Selama lebih 18 tahun, Yamaha Fino menjadi simbol motosikal automatik yang berjaya menawan hati rakyat Thailand dengan reka bentuk dan prestasinya, Model ini tampil dengan keluaran terbaharu Fino Final Edition dan mungkin ini adalah keluaran terakhir untuk Fino.
Pelancaran model ini juga adalah bersempena ulang tahun ke 60 tahun Syarikat Motor Yamaha Thailand. Model ini hadir dengan satu varian warna sahaja iaitu hitam menjadikan ia unik dan eksklusif.
Yamaha Fino Final Edition terhad dengan hanya pengeluaran 999 unit dan setiap satu dihiasi dengan logo Emblem emas serta nombor plat bersiri yang unik, menambah sentuhan eksklusiviti kepada daya tariknya.
Ads
Motosikal yang diispirasi daripada kebanyakkan model motosikal automatik daripada Jepun ini menggunakan lampu depan LED projector dengan dimmer Diamond Cut Lens. Selain itu, Yamaha Fino Final Edition juga dilengkapi kunci “Answer Back System”, memboleh ruangan penyimpanan boleh terbuka secara automatik.
Ads
Motosikal ini juga dilengkapi ruang penyimpanan seluas 7,2 liter, yang boleh memuatkan sebiji topi keledar biasa serta mempunyai tangki bahan api 4.2 liter.
Dengan harga disyorkan sebanyak 50,900 baht (RM6800), Yamaha Fino Final Edition juga turut disertakan dengan topi keledar khas Fino bewarna hitam serta jaminan 5 tahun atau 50,000 kilometer.
Ads
Meskipun kita tidak menerima model motosikal ini untuk pasaran tempatan tetapi kita tetap boleh melihat motosikal ini meluncur di jalan raya Malaysia. Ubahsuai daripada model asas Yamaha Ego membolehkan ianya menjadi sebuah model Yamah Fino melalui penukaran “coverset” serta bahagian-bahagian lain.
GAC GS3 EMZOOM secara rasmi dilancarkan di Malaysia melalui WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA), sebuah anak syarikat Warisan TC Holdings Bhd. Kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak kini tersedia dalam dua varian sepenuhnya dibina (CBU) untuk pasaran tempatan, iaitu GS3 EMZOOM Eksklusif dan GS3 EMZOOM Premium R.
Kedua-dua pihak baru-baru ini menandakan Permulaan Pengeluaran (SOP) untuk GAC GS3 EMZOOM yang dipasang sepenuhnya (CKD) di kilang Segambut, WTCA dengan upacara memotong riben hanya 13 bulan selepas projek perakitan tempatan itu diumumkan pada tahun 2023.
Berucap semasa pelancaran rasmi GAC GS3 EMZOOM, Ketua Pegawai Eksekutif Warisan TC Holdings Bhd Tan Keng Meng menyebut respon positif orang ramai terhadap jenama GAC sebagai faktor motivasi utama bagi syarikat.
GAC GS3 EMZOOM ditawarkan dengn empat warna yang dinamik: Salt Lake Blue, Ivory White, Graphene Grey dan Super Star Silver dengan harga rasmi mereka adalah RM118,900 (Eksklusif) dan RM128,900(Premium R).
Bagi memperingati pelancarannya, WTCA menawarkan Pakej Pelancaran Khas kepada 2000 pelanggan pertama yang terdiri daripada:
Pendaftar awal juga akan menerima GAC Smart Watch Key terhad secara percuma, yang berfungsi seperti kunci kereta asal dengan ciri-ciri hubungan tambahan jam pintar.
GAC GS3 EMZOOM dikuasakan oleh enjin petrol turbo 1.5 liter empat silinder yang menghamburkan kuasa 177PS dan tork 270Nm, terbaik dalam kelasnya.
Output ini disalurkan ke roda depan melalui transmisi dwi-kopling basah tujuh kelajuan (7WDCT). Powertrain yang cekap ini membolehkan pecutan 0-100km/j dalam masa 8.0 saat sambil mengekalkan purata penggunaan bahan api sebanyak 5.9 liter setiap 100km (kitaran NEDC). Selain itu, enjin ini boleh dihidupkan dari jarak jauh untuk pra-kondisi kenderaan menggunakan ciri ‘Remote Engine Start’.
Dari segi reka bentuk luaran, GAC GS3 EMZOOM lebih diperkukuhkan dengan Gril Mecha Wing ikonik, lampu hadapan Laser Eye Split LED, dan pegangan pintu elektrik tersembunyi yang memberikan kenderaan satu nilai futuristik dan aerodinamik. Bahagian depan yang dinamik dipadankan dengan bahagian belakang oleh lampu belakang Light Dart dan spoiler belakang sporty, rim aloi 18-inci pula melengkapkan penampilan pada kedua-dua varian.
Dalam pada itu, GS3 EMZOOM Premium R dilengkapi dengan pakej rekaan R yang menarik dan mencuri perhatian serta Ekzos Rekaan Gaya R yang memberikan rupa estetik yang lebih tegas sambil meningkatkan panjang keseluruhan SUV kompak kepada 4,446mm berbanding 4,410mm pada GS3 EMZOOM Eksklusif.
Kedua-dua varian mengukur 1,850mm lebar dan 1,600mm tinggi, dengan bonet berukuran 341 liter yang boleh diperluaskan kepada 1,271 liter kapasiti kargo maksimum dengan kerusi belakang boleh dilipat.
Dengan ciri-ciri paling panjang dalam segmen SUV kompak pada 2,650mm, GS3 EMZOOM menawarkan salah satu kabin yang paling luas dan selesa dalam kelasnya. Ruang dalam dilengkapi dengan hiasan dalaman dua tone biru dan hitam eksklusif dengan tempat duduk kulit. Pemandu diberikan titik sentuhan lebih mewah seperti stereng berbalut kulit pelbagai fungsi dan peralihan ke gear elektronik kristal.
Dari segi teknologi, ciri-ciri maju seperti sistem info-hiburan skrin sentuh 10.25-inci dengan Apple CarPlay tanpa wayar dan Android Auto, sistem kamera pandangan keliling, brek letak elektronik dengan autohold adalah standard di pada seluruh model.
Eksklusif untuk GS3 EMZOOM Premium R, tambahan kawalan iklim automatik, penyesuaian kuasa enam hala untuk tempat duduk pemandu, pencahayaan ambien pelbagai warna, pengecas telefon pintar tanpa wayar, ekzos belakang pintu kuasa tanpa tangan, Bantuan Letak Automatik Fusion (FAPA) dan sunroof panoramik.
Keselamatan penumpang & pemandu dalam GAC GS3 EMZOOM diutamakan dengan pelbagai ciri keselamatan aktif dan pasif serta Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan (ADAS) terkini yang membolehkan pemanduan autonomi Tahap 2.
Semua varian dilengkapi dengan beg udara hadapan dan sisi, brek cakera depan dan belakang, kawalan pegun depan, program kestabilan elektronik (ESP) dan pandangan titik buta sebagai standard.
Selain itu, Suite ADAS menyeluruh termasuk kawalan aktif cruise (ACC), Brek Kecemasan Automatik (AEB), Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW), Sistem Pengenalan Tanda Trafik (TSR), Lane Departure Warning (LDW) dan Kawalan Had Kelajuan Pintar (ISLC). Bantuan Lampu Tinggi (HMA) dan Bantuan Letak Automatik Fusion tersedia dalam GS EMZOOM Premium R.
Datanglah ke bilik pameran GAC berhampiran anda untuk melihat GAC GS EMZOOM 2024 yang baru atau lawati laman web rasmi GAC Motor Malaysia di https://gacmotor.com.my untuk maklumat lanjut.
Sesi persekolah bakal bermula tidak lama lagi dan ada dalam kalangan keluarga di Malaysia yang mempunyai anak yang bakal melangkah masuk ke Tabika atau Sekolah Rendah. Ada juga pengikut sosial media yang bertanya kepada Roda Panas untuk mencadangkan kenderaan yang sesuai untuk menghantar anak ke sekolah.
Jika dilihat secara praktikal, kami mencadangkan skuter sebagai salah satu kenderaan yang sesuai untuk menghantar anak ke sekolah kerana ianya mempunyai ruangan yang luas di bahagian depan kerana ada sesetengah kanak-kanak gemar untuk berdiri di bahagian depan tetapi adalah lebih selamat untuk duduk di bahagian belakang.
