Pada awal tahun lalu, jenama BYD YangWang telah memperkenalkan sebuah model kenderaan utiliti sukan (SUV) yang diberi nama U8 . Jentera hebat ini tampil menggunakan konsep elektrik 100% dan diyakini mampu menjadi pesaing kepada jenama SUV elektrik yang lain seperti Land Rover dan Mercedes-Benz.
Memetik laporan terbitan akhbar China, ia dilengkapi dengan motor elektrik pada U8 menghasilkan 220-240 kW (299 PS-326PS) dan daya kilas dari 320 Nm hingga 420 Nm. Gabungan ini menghasilkan hingga 1,304 PS dan daya kilas 1,680 Nm.
YangWang U8 mempunyai dimensi 5,300 mm panjang dengan jarak antara roda 3,050 mm yang dipadankan dengan rim bersaiz 20 inci bersama tayar berukuran 275/60. Sebagai perbandingan, Land Rover Defender berukuran 5,018 mm panjang, lebar 2,105mm dan 1,967 mm tinggi dengan jarak antara roda adalah 3,022 mm.
Ads
Kredit Foto: Paultan.org
Model U8 ini menggunakan BYD Blade Baterries, dimana platform kuasa elektriknya dikenali sebagai platform E4. Menariknya, komponen ini bergerak secara individu untuk setiap motor, lalu menghasilkan pengendalian yang responsif termasuk mod pemanduan semasa salji, berpasir dan paling tidak disangka, model ini mampu terapung dalam air selama 30 minit!
Fungsi terapung di atas air ini bukanlah bermakna anda boleh pergi memancing dengan U8, ia bertujuan untuk membantu anda mengemudinya jika tersangkut di dalam banjir. Kelajuan semasa menggunakan mod ini pula tidaklah laju, hanya 3 km/j sahaja.
Ads
Menurut BYD, U8 mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 3 saat sahaja dan motor individunya membantu kawal hamburan kuasa tork sehingga 1,000 kali per saat. Ia bagi memastikan pemandu sentiasa dalam kawalan kenderaan ini walaupun dalam situasi tayar pancit.
Kredit Foto: Paultan.org
Tambah BYD lagi, YangWang U8 boleh meluncur sehingga mencapai kelajuan 120 km/j walaupun dengan tayar pancit. Selain itu, U8 adalah model pertama yang dilancarkan dari jenama YangWang dan SUV elektrik ini ditawarkan bermula dari 1 juta Yuan atau RM642,000 untuk pasaran China.
Ads
1 of 5
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Land Rover Range Rover Sport SV Edition One 2024 telah muncul sebagai pilihan baharu dalam pasaran kenderaan mewah. Dengan rekaan yang menawan dan prestasi yang hebat, ia menarik perhatian peminat kenderaan untuk menghargai keanggunan dan kuasanya.
Berikut adalah beberapa ciri utama dan spesifikasi teknikal yang menjadikan Range Rover Sport SV Edition One sebuah pilihan yang menarik:
Rekaan Luar
Land Rover Range Rover Sport SV Edition One menampilkan rekaan luar yang memikat dengan penekanan pada keanggunan dan kehalusan.
Bentuk wagon empat pintu ini memberikan keselesaan dan ruang yang luas kepada lima penumpang.
Dimensi yang besar memberikan kestabilan semasa memandu dan ruang yang mencukupi untuk penumpang dan barang bawaan.
Kredit Foto: Cars&Drivers
Kuasa yang Mengagumkan
Ditenagakan oleh enjin twin-turbocharged dan intercooled DOHC 32-valve V-8, dengan aluminium block dan heads, serta direct fuel injection.
Enjin ini mampu menghasilkan kuasa sebanyak 626 hp @ 7,000 rpm dan tork sebanyak 750 Nm @ 1,800 rpm.
Dikendalikan melalui transmisi automatik 8-kelajuan yang memberikan peralihan gerigi gear yang lancar dan responsif.
Prestasi
Prestasi luar biasa dicapai oleh Range Rover Sport SV Edition One, dengan pecutan dari 0 hingga 0-96 km/j dalam masa hanya 3.4 hingga 3.6 saat.
Mampu mencapai kelajuan 161 km/j dalam tempoh 10 hingga 10.2 saat, serta melalui suku batu 1/4 dalam masa 11.8 hingga 12.0 saat.
Kelajuan tertinggi yang dapat dicapai adalah 290 km/j, memberikan pengalaman memandu yang mengasyikkan kepada pemiliknya.
Kredit Foto: Cars&Drivers
Penggunaan Bahan Bakar
Meskipun menghasilkan kuasa yang besar, Land Rover Range Rover Sport SV Edition One juga memberikan tahap penggunaan bahan bakar yang munasabah.
Prestasi bahan bakar sebanyak 7.65 liter per 100 km, dengan pecahan 14.7 liter per 100 km untuk bandar dan 10.7 liter per 100 km untuk lebuh raya, menjadikannya kenderaan yang efisyen dari segi penggunaan bahan bakar.
