Ads

Honda City Hatchback 2026 Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM95,900

Honda City Hatchback 2026 Kini Lebih Garang, Harga Dari RM95,900!

Honda Malaysia secara rasmi melancarkan City Hatchback 2026 yang menerima beberapa pembaharuan dari segi reka bentuk, teknologi, sistem keselamatan dan kelengkapan dalaman bagi mengukuhkan kedudukannya dalam segmen B di pasaran tempatan.

Model versi dipertingkat ini ditawarkan dalam tiga varian iaitu V, Petrol RS dan e:HEV RS, dengan harga jualan bermula RM95,900 hingga RM112,900, tidak termasuk insurans.

Pelancaran City Hatchback terbaharu ini turut melengkapkan barisan Honda City di Malaysia selepas pengenalan City Sedan versi dipertingkat baru-baru ini, sekali gus memberikan pilihan kepada pelanggan yang mahukan reka bentuk sedan atau hatchback.

City Hatchback 2026

Honda City Hatchback 2026 Hadir dengan Tiga Varian

Honda Malaysia menyusun semula pilihan City Hatchback kepada tiga varian dengan harga atas jalan tanpa insurans seperti berikut:

Varian Harga
City Hatchback 1.5L V RM95,900
City Hatchback 1.5L Petrol RS RM100,900
City Hatchback 1.5L e:HEV RS RM112,900

Bagi meraikan pelancaran model berkenaan, Honda Malaysia turut menawarkan ganjaran tunai sebanyak RM4,000 kepada pelanggan yang mendaftarkan mana-mana varian City Hatchback baharu, tertakluk kepada terma dan syarat.

Rekaan Luaran Lebih Segar, Rim Aloi 16 Inci Baharu

Dari segi penampilan, City Hatchback 2026 menerima beberapa sentuhan kosmetik bagi memberikan imej lebih moden dan sporty.

Bahagian hadapan kini menampilkan susun atur lampu yang dikemas kini menerusi New Connected Headlights dan lampu utama Bi-LED baharu sebagai kelengkapan standard untuk semua varian.

Honda City Hatchback 2026 Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM95,900

Selain itu, Honda memperkenalkan rekaan rim aloi dua tona bersaiz 16 inci dengan kemasan berbeza mengikut varian.

Bagi varian RS, rim berkenaan menerima gabungan warna Berlina Black dan Dark Clear, manakala varian V menggunakan kemasan Shark Gray.

City Hatchback baharu turut ditawarkan dalam empat pilihan warna:

  • Blazing Red Pearl (warna baharu)

  • Platinum White Pearl

  • Meteoroid Gray Metallic

  • Stellar Diamond Pearl (varian petrol sahaja)

    Honda City Hatchback 2026 Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM95,900

Kabin Dikemas Kini, Skrin 10 Inci dan Pengecas Tanpa Wayar

Pembaharuan turut dilakukan pada bahagian dalaman, khususnya dari aspek kemasan dan teknologi.

Ads

Antara perubahan utama ialah penggunaan kemasan papan pemuka bercorak tiga dimensi (3D Pattern Mid Garnish) yang digabungkan dengan pencahayaan ambien bagi memberikan suasana kabin lebih moden.

Kedua-dua varian RS pula menerima rekaan kemasan tempat duduk sport baharu dengan jahitan merah yang menyerlahkan karakter sporty model berkenaan.

Dari segi sistem hiburan, City Hatchback kini dilengkapi skrin Display Audio bersaiz 10 inci, menggantikan paparan lebih kecil pada model sebelumnya.

Honda City Hatchback 2026 Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM95,900

Varian e:HEV RS turut menerima pengecas telefon pintar tanpa wayar bagi memudahkan penggunaan peranti sepanjang perjalanan.

Honda juga mengekalkan sistem tempat duduk ULTRA Seats yang menjadi antara kelebihan utama City Hatchback.

Sistem tersebut menawarkan empat konfigurasi iaitu Utility, Long, Tall dan Refresh, membolehkan ruang kabin disusun mengikut keperluan membawa penumpang atau barangan bersaiz berbeza.

Honda SENSING Kini Standard Semua Varian

Antara penambahbaikan paling penting bagi City Hatchback 2026 ialah peningkatan kelengkapan keselamatan yang kini ditawarkan secara lebih menyeluruh.

Semua varian dilengkapi Honda SENSING sebagai kelengkapan standard, bersama sistem pemantauan titik buta Blind Spot Information (BSI), Cross Traffic Monitoring (CTM) dan Honda LaneWatch.

Ads

Honda City Hatchback 2026 Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM95,900

Gabungan teknologi berkenaan membantu meningkatkan tahap pemantauan persekitaran kenderaan, khususnya ketika menukar lorong, mengundur atau melalui kawasan yang mempunyai halangan penglihatan.

Bagi varian Petrol RS dan e:HEV RS pula, Honda menambah sistem kamera 360 darjah Multi-View Camera yang memberikan paparan menyeluruh di sekeliling kenderaan.

Penambahan ciri keselamatan ini menjadi antara perubahan ketara berbanding model sebelumnya, terutama dengan penyeragaman kelengkapan keselamatan bagi semua varian.

Pilihan Enjin 1.5 Liter Petrol dan Hibrid e:HEV

Dari sudut mekanikal, City Hatchback terus menawarkan dua pilihan rangkaian kuasa iaitu enjin petrol 1.5 liter DOHC i-VTEC dan sistem hibrid 1.5 liter e:HEV.

Bagi varian e:HEV RS, sistem pacuan hibridnya menggunakan motor elektrik yang menghasilkan kuasa 109 PS dan tork maksimum 253 Nm.

Honda City Hatchback 2026 Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM95,900

Sistem e:HEV mengutamakan penggunaan motor elektrik dalam pelbagai keadaan pemanduan, manakala enjin petrol berfungsi mengikut keperluan operasi untuk memberikan keseimbangan antara prestasi dan kecekapan bahan api.

Ads

Honda Malaysia turut menawarkan jaminan bateri hibrid selama 10 tahun tanpa had perbatuan bagi varian e:HEV RS.

Sementara itu, semua varian petrol dan hibrid menerima waranti kenderaan selama lapan tahun tanpa had perbatuan, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

Promosi Pelancaran, Rebat Tukar Beli Sehingga RM2,000

Selain ganjaran tunai pelancaran RM4,000, Honda Malaysia menawarkan beberapa insentif tambahan kepada pelanggan yang ingin menukar kenderaan sedia ada.

Pemilik Honda yang menukar beli kenderaan menerusi program Honda Certified Used Car (HCUC) terpilih layak menerima rebat sebanyak RM2,000 untuk pembelian Honda baharu.

Honda City Hatchback 2026 Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM95,900

Dalam masa sama, pelanggan yang menukar beli kenderaan daripada mana-mana jenama melalui kerjasama Honda Malaysia dengan CARSOME boleh menikmati rebat sebanyak RM1,000 di pusat pengedar Honda yang mengambil bahagian.

Semua tawaran tersebut tertakluk kepada syarat kelayakan dan ketetapan promosi.

Honda City Hatchback 2026 Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM95,900

Orang ramai yang berminat boleh membuat tempahan atau mengatur sesi pandu uji menerusi portal tempahan rasmi Honda Malaysia atau mengunjungi pusat pengedar Honda sah di seluruh negara.

Baca Juga : 8 Tahun “Warranty” & “Unlimited Mileage”, Honda City Baharu Dilancarkan di Malaysia

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

YouTube video player

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Menarik di Roda Panas

Proton X50 Sport Edition Dilancarkan!

Proton X50 Sport Edition Dilancarkan, 15 Penambahbaikan Eksklusif Dengan Harga Tambahan RM1,999 PROTON secara rasmi memperkenalkan Proton X50 Sport Edition (SE) serba baharu pada 16...