Hari ini penulis akan berkongsi beberapa model skuter yang sesuai suri rumah gunakan untuk menghantar anak ke sekolah.
Yamaha Ego Avantiz – Anggaran Harga RM5536
Ego Avantiz dikuasakan oleh enjin 124 cc dengan transmisi Variable Speed. Yamaha Ego Avantiz mempunyai ketinggian tempat duduk 773 mm dengan berat 96 kg. Brek depan menggunakan Disc, dan bahagian belakang menggunakan Drum. Motosikal ini juga kerap kita lihat atas jalanraya di Malaysia. Mempunyai tangki bahan api 4.2 liter.
WMoto ES125 – Anggaran Harga RM4588
Skuter ini memiliki dimensi panjang 1,860mm, lebar 690mm dan tinggi 1,065mm, manakala jarak roda 1,295mm. Tinggi pelana 745mm sesuai untuk ditunggang majoriti saiz penunggang Malaysia tanpa mengira lelaki atau perempuan. Dikuasakan dengan enjin 4-lejang silinder tunggal 118.8cc penyejukan udara dengan teknologi mesra alam Environment Care System (ECS) berkuasa 8.7hp @ 7,500rpm dan tork 9.5Nm @ 6,000rpm, manakala transmisi jenis automatik CVT. Sistem suspensi jenis fork teleskopik di depan dan dwi-absorber Kayaba (KYB) yang memberikan keselesaan optimum buat penunggang dan pembonceng. Mempunyai kapasiti tangki bahan api 3 liter, antara kategori skuter 125cc yang mempunyai tangki bahan api paling kecil.
Honda Beat – Anggaran Harga RM5990
Model ini mempunyai tangki bahan api berkapasiti 4.2 liter, ruang simpanan barang 11.7 liter di bawah tempat duduk selain menampilkan Sistem Brek Kombi (CBS). Motosikal ini menggunakan enjin eSP (enhanced Smart Power) dengan sistem pembakaran PGM-FI, menghasilkan 8.67hp pada 7,500rpm dan tork 9.53Nm pada 6000rpm. Enjin eSP itu mematuhi piawaian emisi Euro 4 serta Energy Efficient Vehicle (EEV).
Benelli VZ 125i – Anggaran Harga RM5288 – RM5288
Terdapat dalam 3 pilihan warna dan 2 varian di Malaysia. VZ 125i dikuasakan oleh enjin 124 cc dengan transmisi Variable Speed. Mempunyai kuasa 8.4 hp pada 7,500 rpm dengan tork pada 9.2 nm pada 6,000 rpm dengan pengisian bahan api dilakukan oleh efi. Mempunyai tangki bahan api 4.7 liter.
SYM Mio 110 – Anggaran Harga RM5880
SYM Mio 110 menggunakan enjin 111 cc dengan transmisi Variable Speed. Sym Mio 110 mempunyai ketinggian tempat duduk 720 mm dengan berat 93 kg. mempunyai tangki bahan api 5.2 liter dan mempunyai ruang penyimpan yang pelbagai di bahagian hadapan dan bawah tempat duduk.
Modenas Karisma 125 – Anggaran Harga RM5397
Motosikal ini dijana trenkuasa patuh Eur04, 4-lejang silinder tunggal 124.8cc SOHC penyejukan udara dan sistem suntikan bahan api (FI), berkuasa 9.38hp @ 7,500rpm dan tork 10Nm @ 6,000rpm. Menggunakan transmisi automatik CVT, dan mendapat status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). Mempunyai tangki bahan api 5.1 liter.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Kementerian Pengangkutan menggesa syarikat e-hailing di Malaysia untuk memperluaskan penggunaan perkhidmatan carpooling e-hailing Malaysia sebagai langkah mengurangkan penggunaan bahan api serta kesesakan trafik, terutama di kawasan bandar.
Cadangan ini dilihat sebagai sebahagian daripada usaha jangka panjang untuk meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan serta mengurangkan kebergantungan terhadap kenderaan persendirian.
Perkhidmatan carpooling membolehkan beberapa penumpang berkongsi satu kenderaan bagi perjalanan yang sama atau hampir sama destinasi. Konsep ini bukan perkara baharu, namun masih belum digunakan secara meluas di Malaysia.
