi strategik termasuk Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, dan Kuching.
Kredit Foto : Website paultan
Berdiri sejak 1947, Lambretta terinspirasi oleh skuter Cushman yang bewarna hijau zaitun yang pernah popular semasa zaman peperangan di Itali. Visi mereka adalah untuk mencipta skuter yang mudah dikendalikan oleh semua.
Pengasan Lambretta, Ferdinando Innocenti memperkenalkan pelbagai model yang menawarkan alternatif yang tidak hanya berpatutan tetapi juga penuh gaya. Skuter ini dilengkapi dengan enjin dua lejang yang inovatif, dilengkapi dengan reka bentuk yang elegan yang membuatnya menonjol daripada motosikal konvensional yang lain.
Kredit Foto : Website paultan
Lambretta kini memasuki era baru dengan memperkenalkan skuter yang tidak hanya mengekalkan estetik klasik tetapi juga menonjolkan inovasi modern. Rangkaian terbaru ini menampilkan seni bina monocoque yang unik, melambangkan kekuatan dan ketangkasan melalui setiap lengkung dan struktur reka bentuknya.
Model terbaru, Lambretta X250 dan G350, yang akan dilancarkan di Malaysia, menjanjikan kombinasi keanggunan dan eksklusif kepada peminat dan pengguna skuter di Malaysia.
Porsche Malaysia Hidupkan Semangat Motorsport di Bangsar
Porsche Malaysia, melalui Sime Darby Auto Performance, mengadakan pameran kereta sukan dan aktiviti motorsport di Bangsar Shopping Centre dari 21 hingga 25 Mei 2025.
Pengunjung berpeluang melihat sendiri model-model Porsche termasuk Porsche 963, sebuah kereta lumba yang terkenal di peringkat antarabangsa.
Pameran Kereta Terpakai Porsche
Selain model baru, Porsche turut mempamerkan koleksi terpilih Porsche Approved Pre-Owned.
Setiap kenderaan telah diperiksa dengan teliti melalui 111 titik pemeriksaan oleh juruteknik bertauliah dan disertakan waranti 12 bulan.
Kereta terpakai ini juga menggunakan alat ganti asli Porsche, memberikan keyakinan dan prestasi yang setanding dengan kereta baru.
Porsche 963
Porsche 963 yang dipamerkan adalah replika kereta perlumbaan yang beraksi dalam acara 24 Jam Le Mans, 24 Jam Daytona dan 12 Jam Sebring.
Ia menggunakan enjin V8 4.6 liter twin-turbo yang diambil dari Porsche 918 Spyder, dipadankan dengan sistem hibrid dari Bosch dan Williams Advanced Engineering.
Kuasa gabungan mencapai 670 kuasa kuda pada 10,000 RPM.
Kereta ini juga dilengkapi sistem transmisi sequential tujuh kelajuan, suspensi pushrod yang diolah khas, serta teknologi pemulihan tenaga hibrid.
Jentera ini menampilkan keupayaan tinggi bagi perlumbaan endurance kelas dunia.
Cabaran Sim Racing Porsche Esports Sprint Challenge Malaysia
Porsche turut menganjurkan pertandingan sim racing melalui Porsche Esports Sprint Challenge Malaysia (PESCM).
Peserta dari umur 10 tahun ke atas boleh bertanding secara maya.
Pusingan Kelayakan 3 berlangsung pada 24 dan 25 Mei di Bangsar Shopping Centre.
Perlumbaan ini melibatkan 10 peserta terbaik dari setiap Porsche Centre di Malaysia.
Mereka bersaing untuk melayakkan diri ke perlumbaan akhir yang akan diadakan di Porsche Carrera Cup Asia di Litar Antarabangsa Sepang kelak.
Tentang Sime Darby Auto Performance
Sime Darby Auto Performance adalah pengimport sah Porsche di Malaysia sejak 2010.
Mereka mengendalikan jualan, alat ganti, dan perkhidmatan selepas jualan melalui pusat Porsche di Ara Damansara, Sungai Besi, Pulau Pinang, dan Johor Bahru.
Porsche Centre Johor Bahru adalah pusat 4S pertama di Asia Pasifik.
Pusat ini mengintegrasikan jualan, servis, alat ganti, serta badan dan cat, dan juga pusat sah rakan kongsi model klasik Porsche di Malaysia.
Pameran ini memberi peluang kepada peminat Porsche dan peminat sukan permotoran untuk mengalami sendiri kehebatan teknologi dan keunikan model Porsche.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Adalah satu kesalahan jika sesiapa yang menghalang pemandu lain daripada menggunakan lorong Smart Lane yang telah diaktifkan di lebuh raya.
Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Superintendan Khairul Azhar Ismail menegaskan bahawa memandu terlalu laju di laluan tersebut juga merupakan kesalahan yang boleh dikenakan tindakan.
Beliau memberikan kenyataan ini berikutan aduan mengenai tindakan sesetengah pihak yang menghalang penggunaan lorong tersebut seperti yang telah tersebar sebelum ini.
“Ia adalah satu kesalahan jika seseorang menghalang pergerakan kenderaan lain di Smart Lane. Lorong Smart Lane digunakan apabila terdapat kesesakan lalu lintas. Di samping itu, kita tidak mahu pemandu yang menggunakan Smart Lane memandu terlalu laju, lebih laju daripada pemandu di lorong biasa. Ini juga merupakan kesalahan,” katanya.
Kredit: Paultan
Beliau menyuarakan pandangan ini semasa Taklimat Media PLUS untuk meningkatkan persediaan menghadapi peningkatan trafik sempena musim perayaan di Persada PLUS pada hari Rabu.
Sementara itu, Pengarah Kanan Penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia, Datuk Lokman Jamaan menambah bahawa JPJ juga akan memberi perhatian kepada individu yang menghalang penggunaan lorong Smart Lane semasa Operasi Hari Raya nanti.
“Operasi Hari Raya akan berlangsung dari 1 April hingga 20 April, selama 20 hari. Tumpuan utama kita adalah terhadap kesalahan yang melibatkan sikap, termasuklah menghalang penggunaan Smart Lane. Selain itu, kesalahan lain seperti menggunakan telefon bimbit semasa memandu, memandu dengan melulu, memotong barisan, dan memandu kenderaan berat di lorong kanan juga akan dititikberatkan,” katanya.
Kredit: Media Variasi
Bagi mengelakkan kesalahan ini, adalah penting untuk mengingati bahawa Smart Lane hanya boleh digunakan dalam keadaan tertentu dan bukan sepanjang lebuh raya. Selain itu, penggunaan awam juga digalakkan sebagai alternatif pengangkutan semasa musim perayaan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas.
Semoga dengan pematuhan kepada peraturan-peraturan ini, keselamatan di jalan raya dapat ditingkatkan dan perjalanan semasa musim perayaan akan menjadi lebih lancar.
Tradisi Jepun Diteruskan di Malaysia
Boon Siew Honda (BSH) mengukir sejarah baharu apabila berjaya menganjurkan acara sulung Honda Thanks Day 2025 di LYL International Karting...