
Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. terus memperkukuh penawaran dalam segmen skuter premium apabila memperkenalkan pilihan warna baharu untuk model Yamaha TMAX Tech Max.
Untuk tahun 2026, model ini tampil dengan kemasan eksklusif Crystal Graphite yang memberi sentuhan lebih moden, elegan dan pada masa sama mengekalkan karakter sporty yang menjadi identiti TMAX.
Warna ini bakal menyerlahkan imej lebih matang dan premium, sesuai dengan kedudukan TMAX sebagai antara maxi-scooter paling prestij di pasaran.
Yamaha TMAX Tech Max 2026 dalam warna Crystal Graphite kini sudah mula ditawarkan di semua pengedar sah Yamaha Big Bike di seluruh negara bermula 14 April 2026.
Harga jualan yang disyorkan adalah RM75,888, tidak termasuk cukai jalan dan insurans.
Di sebalik penampilan baharu, TMAX Tech Max masih mengekalkan pakej prestasi yang menjadi kekuatan utamanya.
Ia dikuasakan oleh enjin 562cc yang mampu menghasilkan sekitar 35.0kW pada 7,000rpm dan 55Nm tork pada 5,250rpm.
Gabungan kuasa ini memberikan pengalaman tunggangan yang lancar, responsif dan stabil sama ada untuk kegunaan harian mahupun perjalanan jarak jauh.
Sebagai model flagship dalam keluarga maxi-scooter Yamaha, TMAX Tech Max dilengkapi dengan pelbagai teknologi canggih yang menambah nilai kepada pengalaman penunggang.
Antara ciri utama termasuk Cruise Control untuk keselesaan jarak jauh, Traction Control bersama sistem brek canggih untuk kawalan optimum, Tyre Pressure Monitoring System atau TPMS bagi memantau tekanan tayar secara masa nyata, serta Communication Control Unit yang serasi dengan aplikasi Y-Connect untuk fungsi pintar dan pemantauan motosikal.
Dengan gabungan reka bentuk moden, prestasi enjin yang mantap serta teknologi terkini, Yamaha TMAX Tech Max terus mengekalkan reputasinya sebagai penanda aras dalam segmen maxi-scooter.
Pengenalan warna Crystal Graphite ini dilihat sebagai langkah memperbaharui tarikan model tersebut, sekaligus memberi lebih pilihan kepada pembeli yang mahukan gaya eksklusif tanpa mengorbankan prestasi.
Baca Juga : Yamaha Ténéré 700 2026 rasmi dilancarkan di Malaysia
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.