Dengan pelaksanaan yang lebih meluas, ia mampu mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya, sekali gus membantu mengurangkan kesesakan trafik terutama pada waktu puncak.
Dalam konteks carpooling e-hailing Malaysia, teknologi memainkan peranan penting dalam memastikan padanan penumpang berlaku dengan cepat dan tepat tanpa menjejaskan masa perjalanan.
Salah satu kelebihan utama carpooling adalah penjimatan kos bahan api. Apabila beberapa penumpang berkongsi satu perjalanan, kos perjalanan dapat diagihkan, menjadikannya lebih rendah berbanding perjalanan individu.
Dalam keadaan harga bahan api yang tidak menentu, langkah ini dilihat sebagai alternatif praktikal bagi pengguna yang ingin mengurangkan perbelanjaan harian.
Selain itu, ia juga selari dengan usaha kerajaan dalam menggalakkan penggunaan bahan api secara lebih cekap, sekali gus menyokong agenda kelestarian dalam carpooling e-hailing Malaysia.
Kesesakan lalu lintas merupakan antara isu utama di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Dengan lebih ramai pengguna berkongsi kenderaan, jumlah kenderaan di jalan raya dapat dikurangkan secara langsung.
Langkah ini bukan sahaja membantu melancarkan aliran trafik, malah turut memberi kesan positif terhadap masa perjalanan pengguna.
Dalam jangka panjang, ia boleh membantu mengurangkan tekanan terhadap infrastruktur jalan raya sedia ada serta meningkatkan kualiti hidup pengguna bandar.
Kementerian Pengangkutan menekankan bahawa syarikat e-hailing memainkan peranan penting dalam merealisasikan inisiatif ini.
Dengan teknologi sedia ada, platform e-hailing boleh mengintegrasikan sistem padanan penumpang yang lebih efisien, membolehkan pengguna dengan laluan sama berkongsi perjalanan dengan lebih mudah.
Selain itu, insentif seperti tambang lebih rendah juga boleh diperkenalkan bagi menggalakkan penggunaan perkhidmatan carpooling e-hailing Malaysia secara lebih meluas.
Walaupun mempunyai banyak kelebihan, pelaksanaan carpooling di Malaysia masih berdepan beberapa cabaran.
Antara isu utama termasuk faktor keselamatan, keselesaan serta kesediaan pengguna untuk berkongsi perjalanan dengan individu tidak dikenali.
Selain itu, faktor masa dan laluan juga memainkan peranan penting kerana tidak semua perjalanan mempunyai destinasi yang sama atau seiring.
Bagi memastikan kejayaan carpooling e-hailing Malaysia, kepercayaan pengguna perlu dibina melalui sistem penilaian, pengesahan identiti serta ciri keselamatan dalam aplikasi.
Dengan peningkatan penggunaan teknologi serta kesedaran pengguna terhadap kos dan alam sekitar, carpooling dilihat mempunyai potensi besar untuk berkembang di Malaysia.
Jika dilaksanakan dengan baik, ia boleh menjadi sebahagian daripada ekosistem pengangkutan bandar yang lebih efisien dan mampan.
Tambahan pula, trend global menunjukkan peningkatan penggunaan konsep perkongsian mobiliti sebagai alternatif kepada pemilikan kenderaan persendirian, sekali gus mengukuhkan masa depan carpooling e-hailing Malaysia.
Gesaan kerajaan untuk memperluaskan carpooling dalam perkhidmatan e-hailing menunjukkan komitmen dalam mencari solusi kepada isu kesesakan dan kos bahan api.
Walaupun masih memerlukan masa untuk diterima secara meluas, konsep ini berpotensi memberikan manfaat besar kepada pengguna serta sistem pengangkutan negara secara keseluruhan.
Dengan sokongan teknologi dan kerjasama antara pihak berkaitan, carpooling e-hailing Malaysia boleh menjadi antara langkah penting dalam mengubah cara rakyat Malaysia bergerak di masa hadapan.
KLIMS 2026 Kembali Dengan Fokus Mobiliti Pintar dan Teknologi Hijau
Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026 secara rasminya membuka tirai di Malaysia International Trade...