Jika sebelum ini Mazda2 Hybrid boleh dikatakan mempunyai rekaan yang sama dengan Toyota Yaris, kali ini Mazda mempersembahkan versi facellift dengan beberapa perubahan kosmetik yang selari dengan imej semasa jenama itu,
Paling menyerlah ialah penambahan bampar hadapan dengan struktur perumah berjeriji baharu, dipadankan dengan kemasan pintu belakang yang lebih cantik sama warna dengan badan kereta.
Didatangkan dengan rim 15 inci secara standard, anda boleh memilih untuk menukar kepada varian Exclusive-Line dengan rim aloi 16 inci atau versi tertinggi Homura dan Homura Plus untuk rim bersaiz 17 inci, lengkap dengan sistem pencahayaan LED penuh.
Kredit Foto: motor1.com
Pada ruang dalaman khususnya bahagian kabin ia mendapat kemasan sama seperti Toyota Yaris facelift. Antaranya seperti skrin kluster 12.3 inci, skrin paparan head-up, skrin tengah bersaiz 10.5 inci, bumbung panorama dan kawalan iklim dua zon untuk versi premium Homura Plus.
Ads
Bagi varian asas iaitu Prime-Line, ia datang dengan skrin infohibur bersaiz 9 inci, manakala versi Center-Line pula mendapat naiktaraf sistem audi dengan empat pembesar suara.
Untuk prestasi, ia menggunakan transmisi CVT yang memberi Mazda2 Hybrid enjin janaan kuasa 114 HP dan daya kilas 169 Nm dengan enjin hibrid tiga silinder sebaris 1.5 liter.
Ads
Kredit Foto: motor1.com
Pecutan 0-100km/j adalah sepantas 9.7 saat sebelum mencecah kelajuan maksimum pada 175 km/j. Disebabkan Mazda2 mempunyai teknologi hibrid, ia turut didatangi dengan mod pemanduan EV untuk laluan dalam bandar. Menurut Mazda, kadar penggunaan bahan api mampu mencapai serendah 3.8 liter untuk setiap 100km.
Disebalik naiktaraf kosmetik, Mazda2 Hybrid tidak mengubah prestasi enjin hibrid seperti yang wujud pada Toyota Yaris facelift, sekadar info, Mazda Eropah masih lagi menjual model Mazda2 Hybrid versi lama ini bersama-sama dengan model Mazda2 original.
Ads
Usaha ini bertujuan untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna di pasaran Eropah, selain mampu untuk menurunkan kadar pelepasan emisi armada purata di benua tersebut tanpa perlu menghabiskan duit untuk mebangunkan model yang khusus.
1 of 10
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Sebagai satu acara yang tidak hanya merangkumi sejarah industri, tetapi juga sebuah penghormatan terhadap teknologi dan kecanggihan mekanikal yang membentuk dunia moden, Stoke Row Steam Rally telah menjadi lambang utama kepada pencinta enjin stim dan kenderaan klasik di United Kingdom.
Acara ini diadakan setiap tahun di Hill Bottom, Whitchurch Hill, Oxfordshire.
Rally ini menyatukan lebih daripada 1000 jentera daripada era industrialisasi yang memberikan satu pengalaman pameran yang tiada tandingannya.
Pertama kali acara ini diajurkan adalah pada tahun 1980.
Stoke Row Steam Rally bertujuan untuk memelihara warisan industri yang telah memainkan peranan penting dalam pembangunan UK.
Acara ini terus berkembang dengan pesat dan kini dikenali sebagai salah satu pameran terbesar dan paling lama di dunia dalam kategori jentera stim.
Acara ini membawa pengunjung melalui sejarah industri yang kaya dengan nostalgia dan pencapaian teknologi.
Sejak tahun 1980, Stoke Row Steam Rally telah menjadi sebuah acara tahunan yang menarik minat lebih daripada 10,000 pengunjung pada setiap edisi.
Tahun 2025 menandakan ulang tahun ke-42 acara ini.
Pada tahun 2023 lebih 40 enjin stim bersaiz penuh dan lebih daripada 55 enjin miniatur yang turut dipamerkan.
Acara ini mempamerkan kekuatan dan ketahanan jentera yang telah bertahan lebih daripada satu abad.
