Operasi Khas JPJ 

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan operasi khas untuk mengesan syarikat dan pemilik kenderaan yang menyewakan kenderaan mereka kepada warga asing yang tidak mempunyai lesen memandu sah serta insurans kenderaan. 

Pengarah Penguatkuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hasan, menyatakan ini adalah susulan tangkapan warga asing yang memandu kereta sewa tanpa lesen memandu bersama dua lagi rakannya dalam Operasi Bersepadu JPJ bersama agensi penguatkuasaan lain, malam tadi.

“Kalau kita tengok tadi, ada sebuah kenderaan Honda City yang ditahan, hasil siasatan mendapati dia (suspek) menyewa kenderaan tersebut untuk ke Pulau Pinang. 

Jadi kami (JPJ) akan mengenal pasti pemilik kenderaan tersebut dan menemubual mereka untuk siasatan kerana sekiranya memang betul kenderaan itu untuk disewa, kami akan ambil tindakan di bawah kesalahan lain,” kata Muhammad Kifli dalam sidang media Operasi Bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di Plaza Tol Jalan Duta, malam tadi.

JPJ Laksana Operasi Kesan Penyewaan Kenderaan kepada Warga Asing Tanpa Permit
Sekatan jalan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) – PaulTan

Dalam Pada Itu,

Muhammad Kifli juga menyatakan kebimbangan mengenai peningkatan jumlah kemalangan jalan raya yang melibatkan warga asing. Ia sekali gus menimbulkan kegusaran orang ramai kerana ia melibatkan nyawa. 

“Sebagai contoh, kita lihat warga asing yang menaiki motosikal roda tiga dengan membawa besi buruk, kebanyakan mereka didapati tidak mematuhi peraturan jalan raya. Bagaimanapun, kita (JPJ) akan sentiasa memantau secara berterusan kes-kes seperti ini,” katanya.

Ads

Terdahulu, Pengarah JPJ WPKL, Mohd Zaki Ismail, berkata kenderaan yang dinaiki suspek adalah antara 2,512 kenderaan yang diperiksa dengan 196 daripadanya dikenakan tindakan. Menerusi Operasi Bersepadu yang dijalankan bermula 8 malam hingga 12 tengah malam tadi. 

Beliau juga menyatakan bahawa turut diperiksa 21 warga asing yang terdiri daripada warga Indonesia, Bangladesh, Nepal, dan India. Dengan tujuh daripadanya ditahan termasuk seorang wanita Indonesia.

“Sebanyak 416 notis saman dikeluarkan dan 11 kenderaan disita dalam operasi tersebut. Kesalahan tertinggi membabitkan tiada lesen memandu kompeten. Sebanyak 144 kes dan 11 kenderaan disita terdiri daripada tiga motosikal dan lapan kereta atas pelbagai kesalahan,” katanya.

Ads
JPJ Laksana Operasi Kesan Penyewaan Kenderaan kepada Warga Asing Tanpa Permit
Anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengadakan sekatan jalan- Bernama

Kesimpulannya

Operasi ini menunjukkan keseriusan JPJ dalam memastikan keselamatan jalan raya dan pematuhan undang-undang. Terutama dalam mengatasi masalah warga asing yang memandu tanpa lesen sah dan insurans. 

Dengan langkah-langkah yang diambil, diharapkan jumlah kemalangan yang melibatkan warga asing dapat dikurangkan dan keselamatan pengguna jalan raya dapat ditingkatkan.

Kredit – BERNAMA

Ads

Baca: Cermin Kereta Gelap Ikut Spesifikasi JPJ 2024

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI