Sebuah kapal korek dari China telah ditahan di perairan Tanjung Hantu, Segari dekat Manjung kerana gagal mengemukakan dokumen asal kapal dan pelepasan pelabuhan.
Kapal Chuan Hong 68 yang berdaftar di Fuzhou, China, ditahan bersama seorang kru yang tidak tersenarai dalam senarai kru kapal. Penahanan ini berlaku kira-kira jam 3.10 petang, pada jarak 14.8 batu nautika barat laut Tanjung Hantu.
Pengarah Maritim Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob, menyatakan bahawa kapal korek tersebut telah dikesan sedang bersauh oleh pasukan operasi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Nakhoda kapal korek China – tiada dokumen sah untuk bersauh sedang di soal siasat oleh anggota APMM
Hasil Pemeriksaan Kapal
“Setelah menerima maklumat tersebut. Anggota bot ronda Maritim Malaysia yang sedang menjalankan operasi di perairan negeri Perak segera diarahkan ke lokasi berkenaan untuk memeriksa kapal tersebut,” katanya.
Hasil pemeriksaan mendapati kapal korek itu dikendalikan oleh seorang nakhoda. Dengan bantuan 47 kru yang terdiri daripada 20 warga China, 26 warga Bangladesh, dan seorang warga Malaysia. Kesemua berumur antara 21 hingga 68 tahun.
Ads
Mohamad Shukri juga menyebut bahawa pemeriksaan lanjut menemukan 60 tong gas LPG memasak. 14 kilogram darinya tanpa dokumen sah daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), dengan nilai kira-kira RM9,000.
Tong gas – barang kawalan oleh KPDN turut berada di atas kapal korek terbabit
Kesemua kru dan kapal tersebut ditahan untuk siasatan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952. Turut didakwa dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana tidak mempunyai dokumen sah untuk membawa barangan kawalan.
“Maritim Malaysia mengingatkan komuniti maritim agar sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan bagi mengelakkan tindakan diambil,” tegasnya.
Ads
Sebarang laporan, aduan, atau insiden kecemasan di laut boleh dilaporkan kepada APMM di talian Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di 05-6838737 atau MERS 999.
Dinamikjaya Motors Sdn Bhd, pengedar tunggal jenama Kia di Malaysia, dengan bangganya memperkenalkan generasi kelima Kia Sportage yang serba baharu.
Model ini boleh ditempah dengan harga permulaan dianggarkan RM 150,000.00.
Kia Sportage, yang telah dinobatkan sebagai pemenang SUV Keluarga Terbaik oleh Women’s World Car of the Year 2022, menetapkan penanda aras baharu dalam kelasnya dengan menekankan reka bentuk maju dan inovasi.
Dibina berasaskan platform canggih Generasi ke-3 N3, Sportage serba baharu ini mempertingkatkan dinamik pemanduan, keselamatan, dan keselesaan, dengan struktur lebih kukuh menggunakan keluli ultra-tinggi.
Kabinnya yang dilengkapi dengan bahan penyerap bunyi strategik, menjadikan Sportage pilihan unggul untuk keluarga.
Ini adalah bukti komitmen Kia untuk sentiasa meningkatkan reka bentuk yang inovatif.
Kia Sportage baharu menawarkan dua pilihan enjin untuk memenuhi keperluan pemanduan yang berbeza.
Enjin petrol 2.0L Smartstream menghasilkan 156 kuasa kuda pada 6,200 RPM dan tork 192 Nm.
Model ini juga dipadankan dengan transmisi automatik 6-kelajuan yang menawarkan prestasi yang lebih lancar.
Bagi mereka yang mencari kuasa lebih tinggi, enjin petrol 1.6T Gamma II menghasilkan 177 kuasa kuda pada 5,500 RPM dan tork 265 Nm, dipadankan dengan transmisi klac berkembar 7-kelajuan untuk pecutan responsif dan dinamik.
