Bercakap tentang motosikal tiga roda, pasti anda membayangkan kenderaan penjual aiskrim bukan? Namun tahukah anda terdapat pengeluar motosikal di serata dunia mengeluarkan motosikal tiga roda premium untuk digunakan sebagai kenderaan harian?

 

Informasi yang penulis kongsikan pada hari ini pasti akan memberi satu keterujaan kepada anda semua. Mungkin ada sesetengah motosikal ini tiada di pasaran Malaysia, namun ia masih wujud dan dijual dengan harga yang agak tinggi setaraf dengan motosikal berkuasa tinggi yang lain.

 

Hari ini penulis ingin kongsikan 5 jenis motosikal 3 roda yang unik dan jarang ditemui di atas jalan raya di Malaysia.

 

  1. Can-Am Ryker

Can-Am Ryker adalah motosikal dengan transmisi automatik twist-and-go dan mempunyai kedudukan tempat duduk yang rendah. Hampir semua orang boleh memandunya tanpa memerlukan pengalaman menunggang motosikal selama bertahun-tahun.

Motosikal 3 Roda Untuk Individu Yang Mahukan Keselesaan dan Kestabilan Ketika Pemanduan
Kredit foto : Laman sesawang can-am.brp.com

Motosikal ini dihasilkan oleh pengeluar motosikal Can -Am yang terkenal dengan model Spyder. Motosikal ini mempunyai kelajuan maksimum 90km/j dengan anggaran harga permulaan RM41,000.

 

  1. Piaggio MP3 530 Exclusive

Sejak memperkenalkan skuter tiga roda yang pertama kepada dunia, Rangkaian Piaggio MP3 terus berkembang, dengan model baharu yang menampilkan elemen dari dunia automotif seperti BLIS (Sistem Maklumat Titik Buta), direka untuk meningkatkan keselesaan, keselamatan dan prestasi, serta dibekalkan sebagai standard dengan 530 Exclusive.

Ads
Motosikal 3 Roda Untuk Individu Yang Mahukan Keselesaan dan Kestabilan Ketika Pemanduan
Kredit foto : Laman seswang wlassets.piaggio.com

Anggaran harga untuk motosikal ini adalah RM55,000

 

  1. Kymco CV3

Ciri unik reka bentuk dua roda hadapan CV3 memberikan kestabilan dan keyakinan tambahan, dalam apa jua keadaan. CV3 juga dilengkapi dengan sistem KALS baharu (KYMCO Advanced Leaning Suspension), yang membolehkan CV3 menyesuaikan diri dengan lebih lancar di selekoh dan membolehkan sudut condong motosikal ini pada aras maksimum 40°.

Motosikal 3 Roda Untuk Individu Yang Mahukan Keselesaan dan Kestabilan Ketika Pemanduan
Kredit foto : Laman sesawang kymco.co.uk

CV3 dikuasakan oleh enjin 550cc berkembar mendatar untuk memberikan kuasa unggul yang sesuai untuk skuter terkemuka pasaran. CV3 menampilkan suspensi hadapan terbalik, garpu belakang yang direka dengan bentuk baharu dan tayar berorientasikan pengembaraan untuk memberikan keupayaan yang diperlukan untuk menunggang dengan mudah di atas permukaan jalan yang kasar

Motosikal ini mempunyai kelajuan maksimum 169km/j dengan aggaran harga RM55,000

 

  1. Gilera Fuoco 500

Model Gilera Fuoco 500 adalah model Skuter yang dikeluarkan oleh Gilera. Model tahun 2016 ini mempunyai berat kering 244.0 kg (537.9 paun) dan ia dilengkapi dengan silinder tunggal, motor empat lejang dan dua lampu hadapan yang menampilkan rupa unik serupa dengan cermin mata klasik John Lennon.

Ads
Motosikal 3 Roda Untuk Individu Yang Mahukan Keselesaan dan Kestabilan Ketika Pemanduan
Kredit foto : Laman sesawang morebikes.co.uk

Gilera Fuoco 500 dikuasakan oleh enjin satu silinder 493-cc yang menghasilkan 40 kuasa kuda. Sistem percikan berkembar mengurangkan bunyi enjin dan pelepasan ekzos. Model ini sudah agak lama dalam pasaran dan di Malaysia harga untuk seunit model terpakai adalah RM35,000 sehingga RM45,000 bergantung kepada kondisi motosikal.

 

  1. Qooder QV3

Dengan tayar bersaiz besar dua 14” di hadapan dan roda 15” di belakang, motosikal dengan tiga roda ini menggunakan sistem hidro-pneumatik HTS yang dipatenkan untuk mencondongkan ketiga-tiga roda melalui selekoh.

Motosikal 3 Roda Untuk Individu Yang Mahukan Keselesaan dan Kestabilan Ketika Pemanduan
Kredit foto : Laman seswang qooder.com

Gaya dan reka bentuk dengan bentuk seimbang, pusat graviti yang rendah, roda terbesar dalam kategorinya dan sistem brek integral, memberikan satu pemanduan yang menyeronokkan dan pintar.

 

Anggaran harga untuk motosikal ini adalah RM51,434 dengan kelajuan maksimum 137km/j.

Ads

 

Individu yang gemar pemanduan motosikal yang selamat dan stabil boleh memilih kenderaan 3 roda sebagai hobi dan kenderaan hujung minggu. Namun anda juga perlu pertimbangkan bahawa kenderaan ini jika memasuki lebuhraya anda mungkin perlu membayar tol kerana saiznya yang agak lebar tidak sesuai untuk pemanduan di lorong motosikal.

 

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

 

 

 

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI