Ads

Aveta Falcon 180 Perluas Segmen Skuter Adventure Tempatan

Aveta Falcon 180 Kini di Malaysia. Skuter Adventure 174cc, Sarat Teknologi Pada Harga RM9,798!

Aveta Malaysia terus menambah barisan model motosikalnya menerusi pelancaran Falcon 180, sebuah skuter berkonsepkan pengembaraan yang ditawarkan pada harga RM9,798 sempena Aveta Mega Gathering 2026 di Setia City Convention Centre, Setia Alam, hari ini.

Model terbaharu itu hadir dengan rekaan lasak serta disertakan dengan pelbagai teknologi moden, sekali gus menawarkan satu lagi pilihan kepada pengguna yang mencari skuter adventure dalam segmen bawah 200cc.

Falcon 180 Hadir dengan Enjin 174cc dengan Kuasa 18.2hp

Dari segi mekanikal, Falcon 180 dikuasakan oleh enjin satu silinder berkapasiti 174cc, empat injap, dengan sistem penyejukan cecair serta suntikan bahan api elektronik (EFI) daripada Bosch.

Enjin berkenaan mampu menghasilkan kuasa maksimum 13.6 kW bersamaan kira-kira 18.2hp serta tork 17.2Nm, yang disalurkan menerusi transmisi automatik CVT.

Aveta Falcon 180 Perluas Segmen Skuter Adventure Tempatan

Antara ciri utama yang menjadi tarikan utama Falcon 180 ialah penggunaan fork terbalik (USD) di bahagian hadapan, manakala bahagian belakang menggunakan penyerap hentak dengan takungan gas. Sesuatu yang menarik untuk kategori motosikal di bawah harga RM10,000 ringgit.

Model ini turut menawarkan kelegaan tanah setinggi 140mm bagi memberikan ruang tambahan ketika melalui permukaan jalan tidak rata.

Lebih menarik, Aveta menyediakan pemijak kaki tambahan yang membolehkan penunggang berada dalam posisi berdiri ketika melalui laluan luar jalan.

Kedudukan tersebut membantu penunggang mengalihkan berat badan dan menyesuaikan keseimbangan motosikal mengikut keadaan permukaan jalan.

Selain itu, Falcon 180 turut dilengkapi hendal serta penghadang angin boleh laras bagi membolehkan penunggang menyesuaikan kedudukan dan keselesaan tunggangan.

Ads

Aveta Falcon 180 Perluas Segmen Skuter Adventure Tempatan

Lengkap dengan ABS Dwi Saluran dan Kawalan Cengkaman TCS

Dari aspek keselamatan, Falcon 180 dilengkapi sistem brek antikunci (ABS) dwi saluran yang membantu mengurangkan risiko roda terkunci ketika membrek secara mengejut.

Sistem kawalan cengkaman (TCS) turut disediakan bagi membantu mengawal gelinciran roda ketika pecutan, khususnya di permukaan jalan yang kurang mencengkam.

Menariknya, sistem TCS berkenaan boleh dihidupkan atau dimatikan mengikut keperluan penunggang.

Gabungan kedua-dua teknologi ini memberikan Falcon 180 kelebihan dari segi kelengkapan keselamatan aktif dalam kelas skuter berkapasiti kecil.

Selain komponen mekanikal, Falcon 180 turut hadir dengan pelbagai ciri teknologi yang lazimnya menjadi perhatian dalam segmen skuter moden.

Ads

Antara kelengkapan utama ialah skrin sentuh TFT bersaiz tujuh inci yang menjadi pusat paparan maklumat pada bahagian kokpit.

Aveta turut melengkapkan model ini dengan kamera rakaman hadapan terbina dalam, sekali gus menyediakan fungsi rakaman perjalanan tanpa memerlukan pemasangan kamera tambahan di bahagian hadapan.

Sistem kunci pintar turut ditawarkan bersama pencahayaan LED sepenuhnya bagi melengkapkan penampilan moden skuter berkenaan.

Falcon 180

Falcon 180 menawarkan tangki bahan api berkapasiti 14 liter, selain ruang simpanan yang luas untuk menempatkan barangan penunggang.

Model ini turut dilengkapi Idling Stop System (ISS) di mana ia berfungsi untuk mematikan enjin secara automatik ketika memberhentikan motosikal dalam keadaan tertentu bagi membantu mengurangkan penggunaan bahan api.

Ads

Fungsi tersebut boleh dihidupkan atau dimatikan mengikut pilihan pengguna.

Aveta Falcon 180 Ditawarkan Pada Harga RM9,798 Dalam Tiga Pilihan Warna

Untuk pasaran Malaysia, Aveta Falcon 180 ditawarkan pada harga RM9,798 dengan tiga pilihan warna, iaitu Storm Grey, Sahara Bronze dan Alpine White.

Pengenalan model ini dilihat mampu menambah persaingan dalam segmen skuter adventure berkapasiti kecil, khususnya dengan penawaran kelengkapan seperti suspensi USD, ABS dwi saluran, TCS, kamera hadapan serta skrin sentuh TFT tujuh inci.

Aveta Falcon 180 Perluas Segmen Skuter Adventure Tempatan

Dengan harga di bawah RM10,000, Falcon 180 menawarkan pakej yang menarik di atas kertas, terutama kepada pembeli yang mengutamakan kelengkapan teknologi, ciri keselamatan dan rekaan berinspirasikan motosikal pengembaraan.

Kehadirannya juga memperlihatkan langkah Aveta untuk memperluas pilihan model dalam pasaran tempatan, selain terus bersaing menerusi penawaran spesifikasi dan harga yang kompetitif.

Baca Juga : Aveta Buka Elite Centre Baharu di Shah Alam!

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.  

YouTube video player

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Menarik di Roda Panas

PRO-NET, TVETMARA Iktiraf Juruteknik & Penasihat Servis Terbaik Proton e.MAS

PRO-NET, TVETMARA Iktiraf Juruteknik EV Terbaik PROTON New Energy Technology Sdn. Bhd. (PRO-NET) dengan kerjasama TVETMARA menganjurkan pertandingan e.MAS Electrified Excellence Aftersales Awards 2026 buat...