Rekaan luaran Kia Sportage baharu mendefinisikan semula rekaan moden, mewujudkan gaya berani untuk generasi baru SUV keluarga.
Garisan yang anggun dan tajam mengalir dengan lancar merentasi badan kereta ini menghasilkan aura kuasa yang halus.
Elemen reka bentuk yang dinamik, ditambah dengan struktur yang bersih dan berotot, mencipta siluet menonjol yang memancarkan keyakinan dan ketangkasan di atas jalan raya.
Terinspirasi oleh falsafah reka bentuk “Opposites United”, Sportage mengimbangi elemen yang berbeza dalam setiap perincian reka bentuknya.
Konsep “Boldness for Nature” yang menjadi asas falsafah ini mencerminkan hubungan erat antara rekaan berani dengan elemen semula jadi.
Hasilnya ialah sebuah SUV moden yang terasa hidup dan selaras dengan persekitaran.
Dari bahagian hadapan, Sportage hadir dengan gril hitam yang lebar dan terperinci, menyatukan elemen frontal utama untuk penampilan yang mempesonakan.
Gril ini turut menggabungkan rekaan “Tiger Nose” bersama lampu LED berbentuk boomerang yang memberikan rupa futuristik dan unik.
Lampu hadapan LED Matrix pula memberikan sentuhan berani yang menetapkan penanda aras baru dalam rekaan SUV kontemporari.
Kia Sportage baharu membawa rekaan dalaman yang memfokuskan kepada pemandu dengan gabungan gaya berani, keselesaan, dan teknologi canggih.
Kabin dilengkapi dengan bahan premium, sentuhan mewah, dan estetika yang kemas.
Salah satu ciri utama adalah paparan skrin sentuh melengkung yang meliputi bahagian depan, mewujudkan kokpit yang luas dan moden dengan lubang udara bergaya, memberikan pengalaman canggih untuk pemandu dan penumpang.
Dalam varian Sportage 2.0L, paparan TFT-LED warna bersaiz 4.2-inci menyediakan maklumat yang jelas, manakala varian 1.6T menawarkan kluster instrumen digital bersaiz 12.3-inci.
Sistem infotainmen dalam varian 2.0L dilengkapi skrin 8-inci dengan pengecaman suara.
Manakala varian 1.6T hadir dengan sistem infotainmen lebih besar bersaiz 12.3-inci.
Kedua-duanya menyokong Apple CarPlay dan Android Auto untuk integrasi telefon pintar yang lancar.
Kabin Sportage direka dengan bijak, menawarkan gabungan praktikaliti dan fungsi dengan ruang dalaman yang luas.
Kapasiti kargo 637 liter dan kerusi belakang yang boleh dilipat rata, ia memberikan ruang yang mencukupi untuk perjalanan mereka yang berkeluarga.
Varian 1.6T AWD dilengkapi sistem bunyi premium 8-pembesar suara Harman Kardon, manakala varian lain menawarkan sistem audio 6-pembesar suara yang berkualiti tinggi.
Kia Sportage juga hadir dengan pelbagai ciri keselamatan yang canggih, memastikan keselamatan maksimum untuk semua penumpang.
Ia dilengkapi dengan 6 beg udara SRS, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Bantuan Mula Bukit (HAC), dan Sistem Kawalan Turun Bukit (DBC).
Untuk varian lebih tinggi, ciri seperti Blind-Spot Collision Warning (BCW), Lane Keeping Assist (LKA), dan Smart Cruise Control (SCC) turut disediakan, memastikan pengalaman pemanduan yang lebih selamat dan selesa.
Kia Sportage baharu ini dipasang sepenuhnya secara tempatan di kilang pemasangan Inokom di Kulim, Kedah.
Ia hadir dalam empat warna menarik iaitu Astra Blue, Meteor Grey, Snowflake White Pearl, dan Jet Black.