Harga asas bagi keluaran ini adalah sekitar RM 761,432 dan Land Rover Range Rover Sport SV Edition One 2024 adalah pilihan yang menarik bagi mereka yang menghargai gabungan antara keanggunan, prestasi, dan keselesaan dalam sebuah kenderaan.
Pertengahan tahun lalu, Mercedes-AMG telah memperkenalkan SUV GLC berprestasi tinggi dalam barisan GLC 43 dan GLC 63 S E Performance. Namun, mungkin terdapat reaksi peminat AMG yang mahukan sebuah model berprestasi sama dengan casis yang lebih besar.
Justeru itu, lahirlah sebuah model AMG dalam versi SUV Coupe yang digelar GLC 43 dan GLC 63 S E Performance. Secara dasarnya, spesifikasi masih sama dengan model badan standard, cuma sedikit penalaan telah dilakukan untuk menyesuaikan prestasi dan casis kereta yang baharu ini.
Kredit Foto: Careta.my
GLC 43 membawakan nadi 2.0 liter turbo berkuasa 416 HP dengan kuasa motor elektrik kecil setinggi 13 HP. Manakala, GLC 63 S E Performance pula mempunyai spesifikasi yang lebih tinggi sedikit iaitu enjin 2.0 liter turbo dengan hamburan kuasa 469 HP yang turut digandingkan dengan motor elektrik berkuasa 201 HP.
Ini menjadikan model GLC 63 S E Performance berkuasa setinggi 671 HP dan daya kilas 1,020 Nm. Selain itu, sistem pacuan semua roda 4MATIC dengan transmisi AMG Speedshift sembilan nisbah kelajuan turut tersedia untuk kedua-dua model tersebut.
Dari segi prestasi, pecutan 0-96km/j adalah sekitar 4.7 saat untuk GLC 43 manakala GLC 63 hanya mengambil masa selama 3.4 saat sahaja. Kelajuan maksimum bagi model GLC 43 adalah setinggi 250 km/j dan untuk GLC 63 adalah sekitar 275 km/j.
Kredit Foto: Careta.my
Perbezaan antara dua model ini terletak pada bahagian ruang kargo yang mana GLC 63 S E menawarkan ruang sebesar 391 liter atau sehingga 1,334 liter apabila tempat duduk baris kedua dilipat.
Untuk GLC 43 pula, ia lebih besar dengan kapasiti muatan 544 liter yang turut mempunyai perincian sama seperti GLC 63. Jika dilipat kerusi baris kedua, ia mampu menambah ruang kargo sehingga 1,489 liter.
Harga jualan bagi kedua-dua model ini masih tidak didedahkan lagi, namun Mercedes-AMG bakal mengeluarkan model GLC 43 terlebih dahulu untuk tahun 2024, manakala model GLC 63 S E Performance akan dipasarkan pada tahun 2025.
1 of 38
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Bagi para pengikut automotif dan peminat kereta laju, pasti tidak asing lagi dengan figura yang popular dari rancangan YouTube, Supercar Blondie. Alex Hirschi, hos di sebalik jenama Supercar Blondie, kini bakal mengorak langkah lebih jauh dengan pelancaran SBX Cars, sebuah platform lelongan dalam talian yang menawarkan pelbagai jenis kereta eksotik dan unik.
Alex Hirschi berkata, “Kami menerima banyak permintaan dari orang yang ingin menjual kereta unik mereka, dan ada juga yang mencari kereta yang spesifik.” Sebelum pelancaran, SBX Cars telah mengesahkan lebih daripada AS$100 juta dalam konsainan.
Menurut Alex, SBX Cars akan beroperasi terutamanya dari Los Angeles dan Dubai, dengan pasukan yang berada di London. “Kami ingin membina platform yang benar-benar memberikan rasa premium kepada pengguna. Kami tidak mahu kereta mewah dijual bersama kereta biasa dengan harga rendah,” katanya.
Kredit: South China Post
SBX Cars bukanlah satu-satunya platform lelongan kereta dalam talian. Youtuber terkenal Doug DeMuro juga telah melancarkan Cars & Bids di Amerika Syarikat pada tahun 2020. Di Eropah, Collecting Cars, yang diasaskan oleh Edward Lovett pada 2019, melaporkan penjualan melebihi £130 juta pada tahun lalu.
Trend ini juga diteruskan oleh rumah lelong terkenal seperti RM Sotheby’s, Barrett-Jackson, dan Gooding & Co yang kini mengadakan jualan dalam talian. Dengan pengalaman bertahun-tahun dalam dunia kereta mewah, Supercar Blondie bersedia untuk menempuh cabaran dalam pasaran lelongan dalam talian yang semakin pesat ini, menurut Lance Butler, Pengasas Stratas Auctions.
Sambutan Kemenangan Formula E Dengan Pameran Livery Ikonik dan Tawaran Eksklusif
Selepas kejayaan gemilang merangkul gelaran berganda ABB FIA Formula E World Championship 2025 dalam...