Secara tidak langsung memberi penghormatan kepada warisan dan kepakaran jurutera masa lampau.
Acara ini tidak hanya sekadar satu pameran, tetapi satu pengalaman langsung bagi sesiapa yang ingin memahami dengan lebih mendalam kehebatan jentera stim.
Para pengunjung dapat melihat lebih daripada 1000 pameran jentera.
Jentera tersebut merangkumi enjin stim, traktor lama, motosikal klasik, kereta antik, dan enjin pegun yang telah digunakan dalam pelbagai sektor industri.
Pameran enjin stim adalah tumpuan utama di rally ini, dengan kebanyakan enjin yang dipamerkan berusia lebih 100 tahun.
Salah satu enjin stim terbesar yang sering mendapat perhatian adalah The Lord Raglan.
Enjin ini adalah sebuah enjin stim yang digunakan untuk tujuan pertanian dan pengangkutan pada zaman dahulu.
Selain itu, para pengunjung juga berpeluang untuk melihat pelbagai jenis kenderaan klasik yang kini dianggap sebagai warisan berharga.
Bagi penganjur dan peserta, Stoke Row Steam Rally bukan hanya satu acara tahunan, tetapi satu penghormatan kepada mereka yang telah mengorbankan masa dan usaha untuk menjaga warisan teknologi ini.
Acara ini bertujuan untuk mendidik generasi baru tentang betapa pentingnya mengenali dan menghargai pencapaian yang telah membentuk industri moden.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka bidaan bagi nombor pendaftaran khas FH menerusi sistem dalam talian JPJeBid, bermula 1 hingga 5 Februari.
Siri khas ini merupakan antara tawaran terbaharu JPJ selepas beberapa siri nombor pendaftaran khas sebelum ini menerima sambutan menggalakkan daripada orang ramai.
Seperti siri khas terdahulu, FH tidak terikat kepada mana-mana negeri tertentu dan boleh digunakan untuk pendaftaran kenderaan di seluruh Malaysia.
Ciri ini menjadikan siri tersebut lebih fleksibel serta menarik minat pembeli yang menginginkan nombor pendaftaran eksklusif atau mempunyai nilai simbolik tersendiri.
Bidaan bagi nombor pendaftaran khas FH akan berlangsung selama lima hari, bermula 1 Februari dan berakhir pada 5 Februari jam 10 malam. Sepanjang tempoh ini, pembida boleh mengemukakan tawaran masing-masing melalui sistem yang disediakan.
Keputusan bidaan dijadualkan diumumkan pada 6 Februari. Pembida yang berjaya akan dimaklumkan melalui sistem dan diberikan tempoh tertentu untuk menyelesaikan bayaran penuh sebelum nombor tersebut boleh digunakan untuk pendaftaran kenderaan.
Seperti kebiasaan, bidaan nombor pendaftaran khas FH ditawarkan mengikut beberapa kategori dengan harga bidaan minimum yang berbeza bergantung kepada jenis nombor.
Nombor yang paling diminati seperti FH 1 diletakkan pada harga bidaan minimum tertinggi. Ini diikuti oleh nombor satu digit, dua digit, tiga digit dan seterusnya yang lazimnya menerima permintaan lebih tinggi dalam kalangan pembida.
Bagi kategori nombor pendaftaran biasa pula, harga bidaan minimum ditetapkan pada kadar yang lebih rendah. Pendekatan ini memberi peluang kepada lebih ramai pengguna untuk turut serta dalam proses bidaan tanpa perlu mengeluarkan kos yang terlalu tinggi.
Antara kelebihan utama siri nombor pendaftaran khas seperti FH ialah penggunaannya yang tidak terhad kepada negeri tertentu. Ini bermakna pembida yang berjaya boleh mendaftarkan nombor tersebut pada kenderaan di mana-mana negeri di Malaysia.
Fleksibiliti ini berbeza dengan sistem nombor pendaftaran konvensional yang terikat kepada kod negeri, sekali gus menjadikan siri khas lebih eksklusif dan bernilai kepada pemilik kenderaan.
Keseluruhan proses bidaan dijalankan secara dalam talian melalui platform JPJeBid. Pengguna perlu mendaftar akaun terlebih dahulu dan membuat bayaran deposit seperti yang ditetapkan sebelum boleh menyertai bidaan.