Harga permulaan bagi Sportage baharu ini adalah dari RM 150,000.00, termasuk Jaminan Pengeluar selama 5 tahun atau sehingga 100,000 KM, serta pakej penyelenggaraan percuma untuk tempoh yang sama.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Aveta Motor Malaysia memperkenalkan dua model skuter baharu bagi tahun 2026 iaitu Viper 180 dan Bellagio 125, masing-masing ditawarkan pada harga bermula RM8,998 dan RM6,998.
Kedua-duanya dibangunkan untuk memenuhi keperluan berbeza penunggang di Malaysia sama ada yang mahukan skuter sport-touring dengan spesifikasi menyeluruh, atau jentera moden-retro yang praktikal untuk kegunaan harian.
Viper 180 hadir dengan enjin 174cc, satu silinder, 4-injap yang menghasilkan 13.6 kW pada 8,500 rpm. Rekaan kepala silinder empat injap membolehkan aliran udara lebih efisien pada putaran tinggi, sekali gus menyumbang kepada penghantaran kuasa yang lebih responsif dan konsisten pada julat pertengahan hingga tinggi.
Digandingkan dengan transmisi CVT automatik, talaan kuasa disusun untuk keseimbangan pecutan yang lebih lancar di kawasan trafik sesak dan kemampuan cruising di lebuh raya.
Tangki bahan api berkapasiti 10.5 liter memberikan kelebihan dari segi jarak perjalanan, sesuai untuk tunggangan jarak sederhana kerap untuk berhenti mengisi minyak.
Jarak roda yang lebih panjang membantu meningkatkan kestabilan ketika kekal pada kelajuan tinggi. Geometri casis ini turut memberi keyakinan tambahan ketika mengambil selekoh atau ketika menunggang dalam keadaan angin kuat.
Handlebar boleh laras pula menawarkan fleksibiliti ergonomik, membolehkan posisi tunggangan disesuaikan bagi mengurangkan keletihan pada perjalanan jauh.
Antara kelengkapan utama termasuk paparan TFT 7-inci skrin sentuh dengan fungsi rakaman dan ulang tayang, dashcam hadapan terbina dalam, serta sistem lampu LED penuh.
Dari sudut keselamatan, Viper 180 dilengkapi ABS dwi-saluran dan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) yang boleh diaktif atau dinyahaktif. ABS mengelakkan roda terkunci ketika membrek kecemasan, manakala TCS membantu mengawal gelinciran roda belakang ketika pecutan di permukaan licin satu ciri yang jarang ditawarkan dalam segmen harga ini.
Model ini hadir dalam warna Arctic White, Midnight Black dan Storm Gray, dengan harga bermula RM8,998.
Bellagio 125 menggunakan enjin 124cc satu silinder yang memberi fokus kepada penghantaran kuasa yang lebih lancar serta kecekapan bahan api. Karakter enjin ini sesuai untuk kegunaan harian seperti ulang-alik kerja dan pergerakan dalam trafik bandar yang padat.
Dengan jarak roda 1,300 mm, Bellagio 125 menawarkan keseimbangan antara kestabilan dan kelincahan, cukup stabil untuk kelajuan sederhana tetapi masih mudah dikendalikan ketika mencelah trafik atau membuat pusingan di kawasan yang sempit.
Tangki bahan api 6 liter pula mencukupi untuk penggunaan harian dalam kawasan bandar dengan fokus kepada ekonomi bahan api.
Bellagio 125 dilengkapi paparan digital LCD berwarna penuh, port pengecasan USB, penghadang angin dengan gaya klasik serta rel pemegang belakang berinspirasikan retro. Gabungan elemen klasik dan moden ini memberikan identiti unik dalam segmen 125cc.
Ia ditawarkan dalam pilihan Diamond White, Pistachio Green dan Carbon Black, dengan harga bermula RM6,998.
Menurut Steven Lim, Pengarah Urusan Kumpulan Aveta Motor Malaysia, pengenalan kedua-dua model ini mencerminkan komitmen jenama ini untuk menawarkan produk yang relevan dengan keperluan penunggang tempatan, sama ada dari sudut prestasi, gaya mahupun nilai.