Setiap bidaan perlu dibuat dalam tempoh yang ditetapkan dan pembida boleh menyemak status bidaan mereka secara masa nyata. Sistem ini diperkenalkan bagi meningkatkan ketelusan serta memudahkan pengguna membuat bidaan dari mana-mana lokasi.
Siri nombor pendaftaran khas yang diperkenalkan sebelum ini mencatatkan kutipan hasil yang memberangsangkan kepada kerajaan.
Nombor popular sering menerima bidaan tinggi, khususnya nombor yang ringkas atau mudah diingati.
Trend ini mencerminkan minat berterusan pemilik kenderaan di Malaysia terhadap nombor pendaftaran eksklusif, sama ada untuk kegunaan peribadi, imej korporat atau sebagai simbol status.
Bidaan nombor pendaftaran khas FH sesuai untuk pelbagai kategori pengguna, termasuk individu yang bakal mendaftarkan kenderaan baharu, pemilik syarikat yang ingin menggunakan nombor eksklusif bagi tujuan penjenamaan, serta pengumpul nombor pendaftaran.
Selain itu, mereka yang menggemari nombor dengan susunan tertentu atau mempunyai maksud peribadi juga boleh mengambil peluang menyertai bidaan ini berdasarkan kemampuan dan bajet masing-masing.
JPJ mengingatkan semua pembida supaya memastikan maklumat akaun yang didaftarkan adalah tepat dan sentiasa dikemas kini. Pembayaran penuh perlu dibuat dalam tempoh yang ditetapkan sekiranya bidaan berjaya.
Kegagalan melunaskan bayaran boleh menyebabkan bidaan dibatalkan serta deposit tidak dipulangkan. Nombor pendaftaran yang dimenangi juga perlu didaftarkan dalam tempoh sah yang ditetapkan mengikut peraturan sedia ada.
Pembukaan bidaan nombor pendaftaran khas FH menerusi JPJeBid dari 1 hingga 5 Februari menawarkan satu lagi peluang kepada pemilik kenderaan untuk memiliki nombor pendaftaran yang eksklusif dan fleksibel.
Dengan proses bidaan yang telus serta penggunaan di seluruh negara tanpa sekatan negeri, siri khas ini dijangka menarik minat pelbagai lapisan pembida yang ingin memiliki nombor pendaftaran unik.
SUV elektrik paling popular di dunia, Tesla Model Y, telah memasuki pasaran Malaysia dengan penawaran warna baharu yang menarik iaitu Quicksilver, Stealth Grey, dan Ultra Red.
Ketiga-tiga pilihan warna ini kini boleh dipesan melalui kedai rasmi Tesla atau secara dalam talian. Tesla juga menawarkan tiga versi Model Y untuk pasaran Malaysia seperti berikut:
– Pacuan Roda Belakang (RWD)
– Jarak perjalanan – 455km (WLTP)
– Kelajuan maksimum – 217km/j
– 0-100km/j – 6.9 saat
– Dual Motor All Wheel Drive (AWD)
– Jarak perjalanan – 533km (WLTP)
– Kelajuan maksimum – 217km/j
– 0-100km/j – 5 saat
– Dual Motor All Wheel Drive (AWD)
– Jarak perjalanan – 533km (WLTP)
– Kelajuan maksimum – 217km/j
– 0-100km/j – 3.7 saat
Selain menjadi SUV elektrik terlaris, Model Y juga dikenali sebagai salah satu kereta paling selamat dengan penarafan 5 bintang daripada NHTSA dan Euro NCAP. Ia dilengkapi dengan bumbung kaca penuh yang melindungi dari sinar UV dan sistem penapisan udara HEPA.
Model Y juga menawarkan ruang kargo lebih daripada 2,100 liter, membolehkan sehingga 5 penumpang duduk dengan selesa serta menyediakan tempat untuk menyimpan barangan besar. Dengan ciri-ciri dan prestasi yang cemerlang, Model Y menjanjikan pengalaman pemanduan yang moden dan mesra alam.
Cara jimat minyak kereta ketika trafik sesak sangat penting terutama pada musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri apabila lebuh raya utama dipenuhi kenderaan. Dalam...