Viper 180 dan Bellagio 125 kini boleh didapati di semua pengedar sah Aveta di seluruh Malaysia.
Volvo Car Malaysia mengumumkan bahawa tempahan kini dibuka untuk model Volvo EX30 pemasangan tempatan (CKD).
Selepas kejayaan besar unit diimport sepenuhnya (CBU) yang habis dijual sejak pelancaran pada September 2024, model ini terus membuktikan komitmen Volvo dalam menyediakan kenderaan yang memberi kebebasan bergerak secara peribadi, lestari, dan selamat.
Diperkenalkan sebagai kenderaan Model Tahun 2025 (MY25), EX30 CKD ini ditawarkan dalam dua varian: Ultra dan Ultra Twin Performance.
Harga bermula pada RM208,888 untuk varian Ultra dan RM228,888 untuk Ultra Twin Performance.
Pelanggan juga boleh memilih daripada tiga pilihan warna menarik: Cloud Blue, Vapour Grey, dan Crystal White.
Penghantaran kumpulan pertama dijadualkan bermula pada minggu kedua Januari 2025.
Direka untuk melengkapi setiap momen kehidupan, Volvo EX30 hadir dengan teknologi terkini dan ciri keselamatan yang unggul.
Model ini dilengkapi dengan sistem Google Built-in untuk kawalan kenderaan intuitif, Pilot Assist yang dipertingkatkan dengan fungsi semi-autonomi, kesedaran persekitaran 360° melalui pelbagai kamera dan sensor, serta bantuan parkir automatik dengan Park Pilot Assist.
Pengalaman audio premium pula dijamin dengan sistem bunyi Harman Kardon soundbar.
Dua varian EX30 memenuhi keperluan pemanduan yang berbeza.
Varian Ultra menggunakan motor tunggal yang menghasilkan kuasa 272 PS dan 343 Nm, mencapai kelajuan 0-100 km/j dalam 5.3 saat.
Varian Ultra Twin Performance pula menawarkan prestasi luar biasa dengan dua motor menghasilkan kuasa 428 PS dan 543 Nm, mencapai 0-100 km/j hanya dalam 3.6 saat.
Kedua-dua varian dilengkapi bateri 69 kWh NMC dengan jarak perjalanan sehingga 476 km (WLTP) untuk motor tunggal dan 450 km untuk motor berkembar.
Pengecasan pantas 175 kW DC membolehkan bateri dicas dari 10% ke 80% dalam hanya 28 minit.
Volvo Car Malaysia menawarkan pengalaman pemilikan tanpa kerisauan melalui pelbagai sokongan selepas jualan.
Volvo Car Service Plan (VSP) meliputi perkhidmatan penting seperti penggantian penapis udara kabin, pemeriksaan cecair brek, penggantian bilah pengelap, dan kemas kini perisian untuk tempoh 5 tahun atau 100,000 km.
Komponen yang haus dan lusuh seperti pad brek dan cakera juga disertakan.
Selain itu, pemilik EX30 menikmati perlindungan bantuan tepi jalan selama 5 tahun dengan perkhidmatan penundaan ke pusat servis Volvo terdekat.
EX30 juga disokong oleh jaminan kenderaan 5 tahun/unlimited mileage serta jaminan bateri berkuasa tinggi 8 tahun/160,000 km.
Jaminan bateri ini merangkumi pembaikan atau penggantian percuma sekiranya kapasiti bateri jatuh di bawah 70% dalam tempoh jaminan.
Pelanggan yang berminat boleh membuat tempahan secara dalam talian di www.volvocars.com/my/cars/ex30-electric atau mengunjungi bilik pameran Volvo terdekat.
Untuk maklumat lanjut, ikuti Volvo Car Malaysia di Facebook dan Instagram.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
KLIMS 2026 Kembali Dengan Fokus Mobiliti Pintar dan Teknologi Hijau
Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026 secara rasminya membuka tirai di Malaysia International Trade...